Followers

Me

My photo
Saya Ummi Ana, Pengedah Sah Shaklee No ID 1210215. Jemput like page saya di facebook dan instagram. Sebarang pertanyaan bolehlah Whatsapp 01124121834 atau email hazliana.nurul@yahoo.com Terima kasih singgah di blog saya.
Before you read my posts, please forgive me for my bad grammar. And inconsistent pronoun, for sometimes I use "aku" and sometimes I use "saya", it depends on my mood and the post. Some of them are in English and some in Malay language. And the pictures in this blog mostly from google images. Btw, thanks for stopping by here.

2012-02-20

First day Attachment

Bersawang dah blog, seminggu lebih tak hapdet, biasa la, busy woman. Hari tu g bercuti dengan kawan kawan ke Langkawi, 5 hari gak la. Pastu terus balik kampung. Malas nak tulis pasal Langkawi. Lain kali je la. Ni nak tulis pasal hari ni.

Thanks to Farah's dad who help me and Farah to get place to do hospital attachment at Al-Islam Hospital at kampung baru.

So early in the morning, I arrived at that hospital. Baru berapa staff nurse yang ada. Saya keluar awal sebab terpaksa ikut ayah keluar awal pergi kerja. Satu jalan je, so tumpang ayah la. Dengan pakai baju kurung, naik motor. Macam tak biasa. Haha.



Lepas Farah dah datang kitorang pergi ke pejabat hospital ni. Kecik je. Tapi ok la. Pastu tunggu agak lama gak, maybe pengarah tu busy. Sejam setengah gak la tunggu, datang jugak dr Ishak, pengarah hospital ni. Then, ikut dia ke bilik rawatan dia. Ramai jugak pesakit buat temu janji dengan dia. Hampir 10 orang kitorang jumpa hari ni. Macam-macam jenis penyakit. Agak menarik la. Ada pesakit TB, ada yang DM yang rasanya kronik dah kot sebab kaki dah kebas sampai atas tumit then mata dia pun dah ada efek.



Dapat tengok XRay pleural effusion tapi diagnosis belum pasti lagi. Dr Ishak terangkan detail la jugak pada pesakit. Lepas tu dapat tengok CT Scan dan hasil dia. Walaupun tak berapa nak reti baca hasil dia, buat-buat faham sikit. Doktor pun ada ajar juga. Then kitorang ronda wad, tak besar mana pun. Tapi bersih. Selain kitorang, ada student MSU yang buat jugak attachment tapi kitorang tak jumpa pun diorang sebab mereka dah 2 bulan dah kat situ.



Patutnya tadi ada 2 scopy yang dilakukan tapi pesakit tu tak datang, so melepas la peluang kitorang. Semoga esok ada la peluang untuk kitorang tengok operasi apa-apa kan. Penat jugak berdiri dari jam 10 sampai 4 petang. Tapi banyak pengalaman bagi pelajar mentah cam kitorang ni. Staff kat situ pun ok ok je semua, baik baik je. Hospital ni memang tekankan Islam, staff memang wajib datang usrah dan tazkirah. Then, SOP diorang wajib baca bismillah in everything they do. Memang dah diajar, tapi tergantung juga pada individu nak ikut ke tak kan.

Ok, esok sambung lagi. Penat berdiri lama lama, nak pergi baring baring pulak...

Fuh, bermanfaat gak la cuti saya kali ni, akhirnya.

2 comments:

zetty said...

dh start attachment eh?bpe lame?kire ko kat mesia la ni?heheh byk tol soalan :D

+aNa baNana+ said...

haha. ni attachment saje2 je. kejap je buat ponnn...