Followers

Me

My photo
Saya Ummi Ana, Pengedah Sah Shaklee No ID 1210215. Jemput like page saya di facebook dan instagram. Sebarang pertanyaan bolehlah Whatsapp 01124121834 atau email hazliana.nurul@yahoo.com Terima kasih singgah di blog saya.
Before you read my posts, please forgive me for my bad grammar. And inconsistent pronoun, for sometimes I use "aku" and sometimes I use "saya", it depends on my mood and the post. Some of them are in English and some in Malay language. And the pictures in this blog mostly from google images. Btw, thanks for stopping by here.

2012-02-29

Langkawi Tour part 3

Masuk hari ke 3. Pagi pagi lagi saya kena keluar dulu pergi MRSM sebab ada hal jap. Then dalam pukul 9.30 kitorang keluar untuk pergi ke Mangrove Tour. Banyak package mangrove tour ni. Kitorang ambil yang sewa 1 boat untuk 2 jam. Harganya RM 180 satu boat untuk 2 jam. Harga dan aktiviti bergantung pada berapa lama kita nak sewa. Kalau dulu saya pergi dengan homeroom-mates masa belajar kat Langkawi, sorang bayar murah je sebab pergi ramai ramai.

Jeti Kilim
By Anna

By Anna


Sampai kat sana kurang lebih pukul 9.50 pagi. Tunggu dalam 10 minit, boleh naik boat dah. Ramai jugak orang terutama tourist. Mula mula pakcik tu terangkan kat kitorang tempat tempat yang kami akan pergi. Lepas tu baru naik boat.

First place kitorang adalah fish feeding. Kat sini ada diorang pelihara beberapa jenis binatang air. Kitorang dapat peluang untuk sentuh ikan pari, pegang belangkas, landak laut. Lepas tu dapat peluang bagi makan kat exotic fish, dan juga ikan sumpit. Ikan sumpit ni sangat special, tak reti nak explain. Korang g la try ok.

Landak laut
By Anna

Belangkas
By Anna

Ikan pari
By Anna

Fish feeding
By Anna

Ikan sumpit
By Anna


Lepas tu kitorang naik lagi boat untuk pergi ke tempat eagle feeding. Helang helang ni dah dilatih untuk makan kat sini. Diorang bagi makan kulit ayam supaya dapat terapung atas air dan senanglah helang untuk makan kan. Abang yang bawk boat ni cakap helang ni memang sangat memilih pasangan. Helang putih lak memang sangat setia dengan pasangan dia if pasangan dia mati, dia pun akan bunuh diri.

Helang
by Farah


*********************************************************************************************

Lepas pergi ke Gua Buaya kitorang pergi ke pulau kasut. Pulau ni dah dekat dah dengan sempadan Thailand. Lepas pusing pusing kat situ kitorang pergi ke Gua Kelawar. Kalau dulu ada orang yang guide jalan tapi sekarang kena guide sendiri je. Lepas dah 2 jam, kitorang balik ke jeti semula. Perut pun dah lapar. Kitorang decide pergi makan kat jeti Langkawi, sebab nak beli tiket feri balik sekali.

Crocodile cave
By Anna

Menuju ke sempadan Thailand
By Anna

Pulau kasut
By Anna
info Gua Kelawar
By Kaah

Inside the Bat Cave
By Kaah


Lepas solat kat masjid Kuah, kitorang pergi jalankan aktiviti utama --> Shopping. Lama juga kat pekan Kuah. Macam macam coklat kitorang beli sebab murah compare to kat KL. Malam tu lepak kat homestay je sebab penat. Tengok TV sama sama sampai tidur.

*********************************************************************************************

to be continued...

Langkawi Tour part 2


Then, masuk hari Selasa. Lepas semua orang dah solat Subuh, kitorang brekpes kat cafe motel tu jugak. Ada laksa, nasi lemak, roti arab, maggi pun ada jual. Selesai je makan pagi, kitorang ingat nak pesan teksi untuk ke Jeti Kuala Kedah tapi mujur pakcik motel ni baik hati nak hantarkan. Tapi still bayar la kan. Kalau ikutkan, satu teksi RM20. Kitorang 6 orang, memang kena 2 teksi.  Tapi pakcik ni mintak sorang RM6. Tak jauh beza pun. Heee.


Roti arab
by Farah
Kambing sesat di tengah jalan
by Farah


Nasib baik sampai sampai je kat jeti, ada feri yang dah nak bertolak. Kitorang naik feri Lada Tiga. Besar dalam feri tu. Selesa. Harga tiket feri RM23 sorang one way. Perjalanan ambil masa dalam sejam setengah. Tertidur jugak kitorang dalam feri. Penat oo naik bas. 


Ni la feri kitorang, jeles tak! Hahaha.
by Farah


*********************************************************************************************
Beg beg kami
by Farah

Sampai kat jeti Langkawi dalam pukul 10 macam tu la. First destination kitorang adalah --> TANDAS! haha. Sejuk dalam feri, tak tahan nak g tandas. Bukannya takde tandas dalam feri tapi sebab tido lagi penting, so tak sempat g tandas. Then, saya pun kol la abang yang sewakan kereta kat kitorang. (Nanti saya tulis testimoni pasal kereta dan homestay dalam post khas ye). Tak lama pun, terus kereta datang. Kitorang sewa 2 biji kereta sebab kitorang 6 orang. Nak sewa kereta besar tapi malas. Kereta kecik senang nak bawak kan. So 1 kereta 3 orang. Bawak kereta gilir gilir, baru adil. Tak la penat sangat.

Lepas ambil kunci kereta, kitorang pergi isi minyak kat Petronas sebelum pergi ke Shell untuk jumpa abang awie, tuan punya homestay yang kitorang nak duduk. Follow je kereta dia sampai ke homestay tu. Homestay tu kat Jalan padang matsirat, jalan nak p airport. Tak jauh pun dari pekan Kuah. 

Lepas dah bermandi manda dan beristirahat kejap kat homestay, kitorang keluar untuk mengisi perut yang kelaparan. Niat hati nak bawak mereka mereka ni makan kat kedai makan yang saya selalu pergi masa belajar kat Langkawi ni, tapi lupa kedai tu kat mana. So sebab perut dah lapar sangat, singgah je kedai yang first kitorang jumpa. Ok je kedai ni, sedap jugak! Harga pun ok ok. Berbaloi la.


We had our lunch here
by Anna

by Anna


********************************************************************************************

Selesai makan, kitorang menuju ke Cable Car. Saya tak ingat jalan ke sana walaupun pernah pergi dengan famili dulu. So terpaksa la menatap Tourist Map yang kitorang dapat free. Haha. Dah jadi macam tourist benor benor dah! Jauh gak nak p sana. Jalan pun belok sana belok sini. Naik bukit turun bukit. At last, sampai sana setelah kurang lebih 30 minit. Tapi kecewa, sebab Cable car tutup untuk 2 hari untuk maintenance. Hancus plan!




So kitorang jalan jalan kat Oriental Village kat area Cable Car tu. Cuaca agak panas, bukan agak, tapi memang panas terik. So kitorang tukar plan, pergi ke pekan Kuah la plak sementara tunggu next plan. On the way ke Kuah, kitorang singgah kedai gamat tepi jalan. Banyak pilihan. Lepas tu, pergi ke one part of Pekan Kuah, tapi kat area ni tak banyak sangat kedai. Then pergi ke Idaman suri sebelum pergi ke Langkawi Parade (shopping mall di Langkawi yang ada cinema) untuk beli roti for breakfast.


Oriental Village
by Farah 
Ala, malas nak pusingkan. Korang pusingkan la kepala ye.


Lebih kurang pukul 5 lebih camtu, kitorang bertolak ke Pantai Cenang. Yes, hajat untuk tengok matahari terbenam tercapai jua. Alhamdulillah. Masya Allah. Sangat cantik pemandangan senja tu. Tak akan dilupakan sampai bila bila. Lepas dah bergambar di pantai, kitorang pergi jalan jalan di kedai kedai sekitar tu. Sampai jumpa kedai makan. Banyak jugak kitorang order. Sorang bayar RM13. Ok la kan.


Coretkan nama di pantai
by Farah



By Anna

By Anna

By Anna
Our First Dinner, nyummy!
by Farah


 Then, balik ke homestay. Mandi mandi solat, tengok TV sampai la tertidur kepenatan.


Flat screen TV kegemaran Nadia. hehe
By Nadia


*********************************************************************************************

To be continued...


2012-02-28

Langkawi Tour part 1

Actually saya malas nak tulis pasal Langkawi tapi sebab kesian tengok blog berhabuk tak berhupdate, so saya merajinkan jari jemari untuk menaip jugak. Dok rumah pun tak buat apa, nak keluar pun malas dah. Minggu minggu terakhir di rumah ni rasa nak terperap kat rumah 24 jam je. Tak nak keluar.

*********************************************************************************************

So nak dijadikan cerita, pada minggu lepas punya minggu lepas, saya dan beberapa kawan pergi la melancong ke Langkawi selama kurang lebih 3 hari. Tapi bila campur dengan perjalanan, jadi 5 hari.

Dah plan nak pergi Langkawi ni since sebelum cuti semester lagi. Nasib baik ada kawan nak ikut. Saya dah lama tak jejakkan kaki ke Langkawi. Last sekali pergi masa jamuan raya kat MRSM Langkawi tahun 2008. Lepas tu tak pergi dah.

Dalam bas KONSORTIUM


So hari first tu, hari Isnin, saya dan dua orang kawan saya, Nadia dan Farah naik bas dari perhentian duta ke medan gopeng di ipoh. Bertolak lebih kurang jam 6.05 petang. Setelah 2 jam setengah dalam bas, akhirnya kami tiba di Ipoh. Tunggu kawan lagi sorang yang duduk kat Ipoh dan kitorang pergi ke Alor Setar pada jam 10 malam.

Our BAGS


Sampai kat Kedah pada pukul 2 pagi. Aiyoo, tak de kedai yang bukak 24 jam. Mula mula cadang tunggu je kat situ, tunggu kawan lagi 2 orang dari Terengganu dan Kelantan. Tapi penat dan banyak nyamuk, so Farah ajak dok motel sementara tunggu lagi 2 orang ni. Bayaran agak ok, memuaskan. Mula mula cuak jugak, ye la, motel kan. Selalu tempat tempat sasaran untuk aktiviti tak bermoral. Nasib baik motel yang ni ok je. Ada jual roti arab lagi tu, apa lagi, perut dah kebulur, telan la roti tu pepagi buta.



*********************************************************************************************

To be continued...




2012-02-22

Day 2 and 3 -stress test-ozone-colonoscopy-code blue-OGDS- best lah!

Fuh, semalam sangat penat. Tak sempat nak update. So arini kire tulis untuk semalam dan hari ni la ye. Sorry if panjang sangat. Actually tulis benda ni bukan harap orang baca, just nak share pengalaman dan untuk ingatan diri sendiri je. Have fun ok.

Macam biasa sampai awal dan tunggu Dr Ishak datang. Pagi tu dapat tengok sorang pesakit ni buat stress test. Tapi biasalah, tak faham pun apa yang keluar kat screen except BP. Pesakit tu dapat buat sampai stage 4. Kire ok jugak la. Let me name this patient Mr A. Sebab nanti ada lagi pasal dia.

Afterwards, Dr Ishak asks both of us to introduce ourselves to MSU students who do their practical there. Ada Kak Aimi, Hairi, Syeikh, Ikram, dan ada lagi sorang, tak ingat nama dia. Then, kami ikut Dr Ishak do the morning round kat ward. Jumpa pesakit Dr Ishak. Banyak jenis penyakit ada. Tapi ada yang beberapa yang special.

Makcik yang ada pleural effusion tu tetiba dah demam. Sebelum admit, belum demam lagi. So, diagnosis awal adalah pneumonia. Mantoux test still negative. And Dr Ishak let us listen to pleural rub sound of this aunty. The real one. Sebelum ni dengar kat dummies je masa skill lab.

Then, ada pesakit ni dari negara seberang. Dah ada kanser merata-rata satu badan. Sangat kesian kat dia. Tapi hari ni dah balik ke negara dia dah. Mari kita doakan semoga pesakit ni dilindungi oleh Allah.

Lepas dah round kat ward, macam biasa saya dan farah join klinik Dr Ishak. Banyak juga pesakit dari tempat lain. Ada dari Somalia, Iraq, Indonesia. Komunikasi kena hebat lah! Bagi pengarah hospital ni memang takda masalah la kan.

Ada one patient ni from negara seberang juga, datang dengan masalah ada benjolan di submaxilary gland. Doktor di negara dia diagnosa dengan kanser dan perlu dioperasi. Tapi bila ditanya pernah buat CT scan ke tak, jawapannya is NO. Macam mana doktor negara dia diagnosa kanser tapi takda bukti! Geleng kepala Dr Ishak dengar. Bila buat pemeriksaan fisik, benjolan tu lembut je, tak keras macam tumor. So bila CT scan dah ada hasil, rupanya salivary gland dia tersumbat. Mujur dia tak operasi dulu.

Semalam juga dapat tengok hasil XRay yang ada sinus belah kanan. Sinusitis kot.

Then lepas lunch, dapat join Dr Ishak buat ozone kat sorang aunty ni. Ozone ni macam bersihkan darah la. Aunty ni cakap dia rasa lebih bertenaga bila buat benda ni. Cara dia --> darah dikeluarkan masuk dalam 1 botol dicampur dengan cairan dan oksigen. Lepas 5 minit masuk balik darah tu dalam badan.

Lepas tu tengok stress test sekali lagi. Kali ni pesakit ni dapat sampai stage 5. Hebat jugak. Dulu pesakit ni ada sakit nephrotic syndrome tapi sekarang dah okay dah. Before balik, dapat join Dr Ishak buat colonoscopy kat Mr A tadi. Memang nampak sakit. Eh, memang sakit. Sakit kotttt. Giler tak sakit. Hasilnya baik je cuma ada buasir but doktor kata biasa la tu ada buasir kan. Hehehe.

Balik tu series penat. Tidur awal sangat.

Esoknya, maksudnya hari ni la kan, datang awal juga. Sembang sembang dengan Kak Aimi. Then ikut Dr Ishak buat ozone dulu pagi pagi tu. Pastu macam biasa la, buat morning round. Ada pesakit ni heart rate dia sangat rendah, 40-60. Tak pernah lebih dari 70 kot. Tapi still tak tau why. Dr Ishak ajar kami baca EKG untuk kira heart rate. Dah belajar pun, ni kira recall la ni.

Lepas tu one of MSU student ni panggil kitorang join masuk bilik Dr Alias. Dr Alias tengah takda pesakit so dia ajar kitorang pasal diabetic retinopathy. Ops, lupa, Dr Alias ni doktor pakar mata. Doktor ni banyak tanya gak la, gagap gagap nak jawab. Mujur ada student MSU sekali, boleh cover untuk jawab. Hehehe. Best dia ajar. Faham. Dan tak series, buat lawak juga kadang kadang. Best. Habis awal, so lunch awal. Pergi makan kat kedai yang saya selalu pergi, ala, kampung baru memang banyak kedai makan sedap kot.

Lepas lunch masa tengah tunggu Dr Ishak, tetiba nampak banyak orang lari lari. Rupa rupanya ada CODE BLUE --> emergency. So saya dan farah pon join la. Student MSU pun ada gak. Sangat kelam kabut suasana. bilik pun penuh dengan orang, doktor-doktor, nurse. Pesakit tu dah sepsis dah. Alhamdulillah, nasib baik semua nya ok balik.

Then, join lagi klinik Dr Ishak, kali ni ada anak sulung dia sekali. Lepasan USU. Sekarang tengah buat housemanship. Hari ni dapat tengok OGDS, ada ulcer dekat esofagus pesakit ni.

Before balik, sempat tengok Dr Sulaiman, pakar radiologi buat fluid aspiration kat makcik yang di diagnos pneumonia tu(scroll balik atas ye). Kejap je prosedur dia.

Overall sangat best lah so far. Banyak input bukan setakat ilmu perubatan tapi cara-cara komunikasi dan attitude seorang doktor yang sepatutnya. Insya-Allah, saya akan absorb semua ilmu yang dapat sebaik mungkin.

Okay, nak tidur lah. Ayat pun dah berterabur. Otak dah penat. Esok nak pergi sana lagi. Assalamualaikum.


2012-02-20

First day Attachment

Bersawang dah blog, seminggu lebih tak hapdet, biasa la, busy woman. Hari tu g bercuti dengan kawan kawan ke Langkawi, 5 hari gak la. Pastu terus balik kampung. Malas nak tulis pasal Langkawi. Lain kali je la. Ni nak tulis pasal hari ni.

Thanks to Farah's dad who help me and Farah to get place to do hospital attachment at Al-Islam Hospital at kampung baru.

So early in the morning, I arrived at that hospital. Baru berapa staff nurse yang ada. Saya keluar awal sebab terpaksa ikut ayah keluar awal pergi kerja. Satu jalan je, so tumpang ayah la. Dengan pakai baju kurung, naik motor. Macam tak biasa. Haha.



Lepas Farah dah datang kitorang pergi ke pejabat hospital ni. Kecik je. Tapi ok la. Pastu tunggu agak lama gak, maybe pengarah tu busy. Sejam setengah gak la tunggu, datang jugak dr Ishak, pengarah hospital ni. Then, ikut dia ke bilik rawatan dia. Ramai jugak pesakit buat temu janji dengan dia. Hampir 10 orang kitorang jumpa hari ni. Macam-macam jenis penyakit. Agak menarik la. Ada pesakit TB, ada yang DM yang rasanya kronik dah kot sebab kaki dah kebas sampai atas tumit then mata dia pun dah ada efek.



Dapat tengok XRay pleural effusion tapi diagnosis belum pasti lagi. Dr Ishak terangkan detail la jugak pada pesakit. Lepas tu dapat tengok CT Scan dan hasil dia. Walaupun tak berapa nak reti baca hasil dia, buat-buat faham sikit. Doktor pun ada ajar juga. Then kitorang ronda wad, tak besar mana pun. Tapi bersih. Selain kitorang, ada student MSU yang buat jugak attachment tapi kitorang tak jumpa pun diorang sebab mereka dah 2 bulan dah kat situ.



Patutnya tadi ada 2 scopy yang dilakukan tapi pesakit tu tak datang, so melepas la peluang kitorang. Semoga esok ada la peluang untuk kitorang tengok operasi apa-apa kan. Penat jugak berdiri dari jam 10 sampai 4 petang. Tapi banyak pengalaman bagi pelajar mentah cam kitorang ni. Staff kat situ pun ok ok je semua, baik baik je. Hospital ni memang tekankan Islam, staff memang wajib datang usrah dan tazkirah. Then, SOP diorang wajib baca bismillah in everything they do. Memang dah diajar, tapi tergantung juga pada individu nak ikut ke tak kan.

Ok, esok sambung lagi. Penat berdiri lama lama, nak pergi baring baring pulak...

Fuh, bermanfaat gak la cuti saya kali ni, akhirnya.

2012-02-10

Testing testing Fish-eye

Saja nak test je... Kamera bukan DSLR pun. tak mampuu dowh. Haha. Ni bukan edit guna apa apa programmer tapi betul betul tangkap guna kamera yang ada setting fish eye. Bukan mata ikan yang ikan betul tu..haha..

Ni gambar biasa.

Ni yang Fish Eye. takde la sehebat kamera DSLR tu kan.
 tp boleh la dari takde ye dak?

From Google
Ni Yang hebat,, guna DSLR la ni. x mampu cheq.


Ni Fish eye yang real punya! haha..

Malam ni! Yeah,, mintak mintak semua berjalan lancar. Amin. 

2012-02-09

Duit Syiling Baru


Heyy.

Tadi keluar berjalan jalan dengan kawan g beli tiket untuk berjalan jalan cuti cuti malaysia minggu depan. Pastu g lepak mcd makan prosperity burger double pedas kaw kaw! sedap!

Terima kasih kakak Mcd sebab bagi saya duit syiling 10 sen dan 20 sen baru. Mula mula x perasan pun, masa nak balik tadi, baru perasan masa nak beli tiket train. Nasib baik tak guna. Nak kena simpan sebab ni yang pertama dapat! Heee.

TAK bape terang la gambar, kamera murah je... hehe.

macam emas...
Tiket Ke KL Maraliner...

Tiket ke Ipoh...


Tak sabar tunggu Isnin depan.. Yeayy~~~ penat jadi holiday planner..

2012-02-06

First destination of sem 5 break


4 Feb 2012

Naik flight dari Jakarta ke Kuala Lumpur jam 8.30 malam. Sampai je kat LCCT, parents saya ambik dan terus balik rumah. Duduk kejap, kemas kemas beg, kejut kakak dan abang ipar...... chow ke Kedah. Tak jumpa katil ooo malam tu.. tidur dalam kereta je, terbungkang kat seat belakang.

5 Feb 2012

setelah tidur tak sedarkan diri, dalam jam 630 pagi, singgah masjid solat subuh, cuci muka dan bersihkan diri. Pastu sementara tunggu abang saya datang dari penang yang pulau tu, kitorang g makan dulu. Makan kat kedai mamak apa ntah nama dia, lupa. Tapi sedap giler tosai dan kuah dia. Terbaiklah! Pastu dalam jam 8 lepas dah jemput abang dari rumah kawan dia, kitorang pergi la ke Matrikulasi Kedah di Changloon.


Tak dapat nak rotate. Tgok senget2 kepala la ye. *sementara tunggu adik keluar dari matriks*


Sampai sana, kena tunggu jam 10 pg sebab waktu tu baru adik saya boleh keluar dari matriks. Lepas tu kitorang menuju ke Padang Besar, biasa lah, shopping la kat sana. Nak buat apa lagi kan....



Lama gak kat sana. Dah penat, pergi ke Kuala Perlis lak. Ingatkan nak cari kedai buku, adik saya nak pergi tapi tak jumpa pulak. So, kitorang g beli laksa kat jeti kuala perlis. Sedap! Series, g la rasa. Then, hantar adik saya balik ke matriks...

With his hamper


Pastu terus g Alor setar, tidur kat sana. Takkan nak balik Kl terus kan... Giler pe.. Sepanjang perjalanan tu, sebab taknak tidur, so saya telah mengsnap beberapa gambar yang mengarut ngarut.. haha...
















Tak lama lepas tu, sampai Alor Setar, terus g beli laksa dulu sebelum check in homestay. Tapi sayang je, stok untuk bungkus dah habis, untuk makan situ je ada. Ramai lak tu orang, so tak jadi beli.

Sedap laksa kat sini,, try try... Kat kuala kedah..


Lepas tu terus g homestay kat area Alor setar. Malam tu keluar g pasar malam cari makan malam. Dan balik, makan, lepak lepak, tidur.... Ok gak la homestay tu... Cuma banyak nyamuk je.. Biasa la tu..







6 Feb 2012

Kul 8 pagi kitorang dah gerak keluar. Pergi jalan jalan cari stesen bas Shahab Perdana, main ikut je bas maraliner dan konsortium, haha, rupanya bas tu nak g arah perlis.. Patah balik, pergi stadium darulaman, makan kat sana. Tapi tak banyak kedai bukak macam dulu dulu. Maybe tak ramai datang kot.


Banner ni pun jadi* hehe

Stadium Darul Aman

Jumpa signboard pun jadi la... Dari takde.


Pastu kitorang g Pekan Rabu.. Saja jalan jalan cuci mata.



Banyak ikan masin..

Beli bahulu panas, lembut tapi manis sangat!

Lepas tu, pergi Penang untuk hantar my bro lak. Sempat singgah kedai makan kat Kepala Batas, beli ikan bakar. Bungkus bawak balik sebab masih kenyang. Ada sotong bakar, ayam bakar, ramai gak orang kat situ, tapi tak dapat tangkap gambar sebab lupa bawak turun kamera.

Pantai tepi highway Penang

UITM Penang


Lepas tu terus balik KL... Goodbye Penang dan Kedah.

Next week turun Kedah lagi, nak jalan jalan ke Langkawi with friends...insya-Allah.

Ok, nak tidur awal, esok nak jalan jalan kat SOGO dan Jalan TAR lak. Adeh, penat penat...