Followers

Before you read my posts, please forgive me for my bad grammar. And inconsistent pronoun, for sometimes I use "aku" and sometimes I use "saya", it depends on my mood and the post. Some of them are in English and some in Malay language. And the pictures in this blog mostly from google images. Btw, thanks for stopping by here.
Showing posts with label islamic. Show all posts
Showing posts with label islamic. Show all posts

2012-04-21

Have faith in Allah

Decision.

Never be easy to be made. Even to make a choice for myself is hard, to choose over a thing that involves many is way harder.

Too much feelings to be care of. Too much opinion to be considered.

Pick A and people will ask why. Put A back and take B. People still ask questions. Choose anything, the curiosity still there.

Choose to never make a last word, people tell that you are too dependent to others. Choose to make a final act, people will say you are heartless. 

.....



Yet, me still need to do that decision. Even I run miles away. Even I hide the real feeling. Even I need to hold the tears, like forever maybe. Maybe.

But thanks to The One and Only, Allah always available twenty-four-hours-seven-days-a-week without rest. Never tired and neglected pray from me. 

.....

Even I need to run far far away, never feel tired, because Allah is there.
Even I need to keep smiling unwillingly, never feel annoyed because Allah is there.
Even I feel like to give up on everything, never really do because Allah is there.
Even I feel like to cry and cry and cry all over the night, the tears are worth because I'm crying for forgiveness.

.....

And even I feel harder to make a decision, Allah always ease them for me, insya-Allah.

.....

Let people say anything they like. It's their rights, me never care much as long as I'm never hurt. But if me still getting hurt, I don't care much because I have faith in Allah, forever.


2012-01-22

Lagi-lagi tentang aurat


Salam.

Kali ni saya (tetiba guna saya plak,sopan sikit) nak tulis serba sikit tentang aurat seorang muslimah. Kadang diri sendiri pun tak cukup sempurna lagi dalam menutup aurat. Usaha, tekad. Itu yang penting. Konsisten dalam niat untuk menutup aurat.

Facebook

Kadang-kadang kita tak sedar pun yang kita terselak aurat kita. Masa nak keluar rumah, dah yakin dengan penampilan sendiri. Bila dah sampai kelas atau tempat kerja atau di mana-mana, kadang-kadang, dengan sendirinya kita terbiasa selak lengan baju, selak tudung. Walaupun dah jadi kebiasaan, kita kena cari cara untuk mengelakkan kebiasaan kita ini mendatangkan dosa kepada kita.

Saya akui, saya sendiri masih 50% dalam menutup aurat. Tapi alhamdulillah, saya dikelilingi dengan ahli keluarga yang sering mengingatkan saya tentang aurat. Kadang-kadang, bila bersama kawan-kawan atau sahabat rapat, ada niat nak tegur mereka-mereka yang masih 50% juga macam saya. Tapi, saya cuba betulkan diri dahulu sebelum membetulkan orang lain.

Semoga kami mendapat petunjuk dari Allah untuk menjadi muslimah yang benar-benar mengikuti ajaran Islam. Kerana Islam bukan hanya pada kad pengenalan dan bicara mulut, tetapi lebih kepada perbuatan dan amalam sehari-hari. insyaAllah.

Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [An-Nur :31]

2012-01-20

Hak anak-anak yatim


Rasulullah telah bersabda: "Jauhilah tujuh perkara yang boleh membinasakan kamu iaitu menyebabkan kamu masuk Neraka atau dilaknati oleh Allah. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah tujuh perkara itu? Rasulullah bersabda: Mensyirikkan Allah iaitu menyekutukan-Nya, melakukan perbuatan sihir, membunuh manusia yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan hak, memakan harta anak yatim, memakan harta riba, lari dari medan pertempuran dan memfitnah perempuan-perempuan yang baik iaitu yang boleh dikahwini serta menjaga maruah dirinya, juga perempuan yang tidak memikirkan untuk melakukan perbuatan jahat serta perempuan yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya dengan fitnah melakukan perbuatan zina" Abu Hurairah ra.

Google


Berilah hak mereka sebagaimana yang sepatutnya. Dan bantulah mereka untuk menghadapi liku-liku di dunia setelah kehilangan orang yang disayangi dan tempat bergantung. Jangan bagi alasan, tak de duit. Sebab bantuan bukan sekadar dalam bentuk duit. Sokongan mental dan bantu dalam pelajaran juga boleh diberi. Selain berbuat baik kepada mereka dan sayangi mereka seikhlasnya.

Insya-Allah, segala perbuatan baik kita, akan diterima oleh Allah. amin.

*peringatan untuk diri sendiri*

2012-01-18

Jangan pernah abaikan mereka


Bagi seorang perantau, kita tidak lari dari tanggungjawab menjadi seorang anak yang dituntut oleh agama. Salah satu dari tanggungjawab itu adalah tidak mengabaikan kedua ibu ayah dalam kegiatan sehari-hari. Bagaimana? Banyak caranya. Jangan pernah lupa mendoakan mereka setiap kali selesai solat fardhu atau sunat.



Setiap apa yang kita lakukan, haruslah meminta izin dan pandangan mereka. Kerana tidak berkat sesuatu perkara yang dilakukan jika tiada restu dari mereka. Jangan abaikan mereka dalam setiap keputusan kita. Walaupun kita rasa kita dah cukup besar untuk membuat keputusan sendiri. Ibu dan ayah lebih mengenali kita dan pandangan mereka sedikit sebanyak akan membantu kita yang masih belum matang (walaupun diri rasa dah matang). Hargailah mereka selagi masih mampu.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
“Redha Allah terletak pada redha ibu bapa dan kemurkaanNya terletak pada kemurkaan kedua-duanya (ibu bapa).” (Riwayat Al-Tabarani)


2011-12-09

Jiwa mati

Takde pape nak tulis sangat pun. Exam Block ni dah habis. So, no new idea come to my mind. Ramai kawan-kawan pergi Bandung hari ni sebab ada Bandung Games 2011. Aku? not sport-type person. So, duduk Jakarta je lah. Pergi Tanah Abang kot arini.

Ni nak share sikit lah yang aku jumpa dekat FB Jom Tutup Aurat dan jaga akhlak.. Jangan baca je. Tapi muhasabah diri ok.. Sama-sama kita betulkan diri kita, insya-Allah...


iluvislam.com


‎*♥*TANDA-TANDA HATI YANG MATI :


1.Berani meninggalkan sholat.

2.Tenang tanpa merasa berdosa padahal sedang melakukan dosa besar.


3.Tidak tersentuh Hatinya bahkan menjauhi Ayat-ayat Alqur'an.

4.Terus menerus Maksiat.


5.Sibuknya mengumpat dan buruk sangka

.
6.Sangat benci mendengar nasihat yang baik dan benci pada ulama

'.
6,Tidak ada rasa takut akan peringatan kematian,kuburan dan Akhirat.


7.Gilanya pada dunia tanpa peduli dosa.


9.Senang melihat orang susah dan menderita.


(Ustaz Muhammad Arifin Ilham).*♥*

2011-10-09

09.10.11


Being nice to someone you dislike doesn't mean you're a fake. It means you are mature enough to tolerate your dislike towards them.
 Esok dah mula blok baru. Urogenital block.

Hari ni taktau nak buat apa. Kelmarin dan semalam dah jejalan. Maybe hari ni duduk rumah je la. Takde orang ajak keluar. Semua pun malas kot. Aktiviti hari ni : Aku tenung laptop, laptop tenung aku. Sampai bosan.

...............

Bukak facebook tadi, ada kawan share gambar ni. Baca dan amalkan. Semoga hidup kita lebih bermakna.



CARA RASULULLAH S.A.W MENJAGA KESIHATAN DIRI

SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.

Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN

Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)

TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN

Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.

Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

GEMAR BERJALAN KAKI

Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.

Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

TIDAK PEMARAH

Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.

Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.

OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA

Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.

TIDAK PERNAH IRI HATI

Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

PEMAAF

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.

Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.

"BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat rasulullah.. semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.."-) - 
Oleh Ustaz Zawawi Yusof

2011-07-02

Sakit



Sakit itu, ujian dari Allah.


"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".[Surah At-Tagaabun : 11]


Sakit ada banyak jenis. Sakit fisikal, rohani, mental. Selalunya jika kita sakit fisikal, ke doktorlah tempat kita mencari ubat. Tapi, kalau sakit rohani? Sakit jiwa kita? Ke mana nak cari penawarnya?


Google




Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan ‘Inna lillaahi wa innaa ilaihi roji’uun’. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk ”. (QS. Al-Baqaroh : 155-157).


Sakit bukan tanda Allah tidak sayangkan kita. Tetapi sebagai salah satu medium Dia untuk menguji kesabaran kita, serta untuk menghapuskan dosa-dosa kita, baik kecil, ataupun besar. Kerana setiap anak adam itu tidak akan pernah lepas dari melakukan kesalahan.


"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Merungut, mencaci, menyalahkan takdir,meratapi, bukanlah cara atau perkara yang logik kita lakukan bila kita ditimpa sesuatu penyakit. Perbuatan itu sama seperti kita tidak menerima takdir Allah terhadap kita. Dan tanda kita tewas sejak awal dengan ujian Allah. Bersabar, muhasabah diri atas segala kesalahan kita, dan meminta kepada Allah, insya-Allah Allah akan membantu kita dalam mengharungi segala kesakitan itu.


Insya-Allah.


"Setiap anak Adam itu berdosa dan sebaik-baik orang yang berdosa adalah yang memohon taubat kepada Tuhannya" (Hadis riwayat At-Tarmizi).


Bacaan lebih lanjut --> sakit antara penghapus dosa dan peningkat darjat dan sakit dan musibah adalah penghapus dosa bagi seorang muslim


Ya Allah, Kau lindungilah diriku, Kau tabahkan hatiku dalam mengharungi ujian yang Kau datangkan kepadaku ini. Tiada tempat yang berhak aku meminta selain dariMu. Amin.

2011-07-01

Welcome July



Sabda NABI MUHAMMAD S.A.W "Perjanjian (perbezaan) diantara kita (orang islam) dan mereka (orang kafir) ialah SOLAT, dan barangsiapa meninggalkan SOLAT sesungguhnya dia telah menjadi seorang kafir. (Hadis Riwayat Imam Al Tarmidhi)

Terima kasih Allah, masih memberi aku peluang untuk hidup.....

2011-05-06

Doing good

"Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya. Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab Neraka dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia dan batallah apa yang mereka telah kerjakan." [Surah Hud 11:15-16]



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


nak buat baik pada orang memang payah, tambah lagi jika melibatkan situasi di mana kita harus melepaskan barang yang kita sayang. tapi buat baik haruslah dengan niat yang benar, bukan mengharapkan balasan. dalam erti kata lain, IKHLAS. bila dah niat nak buat baik tu, teruskan je walaupun ada halangan lain, tapi kalau niat nak buat jahat, baik lupakan walaupun jalan terbuka luas. kadang-kadang bila kita buat baik, orang perli, kutuk atau yang lebih teruk, ambil kesempatan. ada juga yang balas dengan kejahatan. banyak kot, bukan kadan-kadang. tapi, tanam dalam diri, itu semua dugaan dan jangan pernah menyesal dengan kebaikan yang kita lakukan dengan seikhlas mungkin sebab semua yang kita lakukan dengan niat kerana Allah dan ikhlas, insya-Allah dapat balasan yang lebih besar dan bermakna, iaitu pahala.


"berbuat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali"



2011-04-02

Lemahnya aku sebagai hamba Allah....

Kosong. Tidak terucap apa-apa. Tatkala hati berbicara sendiri. Menyalahkan dirinya sendiri. Atas segalanya. Kenapa susah benar untuk mengawal diri. Kenapa susah untuk tekadkan diri. Sudah lama aku tahu ia berdosa. Ya, sudah beribu pesanan hinggap di kepala. Namun, ianya hanya sekadar tumpang lewat tanpa melakukan sebarang persinggahan. 






Bukan tidak diajar. Bukan tidak dididik. Namun bayangan dunia mengkaburi mata. Membutakan hati. Menyingkirkan iman dan agama di dada. Kenapa aku mudah untuk tewas dengan bisikan syaitan? Kenapa? Sedangkan ramai insan yang bersusah payah menjaga imannya, dan aku di sini. Leka. terlalu alpa dengan kemewahan sementara. Terlalu selesa dengan dosa yang menimbun.


Apa guna mengharapkan seorang insan untuk datang dalam hidup kita. Menegur segala kelalaian kita. Membimbing kita ke jalan yang penuh cahay ilahi. Itu pun mujur kalau ada yang peka dengan hidup kita yang bergelumang dengan dosa. Kalau tidak ada? Dan kalau dia hanya muncul sedetik sebelum nafas kita berakhir? Apa kita hanya mahu terkulai layu, menanti tanpa usaha? Apa kita rela diri ini dianiaya oleh kita sendiri?


Di mana silapnya. Di mana harus aku perbaiki. Ya. Jiwa dan hati yang sudah lama dikotori bintik-bintik hitam ini. Itu yang harus aku bersihkan. Apa perlu hantar untuk snow wash agar biar dapat berseri putih kembali? Tidak berguna usaha itu. Aku lemah. Lemah dalam mengatasi nafsu yang membuak dalam diri. Lemah dengan bisikan halus dari makhluk yang berjanji kepada Allah untuk menyesatkan kaum Adam. Lemah tatkala dipujuk rayu dengan kata-kata manis. Aku cuba. Bukan tidak pernah mencuba. Namun azam itu lenyap, terus lenyap begitu sahaja bila tiada lagi bimbingan dalam jiwa.


Kadang aku terlalu seronok mengeyangkan perut walaupun aku tahu, ia akan keluar juga dari tubuh ku. Makanan pada jiwa? Makanan hati? Makanan rohani? Huh. Langsung tidak pernah aku peduli. Sedangkan makanan itulah yang tidak akan keluar dari hati jika dilindungi dengan pendirian yang tepat.


Aku takut untuk mengambil langkah yang drastik. Aku terlalu risau dengan pandangan mata dunia. Risau disisihkan dari kumpulan manusia di dunia. Tanpa aku sedar, jika aku berani mengambil risiko itu, aku mungkin akan mendapat cahaya Ilahi. Tidak mustahil. Kerana aku tahu, Allah itu Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang. Tapi kenapa terlalu berat hati ini untuk berubah? Sedangkan tiada kerugian jika dibandingkan dengan cara hidup aku sekarang. 


"Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.  Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab Neraka dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia dan batallah apa yang mereka telah kerjakan." [Hud 11:15-16]



2011-02-15

Hancur.

"Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik(sesuai dan sopan)." [Al-Ahzab 33:32]

Wahai hamba Allah sama kaum denganku
Tegaslah dalam berkata-kata
Jangan kau usik hati lelaki yang rapuh itu
Jangan kau getarkan ia
Kelak bencananya akan kau rasakan

Wahai sang perempuan
Perlukah engkau melunakkan suara mu
Perlukah engkau memanjakan dirimu
Kepada sang lelaki yang bukan muhrimmu

Wahai sang perempuan
Hati ini cukup sedih
Ketika melihat terlalu ramai kaummu
Tanpa segan silu
Tanpa perasaan malu
Seperti dihasut syaitan yang dilaknat Allah
Kau terus merakam dan menyebarkan
Video lagumu, video dirimu
Di youtube sudah pasti

Tatkala mendapat sambutan hangat
Pengunjung mencecah angka jutaan
Mendapat pujian yang membanggakan
Hatimu cukup riak sehingga terdorong melakukannya lagi
Sedangkan kau tidak tahu nait sebenar di sebalik hati penonton itu

Wahai muslimah
Sedarlah, kau tidak akam mendapat apa-apa dari itu


p/s ::: Entri ini dibuat sebgaia sokongan terhadap entri yang "apabila muslimah berani beraksi" oleh blog jalan salafus sholih.

f

2011-02-09

Islam bukan mainan hidup

"Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab Neraka) dengan sebab apa yang dia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji). Tidak ada baginya pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah dan jika dia hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam azab Neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan. Bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya). [Al-An'am 6:70]

view at KLCC-dec 2010-afternoon
-tak ada kaitan dengan mana-mana pihak-


Ya Allah
I ask to You
Protect myself from those people
Who love to make funny with the pure Islam
Keep my heart strong
To unfriend with these people
Only to You, the One I should ask

p/s ::: jangan sesekali menilai seseorang dari luaran sebelum mengenali dalamannya.

p/ss ::: i'm off to a camp at Puncak, Indonesia. will see u later!

2011-01-13

Kagum



Sungguh indah dunia ini. Diciptakan oleh Allah yang Maha Agung untuk hamba-hambaNya. Subhan'Allah, perkataan yang bererti Maha Suci Allah merupakan perkataan yang sebati dalam diri sejak kecil apabila sering diingatkan oleh ayah, ibu, tok dan opah tercinta untuk diucapkan setiap kali melihat sesuatu kebesaran Ilahi. Sungguh kagum melihat ciptaan Ilahi di dunia ini. Terasa juga air mata ingin mengalir setiap kali hati digegarkan dengan pelbagai keindahan ini. Air terjun yang damai, lautan yang tenang, langit terbentang luas, malam dihiasi bintang-bintang dan suluhan cahaya bulan, siangnya dihujani panas mentari, tanah yang dapat mendatangkan hasil. Tidak bersyukurkah kita kerana diberi peluang untuk hidup di muka bumi ini. 




Namun, diri ini juga sering diingatkan. Dunia hanya sementara. Persinggahan sementara manusia sebelum datangnya hari kiamat. Dan dunia merupakan satu-satunya peluang manusia untuk mencari dan mengumpul sebanyak mungkin Pahala dan berbuat kebaikan serta menghindari perkara-perkara yang jelas mendatangkan dosa. Kerana di akhirat kelak, hanya dua tempat tinggal untuk manusia yaitu Syurga dan Neraka. Dalam Al-Quran sudah jelas diterangkan mengenai keindahan syurga yang jauh lebih indah dari dunia ini.



"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, di tempatkan dalam taman-taman Syurga (yang indah) dan (dekat) beberapa sungai,. Di tempat yang sungguh bahagia, di sisi Tuhan Yang Menguasai segala-galanya, lagi Yang Berkuasa melakukan sekehendakNya." [54 : 54-55]

"Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah."[55:76]


Semoga kita tidak leka dengan kesenangan di muka bumi ini dan semoga kita dapat menjadi salah satu penghuni syurga. insya-Allah. amin.


p/s ::: Lately, asyik rasa penat je. ntah la kenapa....


p/ss ::: Harus buang sikap malas yang sudah selubungi badan. haha~~~

2010-12-09

Jagalah pandangan, peliharalah kehormatan, tutuplah aurat!!!

Firman Allah SWT,
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." [An-Nur"31]

Wahai sahabat wanitaku
Tidak tersentakkah kau ketika membaca ayat-ayat al-Quran
Yang seringkali memperingatkan wanita
Hukum dan cara hidup yang benar
Cara hidup berlandaskan agama Islam

Wahai wanita sekaum denganku
Jagalah pandanganmu, rendahkan penglihatanmu
Bukan bermakna kau tidak bebas melihat dunia
Tapi ketahuilah dunia ini tidak ada yang istimewa
Berbanding syurga di akhirat kelak

Wahai wanita yang amat ku cintai
Peliharalah kehormatanmu sayang
Jangan kau terlalu merendahkan dirimu
Pada mana-mana manusia yang menabur janji
Peliharalah dirimu hanya untuk seorang yang istimewa

Wahai wanita yang ku kasihi
Jagalah pakaianmu, tutuplah auratmu
Jangan kau menampakkan walau seurat rambut
Jangan kau mendedahkan walau seinci lehermu

Apa yang kau banggakan dengan rambut ikalmu
Apa yang kau banggakan dengan leher putihmu
Apa yang kau megahkan dengan lengan gebumu
Tidak ada yang perlu dihebohkan
Jika setiap mata bukan muhrim yang memandang
Mengundang dosa buatmu

Wahai kekasih wanitaku
Apa kau tidak kasihan dengan bakal suamimu
Terpaksa menerima wanita yang sudah tercemar
Apa kau tidak malu dengan dirimu sendiri
Mulut lancar menyindir wanita lain
Memakai tudung menutup dada dikata tidak ada fesyen
Memakai baju labuh besar dikata kuno
Sedangkan ketika itu malaikat mencatat setiap perbuatanmu

Sungguh aku kasihan melihat kamu
Terlalu bangga dengan kecantikanmu
Terlalu leka mendedahkan aurat
Yang mana pada mata insan yang mempunyai iman
Amat membenci perbuatanmu itu
Kerana sungguh! Perbuatanmu itu jauh menyimpang dari ajaran Islam

Apa yang perlu dibanggakan dengan fesyen terkini
Perlukah kita, seorang muslimah mengikut cara hidup agama lain
Sedangkan kita dilahirkan dengan agama Islam yang memandang tinggi terhadap kaum wanita
Tidak bersyukurkah kita?

Wahai saudara wanitaku
Maafkan aku jika aku hanya mampu berbicara di sini
Bukan berhadapan denganmu
Kerana aku tidak mampu
Kerana aku juga tidak sempurna
Hanya mampu berusaha di sini
Semoga kita sama-sama berubah ke arah lebih baik

Wahai wanita yang kucintai
Allah itu Maha Pengampun
Masih belum terlambat jika kita sama-sama mahu bertaubat
Hanya Dia layak menghapuskan dosa kita
Ya, hanya Dia, jadi pintalah pada Nya

Wahai saudara wanitaku
Ketahuilah, aku ada di sisimu
Jika niatmu benar untuk ke arah yang lebih baik
Dan jika kau hanya berniat untuk menarikku
Untuk hidup dengan cara yang dibisikkan oleh syaitan
Maka jauhilah aku, kerana hati aku masih tidak kuat imannya
-© Anna

 "Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya." (Surah Al-'Ankabuut 29 : 69) 
p/s ::: Masih dalam proses menguatkan iman diri sendiri.

p/ss :::

2010-12-06

Selamat Menyambut Awal Muharram 1432 H

"Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa. [at-Taubah:36]"


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
[Hari ini pengakhiran tahun 1431H, masuk je maghrib, bermulalah tahun baru bagi umat Islam.]


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Setahun sudah masa berlalu
Kini Muharram menjelma lagi
Terima kasih tak terhingga
Ku tadahkan kepadaMu, ya Ilahi
Memberi peluang bernafas di muka bumi
Memberi kesempatan mencari cahayaMu

1432 H disambut gembira
Dengan azam dan tekad yang baru
Semoga dosa lalu diampunkan
Dan semoga kehidupan baru
Penuh dengan kebaikan

Ya Allah ya Tuhanku
PadaMu aku bersujud syukur
PadaMu jua aku menadah tangan
Meminta semoga dipanjang umur
Agar dapat ku temukan Muharram di masa akan datang




Sabda Rasulullah : “Puasa yang paling utama setelah Ramadhan adalah puasa di bulan Allah (yaitu) Muharram. Sedangkan shalat yang paling utama setelah shalat fardhu adalah shalat malam”. (H.R. Muslim) 


Sahabat, klik link ini [muharram dan keutamaan bulan muharram] kalau mahu membaca tentang Muharram. Ini yang saya jumpa. Kalau salah, sila betulkan.


Sedarkah kita? Allah masih memberi kita kesempatan untuk menjejakkan kaki ke tahun baru. Bererti kita masih ada kesempatan untuk mengubah diri kita, dari yang tak elok kepada yang lebih molek. Jom, kita gunakan peluang yang ada. Semoga Allah memberkati setiap usaha kita, Amin.


p/s ::: Selamat tahun baru sahabat.


p/ss ::: trend zaman sekarang, tahun baru Islam tak pernah ingat, diabaikan je. tapi kalau tahun baru 1 januari tu, seronok nak sambut, buat pestalah, konsertlah, lepas tu banyak lah kes maksiat. Semoga kita dijauhkan dari perkara seperti itu. Amin.


p/sss ::: perkara sunnah dan bida'ah dalam bulan muharram --> Oleh Ustaz Rasul Bin Dahri.

2010-12-05

wahai sang pencinta wanita

عَنْ أَبِى هُرَيْرَة َ قَال َقَالََ
 رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
اِنَّ الْمَرْأَةَ كا لضِّلَعِ اِذَا ذَهَبْتَ تَقِيمُهَا كَسَرْتَه
َاِنْ تَرَكْتَهَا اِسْتَمْتَعتَ بِهَا وَفِيْهَا عِوَجٌ
Dari Abu Hurairah r.a. Katanya :
Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Sesungguhnya kaum wanita itu bagai tulang rusuk.
Kalau engkau berusaha untuk meluruskannya (dengan keras)
akibatnya engakau mematahkannya dan kalau engkau biarkan
dapat engkau pergunakan, sedangkan dia tetap bengkok."
Hadis sahih riwayat Muslim


Bengkoknya tulang rusuk wanita
Bukan bererti degil dan tegar
Menerima nasihat dan pandangan
Dari insan yang mencintai dan dicintai

Bengkoknya tulang rusuk wanita
Bukan bererti harus dibiarkan
Dibiar hanyut diselimuti dosa
Dosa yang membawa wanita ke neraka jahanam

Wahai insan yang mencintai wanita
Dan dicintai oleh wanita
Sanggupkah kau melihat wanita itu
Melangkahkan kaki ke api besar kelak

Duhai pencinta wanita
Janganlah kau biarkan wanitamu
Terpesong dari agama Islam
Agama yang paling agung

Jika wanita mendedahkan auratnya
Tugas kamu sang pencinta
Untuk menegur wanita
Memberi nasihat dan didikan dengan sempurna
Agar auratnya terpelihara
Agar maruahnya tidak dipersendakan

Jika wanita terlalu bergaul bebas
Tugas kamu sang pencinta
Untuk membimbing wanita kembali ke ajaran yang benar
Hukumlah wanita itu dengan sederhana mungkin
Kerana hati wanita cukup rapuh
Bahkan lebih rapuh dari kayu yang ditimpa hujan

Jika wanita meninggalkan solat
Tugas kamu sang pencinta
Tanamkan dalam hati wanita
Satu perasaan takut kepada Allah
Satu perasaan yang membuatkan wanita itu
Selalu sujud dan meminta kepada Allah

Jika wanita merayu dan dirayu
Tugas kamu sang pencinta
Menguatkan hati wanita
Agar tidak mudah terpedaya
Agar kelak wanita selamat dari api yang membara

Duhai sang pencinta
Jika benar kau hidup dengan ajaran Islam
Tegarkah kau melihat saudara Islam mu
Dihanyut dosa sedangkan kau sebaliknya
Tidak tenang hati sang pencinta
Jika membiarkan wanita itu terus membuat dosa

Bimbinglah wanitamu duhai sang pencinta
Janganlah kau menggalakkan wanita membuat dosa
Membiarkan rambut dan susuk tubuh wanita
Menjadi santapan para lelaki lain siang malam 
Apa kau sudi menikahi wanita yang sudah tercemar
Tidak jijikkah kau dengan wanita begitu
Tidakkah kau sedih melihat wanitamu
Ibarat diambil maruahnya dengan mudah


Memang benar kau menikmati semua itu
Berpegangan tangan, bercium-ciuman, bertampar peluk mesra
Namun sampai bila mahu terus hidup dengan dosa
Mungkin kau takut kehilangan wanitamu
Jika kau memberi sedikit nasihat
Apa kau tidak takut berpisah dengan wanitamu
Di akhirat kelak ketika wanitamu dicampakkan ke api neraka
Menyesal kemudian memang tidak berguna

Jadi wahai sang pencinta
Mari mulakan langkah pertama
Bimbinglah wanitamu
Agar tenang hidup dengan ajaran Islam
- © Anna


p/s ::: Siapalah Hawa tanpa tulang rusuk Adam. Mari kita betulkan diri sendiri dan juga teman-teman. Semoga semuanya hidup dalam kesejahteraan. Amin

p/ss:::
wanita muslim dan auratnya