Followers

Me

My photo
Saya Ummi Ana, Pengedah Sah Shaklee No ID 1210215. Jemput like page saya di facebook dan instagram. Sebarang pertanyaan bolehlah Whatsapp 01124121834 atau email hazliana.nurul@yahoo.com Terima kasih singgah di blog saya.
Before you read my posts, please forgive me for my bad grammar. And inconsistent pronoun, for sometimes I use "aku" and sometimes I use "saya", it depends on my mood and the post. Some of them are in English and some in Malay language. And the pictures in this blog mostly from google images. Btw, thanks for stopping by here.

2015-01-22

The Trans Studio Bandung


Setelah lama tak update post yang bermanfaat, kali ni saya nak tulis pasal short escape to Bandung dengan kawan se-Uni. Sementara nak tunggu majlis pelantikan (Oath Taking Ceremony), ada la free time untuk berjalan-jalan. Daripada bosan dok rumah tak buat apa.

First day

Kitorang berempat pergi bandung dari jakarta  naik travel --> XTrans. Kalau nak terus sampai area trans studio, kena naik xtrans yang dari Sudirman dekat Jalan Blora. So pagi-pagi lagi dah keluar rumah naik taksi menuju ke Sudirman, Jakarta Pusat. Trans kitorang jam 0615.

3 Jam perjalanan baru sampai ke Trans Studio, Bandung. Sebelum masuk, kitorang breakfast dulu dekat area Indomaret. Makan pempek, roti bakar. Tapi pempek dia tak sesedap pempek dekat Lampung dan Palembang.

Lepas sarapan barulah kitorang pergi claim tiket. Oh, actually, kitorang beli kupon tiket melalui Groupon.id. Dapat la kurang 50k rupiah. Jimat jimat. Korang boleh simpan beg korang yang besar2 kat tempat loker dia. Bayar cuma 20k rupiah per loker.

Trans studio ni tak la besar macam Dufan. Game dia pon tak banyak sangat. Tapi best. Should try all of them. Kitorang tak naik satu benda je --> Jelajah aka The Adventure, sebab nanti habis basah baju. Malas nak tukar baju lain.

Dari semua game yang ada, saya paling suka naik Vertigo. Tak pening pon naik benda ni. Best. Rollar coaster dia tak la best mana sebab sekejap je. Tapi betul2 naikkan hormon adrenalin woo..

Roller Coaster



Giant Swing, the first ride we had






 Dalam pukul 4 petang, kitorang dah keluar dari TRans Studio, bungkus makanan dulu sebelum cari teksi nak pergi check-in ke hotel. Kitorang ambil hotel di Jalan Cihampelas --> Hotel Cihampelas 2, beli melalui pegi-pegi.com. Dari TRans Studio nak ke Cihampelas jauh la jugak, 30 minit. Sampai je hotel, terus melantak, lapar sangat dah. Habis tenaga jerit-jerit kat trans studio. haha.

Malam tu kitorang jalan ke Cihampelas Walk @ Ciwalk. Tak jauh pun. Sepanjang Jalan Cihampelas ni banyak kedai baju, ole-ole @ snack kalau korang nak beli. Harga ada yang fixed, ada yang boleh tawar lagi. Kena pandai2 lah. Maybe kalau pandai cakap bahasa sunda boleh dapat murah.


Second Day

Lepas sarapan kat hotel, kitorang check-out awal sebab nak jalan-jalan lagi. Beg kitorang letak je kat kaunter hotel tu. Hari ni alhamdulillah cuaca baik, so boleh la berjalan kaki sepanjang Jalan Cihampelas. Lepas dah habis jalan tu kitorang pergi, kitorang naik angkut untuk ke kedai Kartika Sari. kat sini ada jual brownies, cake, snack khas Bandung. Banyak je tempat lain tapi Kartika ni yang terkenal. Brownies Amanda pun sedap gak.

Lepas tu kitorang menuju ke Paris Van Java Mall untuk lunch. Makan Kenny Rogers, ala kat Malaysia pun banyak. Tapi selera kitorang bukan makanan korea, japan dan lain2. So makan la Kenny.

Waiting for the food. Lapaqq

Lepas makan, jalan-jalan dalam Mall jap before balik hotel.  Petang tu kitorang balik ke Jakarta naik Day Trans, point dia kat Jalan Cihampelas je, dekat sikit nak jalan. And, the end. Next trip InsyaAllah ke Sabah pulak. Thanks kawan-kawan for this short trip.




No comments: