Followers

Me

My photo
Saya Ummi Ana, Pengedah Sah Shaklee No ID 1210215. Jemput like page saya di facebook dan instagram. Sebarang pertanyaan bolehlah Whatsapp 01124121834 atau email hazliana.nurul@yahoo.com Terima kasih singgah di blog saya.
Before you read my posts, please forgive me for my bad grammar. And inconsistent pronoun, for sometimes I use "aku" and sometimes I use "saya", it depends on my mood and the post. Some of them are in English and some in Malay language. And the pictures in this blog mostly from google images. Btw, thanks for stopping by here.

2012-01-27

By my side...



I'm just listening to the clock go ticking
I am waiting as the time goes by

I think of you with every breath I take

I need to feel your heartbeat next to mine
You're all I see in everything

I just wanna hold you
I just wanna kiss you
I just wanna love you all my life
I normally wouldn't say this but I just can't contain it
I want you here forever right here by my side

All the fears you feel inside
And all the tears you've cried
They're ending right here
I'll heal your hardened soul
I'll keep you oh so close
Don?t worry; I'll never let you go
You're all I need
You're everything

I just wanna hold you
I just wanna kiss you
I just wanna love you all my life
I normally wouldn't say this but I just can't contain it
I want you here forever right here by my side

No one else would ever do
I've got a stubborn heart for you
Call me crazy but it's true
I love you
I didn't think that it would be you who made it clear to me
You're all I need

I just wanna hold you
I just wanna kiss you
I just wanna love you all my life
I normally wouldn't say this but I just can't contain it
I want you here forever right here by my side


-David Choi



2012-01-26

Toyol


Hurray! Exam untuk blok terakhir dah habis semalam. Lambat giler nak tulis kan. Sekarang tunggu exam OSCE minggu depan je. Eh, dan juga repeat exam terakhir tu. Tak sabar nak balik. Ada la dalam belas belas hari lagi. Lama!

Hah. Tadi habiskan duit kat tanah abang. Tak tau tanah abang tu apa? Google sendirik. Kalau tak jumpa baru tanya saya. Fuhh, no money now. Hidup zaman sekarang ni, duit tak pernah cukup. Ish3.



Balik je, terbungkang kat my lovely tilam. Penat sehhh.. Series capek.

Bangun awal sebab nak tengok santau merasuk. Haha, bukannya percaya benda benda tu tapi rasa ingin tau yang lebih.

Ok, actually tak da idea nak update tapi saja gatal tangan nak taip jugak. Bye,,, adios.

Eh, baru perasan. Tajuk post tiada kaitan dengan isinya. Hehehe.

2012-01-23

Gila gila kentang

Sila abaikan post kali ni. Sangat tidak bermanfaat.


Yeah, aku kaya laman-laman anti-sosial. Friendster Myspace Flickr Facebook Blogger Tumblr Twitter hi5 Tagged Yahoomessenger Windows Live. Cakap je, semua aku ada. Haha. Ok, tipu. Takde la sebanyak tu kan. Dulu dulu ye la banyak tapi sekarang bila umur dah meningkat, tinggal sikit ja bha! Friendster Myspace Tagged hi5 dah berkurun kena tanam kat padang pasir nunn jauh kat mesir tu haa. Eh, kenapa pulak anti sosial. Bukan tu semua laman sosial ke. Haha. Ye la, mana tak anti-sosial, sebab laman laman tu aku jadi tak sosial, tak peramah *macam la dulu peramah, tipu je lebih*



Sekarang yang aku aktif cuma Facebook Blogger Twitter. Flickr pun dah kena padam.

And yes, I'm addicted to those three website. Ala, those three that I didn't cross yet. Hari hari wajib. Wajib bukak Facebook dan blogger. Walaupun tak buat apa apa, tak update ke tak komen ke tak like ke tapi wajib bukak. Just want to check out if anything interesting or any info that I should read. Dan manalah tau kan kot kot tetiba ada putera raja add aku kat Facebook. Memang bertuah la kalau ada. Hahaha. 

Twitter, I'm not soo addicted to that one. Ikut mood jugak bila nak update kat sana. Tapi I think twitter is more enjoyable than Facebook. Coz, I can update status every seconds minutes. Besides, kat twitter, aku just approve orang yang aku kenal. Means, kawan-kawan aku je la. So, the privacy stay privacy. Dan aku boleh tulis whatever I like kat Twitter, nak maki hamun ke mencarut ke berangan angan ke apa ke, lantak kau la. Tak da orang kisah pun. Sebab orang tak boleh komen direct to that status. Just boleh reply jee. Apalah sangat reply satu dua kan. Hahaha. 

Ok la, I should continue revising module, Wednesday is my exam day. But all I do this day is online online and online. Loser. Tu yang post kali ni macam pelangi, eh bukan. Macam kuah tosai, campur campur bahasa ibunda dengan bahasa asing. Otak tak betul sudah.

Akhir sekali, aku benci bila setiap kali nak masuk bilik air malam malam, mesti ada lipas yang setia menunggu *tetiba*. Ok, bye.

Terkehel buat sekian kalinya


Dan buat sejuta kalinya, leher aku terkehel lagi. Yes! Dan ia amat menyakitkan. Tambah lagi nak dekat exam ni. Adoyai, tu la tidur lasak benor. Padan muka diri sendiri.



Sekian.

2012-01-22

Lagi-lagi tentang aurat


Salam.

Kali ni saya (tetiba guna saya plak,sopan sikit) nak tulis serba sikit tentang aurat seorang muslimah. Kadang diri sendiri pun tak cukup sempurna lagi dalam menutup aurat. Usaha, tekad. Itu yang penting. Konsisten dalam niat untuk menutup aurat.

Facebook

Kadang-kadang kita tak sedar pun yang kita terselak aurat kita. Masa nak keluar rumah, dah yakin dengan penampilan sendiri. Bila dah sampai kelas atau tempat kerja atau di mana-mana, kadang-kadang, dengan sendirinya kita terbiasa selak lengan baju, selak tudung. Walaupun dah jadi kebiasaan, kita kena cari cara untuk mengelakkan kebiasaan kita ini mendatangkan dosa kepada kita.

Saya akui, saya sendiri masih 50% dalam menutup aurat. Tapi alhamdulillah, saya dikelilingi dengan ahli keluarga yang sering mengingatkan saya tentang aurat. Kadang-kadang, bila bersama kawan-kawan atau sahabat rapat, ada niat nak tegur mereka-mereka yang masih 50% juga macam saya. Tapi, saya cuba betulkan diri dahulu sebelum membetulkan orang lain.

Semoga kami mendapat petunjuk dari Allah untuk menjadi muslimah yang benar-benar mengikuti ajaran Islam. Kerana Islam bukan hanya pada kad pengenalan dan bicara mulut, tetapi lebih kepada perbuatan dan amalam sehari-hari. insyaAllah.

Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [An-Nur :31]

2012-01-20

Hak anak-anak yatim


Rasulullah telah bersabda: "Jauhilah tujuh perkara yang boleh membinasakan kamu iaitu menyebabkan kamu masuk Neraka atau dilaknati oleh Allah. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah tujuh perkara itu? Rasulullah bersabda: Mensyirikkan Allah iaitu menyekutukan-Nya, melakukan perbuatan sihir, membunuh manusia yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan hak, memakan harta anak yatim, memakan harta riba, lari dari medan pertempuran dan memfitnah perempuan-perempuan yang baik iaitu yang boleh dikahwini serta menjaga maruah dirinya, juga perempuan yang tidak memikirkan untuk melakukan perbuatan jahat serta perempuan yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya dengan fitnah melakukan perbuatan zina" Abu Hurairah ra.

Google


Berilah hak mereka sebagaimana yang sepatutnya. Dan bantulah mereka untuk menghadapi liku-liku di dunia setelah kehilangan orang yang disayangi dan tempat bergantung. Jangan bagi alasan, tak de duit. Sebab bantuan bukan sekadar dalam bentuk duit. Sokongan mental dan bantu dalam pelajaran juga boleh diberi. Selain berbuat baik kepada mereka dan sayangi mereka seikhlasnya.

Insya-Allah, segala perbuatan baik kita, akan diterima oleh Allah. amin.

*peringatan untuk diri sendiri*

2012-01-18

Jangan pernah abaikan mereka


Bagi seorang perantau, kita tidak lari dari tanggungjawab menjadi seorang anak yang dituntut oleh agama. Salah satu dari tanggungjawab itu adalah tidak mengabaikan kedua ibu ayah dalam kegiatan sehari-hari. Bagaimana? Banyak caranya. Jangan pernah lupa mendoakan mereka setiap kali selesai solat fardhu atau sunat.



Setiap apa yang kita lakukan, haruslah meminta izin dan pandangan mereka. Kerana tidak berkat sesuatu perkara yang dilakukan jika tiada restu dari mereka. Jangan abaikan mereka dalam setiap keputusan kita. Walaupun kita rasa kita dah cukup besar untuk membuat keputusan sendiri. Ibu dan ayah lebih mengenali kita dan pandangan mereka sedikit sebanyak akan membantu kita yang masih belum matang (walaupun diri rasa dah matang). Hargailah mereka selagi masih mampu.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
“Redha Allah terletak pada redha ibu bapa dan kemurkaanNya terletak pada kemurkaan kedua-duanya (ibu bapa).” (Riwayat Al-Tabarani)


2012-01-14

Janji

Janji, memang mudah diungkapkan. Tapi jarang ditunaikan.

Dah tau tak boleh lakukan, kenapa perlu berjanji bagai. Hanya ucapkan mengikut kemampuan kita. Jangan memberi harapan kepada mereka yang mengharapkan janji-janji yang diucapkan, ditunaikan.

2012-01-12

Tenang

Hati, bertenanglah. Abaikan perasaan-perasaan itu. Mohon ketenangan hanya pada Allah Yang Esa.

Jika dia berlaku tidak adil, itu urusan dia dengan Dia. Tak perlu susahkan diri fikirkan tentang orang seperti dia, kerana masih banyak teman di luar sana buat kamu.



2012-01-04

Abaikan

Kadang-kadang, diam itu lebih baik. Tak perlu dihebohkan jika belum tahu kepastiannya.

Abaikan pandangan orang-orang yang hanya tahu menjadi juri tanpa membantu.