Followers

Me

My photo
Saya Ummi Ana, Pengedah Sah Shaklee No ID 1210215. Jemput like page saya di facebook dan instagram. Sebarang pertanyaan bolehlah Whatsapp 01124121834 atau email hazliana.nurul@yahoo.com Terima kasih singgah di blog saya.
Before you read my posts, please forgive me for my bad grammar. And inconsistent pronoun, for sometimes I use "aku" and sometimes I use "saya", it depends on my mood and the post. Some of them are in English and some in Malay language. And the pictures in this blog mostly from google images. Btw, thanks for stopping by here.

2012-03-23

Pasrah je la


2012-03-17

Untitled post

Fuh, berhabuk betul kat sini. *Lap lap* Dah hampir 2 minggu menjejakkan kaki ke bumi seberang. Dan hampir 2 minggu jugak dah mulakan semester baru.



Semangat baru masih tidak datang. Kerisauan dalam hati mengatasi segala-gala. Apa yang nak dirisaukan? Biarlah hanya saya dan Dia yang mengetahui. Hanya berdoa dan berdoa, agar hati ini tenang seperti sebelum.

Terasa mahu putarkan masa segera mungkin.......


2012-03-02

Langkawi Tour part 4

Sambungan dari part 3

*********************************************************************************************

Pada hari Khamis, sebab plan agak kucar kacir (tak buat back-up plan), so pagi tu kitorang pergi ke Dataran Lang dulu selepas brekpes roti dan maggi serta air panas yang dibeli di luar. Dataran Lang la WAJIB untuk pergi kalau melancong ke Langkawi. Memang la takde benda sangat kat sana kecuali seekor helang yang besar dan statik kat situ. Bergambar gambar kat sana puas puas. 1 jam jugak kat situ.


Helang side view
by Anna


By Kaah

Helang front view
By  Farah
Dataran Lang
by Anna

*********************************************************************************************

Lepas tu terus menuju ke homestay untuk checkout. Sebab ada orang lain nak masuk homestay tu petang tu. Then kitorang menuju ke Makam Mahsuri. Bayaran masuk adalah RM 5 seorang. Tak mahal kan. Hari bukan cuti ni, tak de la ramai orang sangat kat situ. Kat dalam Kota Mahsuri ni ada Makam Mahsuri, Telaga Mahsuri, Rumah rumah yang ada kaitan dengan zaman Mahsuri. Ada muzium dia jugak. Kalau nak tau pasal sejarah Mahsuri, masuklah muzium mahsuri ni. Takde extra charge pun. Tapi tak boleh nak tangkap gambar dalam muzium tu. Sedih.



Sejarah  Mahsuri, Makam Mahsuri
by Anna


Rumah pandak mayah, ayah Mahsuri
by Anna

Telaga mahsuri
by Farah



*********************************************************************************************

Habis je kitorang kat situ, kitorang berpecah dua. 3 orang dari kami pergi ke pekan Kuah balik untuk buat rawatan muka. Saya dan 2 orang kawan decide untuk pergi jejalan ke pantai Cenang, untuk habiskan minyak kereta yang masih ada 3 bar lagi. Tapi sebelum meneruskan perjalanan, kami singgah di kedai makan yang saya selalu pergi dulu dulu (dah tau dah kedai ni kat ne). Kedai ni ramai jugak orang pergi. 5 minit je dari homestay saya. Lauk lauk dia banyak pilihan. Dan saya sangat suka puding caramel dia. Tapi puding dia dah tak berapa sedap compare dengan dulu dulu. 


My Lunch
by Nadia

Nadia's lunch
by Nadia

Aliya's lunch
by Nadia

*********************************************************************************************

Lepas makan tengah hari, kami meneruskan perjalanan ke Pantai Cenang. Kali ni saya cuba ambil jalan lain dari yang kami pergi hari Selasa. Tapi menyesal lak sebab jalan tu agak sesak sebab orang balik sekolah masa tu. Takleh bawak laju sangat sebab budak budak balik sekolah jalan merata rata. Haha. Ingatkan sesat tapi bila fikir balik, pusing macam mana pun, tetap dalam Pulau kan.





Kitorang pergi ke Teluk Malai Jetty. Kat situ ada Awana resort. Kitorang bergambar gambar kat area situ. Lawa sangat tengok pemandangan kat situ. Air yang masih jernih, tak dinodai lagi. Baru best pergi pulau yang masih kekal dengan pemandangan asal.

*********************************************************************************************

Lepas tu kitorang pun bertolak pulang ke pekan Kuah. Tetiba hujan la plak. Tukar pemandu sebab saya tak berapa nampak jalan kalau hujan hujan ni. Keselamatan diutamakan. Dah la bawak anak orang kan. Anak kambing takpe la. Haha. Terus je pergi ke jeti Langkawi untuk hantar kereta. Lewat 4 jam so tambah RM40 je la. Then, tunggu kereta lagi satu. Lepas solat terus masuk ke feri. Ngam ngam je masa. 




Ramai orang naik feri masa tu. Eh, tau kan yang Kedah cuti Jumaat dan Sabtu. Sebab tu ramai. Banyak budak sekolah nak balik rumah. Hujung minggu kan.

Then, say Goodbye to Langkawi! Insya Allah ada masa, bertemu kembali...

*********************************************************************************************

Thanks to my friends, Farah, Nadia, Kaah, Hajar for the pictures. Dah siap bagi credit dah tu. 

*********************************************************************************************

Hope for next awesome trip to some where else. Insya Allah.

2012-03-01

Langkawi Tour - Homestay, rental car and others

Update pasal ni dulu la. Sambungan part 3 nanti la ye.

Sebelum kita pergi ke sesuatu tempat tu, mestilah kena ada plan kan. So sebab saya nak sangat g Langkawi, saya lah yang kena plan, besides, saya pernah belajar sana 2 tahun. So, tau la serba serbi tentang Langkawi kan.

*********************************************************************************************

Basic untuk sesuatu trip tu is pengangkutan dan tempat tinggal. Selalunya orang pilih untuk tinggal kat hotel. Tapi bosan la duduk hotel. So saya cadangkan kat kawan kawan untuk duduk homestay. Homestay kat Langkawi banyak, tinggal google je. So kitorang decide nak duduk kat homestay abang awie. Tak jauh dari pekan Kuah. Ala, kalau homestay tu jauh pun xpe sebab Langkawi xde traffic jam. So tak perlu risau la kan pasal jauh ke dekat. Ni link untuk homestay tu --> http://awieshomestay.blogspot.com/

Depan homestay sebelum checkout


Harga pun berpatutan. Untuk 3 hari 2 malam (bukan harga cuti sekolah), patutunya harga RM360 tapi setelah negotiate dapatlah kurang sikit. Tapi kira berbaloi harga tu. Bilik ada 3. Aircond ada 2. Yang bestnya cermin besar ada kat mana mana je. Best untuk perempuan la kan! Hehehe. Bilik air pun best, pintu dia lawa. Nak masak kat homestay pun boleh sebab tuan rumah sediakan barang barang masak macam beras, minyak, gula, garam. Tapi kitorang tak sempat nak masak, asyik jejalan je.

Ada lagi homestay lain. Tinggal pilih je mana yang rasa nak. Try tgok link homestay lain jugak --> http://www.langkawihomestay.com/
http://yasreehomestay.blogspot.com/
http://langkawihomestay.net/

*********************************************************************************************

Untuk kereta sewa lak, harga ikut hari apa kita pergi. Selalunya waktu cuti hujung minggu mahal lagi nak dibandingkan dengan hari biasa. Ada kereta auto ada yang manual. Ada kereta kecik, ada yang besar. Haritu kitorang book 2 kereta viva. Mula mula nak book picanto tapi dah habis lak. 


Kereta Viva 2 ketul - satu baru satu lama
tapi dua dua dlm good condition
Kereta tersadai, satu lagi kereta di tempat lain


Setelah google berhari hari, kawan saya jumpa laman web untuk sewa kereta yang agak murah harga dia. Mostly kereta viva auto yang saya jumpa harganya RM80 untuk sehari tapi yang ni kitorang dapat harga RM60 untuk satu hari. Kereta pun kereta baru. Extra hours just tambah RM10 je untuk satu jam. Link dia --> http://carlangkawi.blogspot.com/

Ada jugak link lain if nak tengok tengok
http://my.88db.com/Travel/Car-Rental/ad-1046634/
http://www.panduanmelanconglangkawi.com/keretasewalangkawi.html
http://my.88db.com/Travel/Car-Rental/ad-1063888/
http://my.88db.com/Travel/Car-Rental/ad-1050916/
http://www.keretasewa-langkawi.com/langkawicarrental.html

*********************************************************************************************

Selain tempat tempat yang kitorang pergi, ada jugak tempat lain yang menarik. Cuma masa yang terbatas je penghalang kitorang. Tempat tempat lain yang boleh dilawati adalah:

Air terjun tujuh telaga   
Air terjun durian perangin 
Taman buaya
Beras terbakar
Harbour park
Galeria perdana
Wildlife park
Kampung air hangat
Taman Lagenda
Tanjung Rhu
Pantai pasir hitam
Island Tour
dan lain lain.....

*********************************************************************************************

Selamat bercuti... Semoga saya dapat berkongsi sedikit info...