Followers

Me

My photo
Hey there. Thanks for stopping by here. xoxo
Before you read my posts, please forgive me for my bad grammar. And inconsistent pronoun, for sometimes I use "aku" and sometimes I use "saya", it depends on my mood and the post. Some of them are in English and some in Malay language. And the pictures in this blog mostly from google images. Btw, thanks for stopping by here.

2016-07-21

Harapan



Pernah tak korang terlalu mengharapkan seseorang tu jadi seperti yang korang nak?
Terlalu tinggi harapan kita, bila tak terpenuhi, hati mula kecewa.
Perlahan-lahan hati terluka.
Sampai satu tahap, harapan pudar dengan sendiri.
Mulut terkunci.
Membawa diri.
Mungkin lebih baik mendiamkan diri, menjauhkan diri.

Ingin saja kaki ini melangkah jauh, lari dari fantasiku.
Tapi sekarang berbeza dengan dahulu.

Andai saja aku dapat terbang bebas dari angan-anganku....
Andai saja...



2016-03-11

Diet Atkin


Siapa yang tak nak kurus dan sihat kan? Pernah dengar tak diet Atkin ni? Diet ni dah femes lama dah. Jujurnya, aku dulu pun pernah buat diet ni masa zaman belajar dulu. Memang berkesan. Turun Hampir 15 kg. Bukan berat je turun tapi ukur pinggang pun turun jugak. Merasa la pakai seluar dan baju saiz kecik. Tapi disebabkan semangat aku hilang lepas balik ke Malaysia, so berat aku pun mencurah-curah naik, tak ingat dunia.

Diet atkin ni memang menjimatkan dan berbaloi jika ikut peraturan betul-betul. No cheat okay! Asasnya, diet ni merupakan diet rendah karbohidrat. Boleh google untuk penjelasan lebih lanjut ye sayang-sayang semua.

Gambar-gambar di bawah ni adalah peraturan dan asas dalam diet atkin ni. Jom belajar dulu sebelum buat diet ni.





Selain jaga makan, boleh jugak amalkan gaya hidup sihat yaitu Exercise. Tapi ada je yang tak exercise, berat turun jugak dengan diet ni. 



Insya-Allah saya akan update menu dan resepi diet atkin di sini. Atau boleh tengok Instagram saya

atkin_anna

untuk resepi dan menu dan progres saya. 

Jom sihat sama-sama!


2015-04-29

Puding roti kukus homemade

Semalam tetiba rajin nak main masak masak kat dapur.  Disebabkan roti masih banyak,  so aku google la resepi puding roti kukus.  Minggu lepas kakak aku dah buat puding roti bakar.  Aku malas nak keluarkan oven,  so kukus je la.

Bahan bahan yang diperlukan :

8 keping roti putih yang dipotong kecil
3 biji telur
1 sudu teh perasa vanila
3 sudu gula putih -  tapi aku guna 4 sachet gula stevia
400 ml susu cair
Butter or minyak
Kismis

Sebelum memulakan proses masak ni,  panaskan dulu pengukus atas api dapur. Masukkan telur,  perasa vanila dan gula ke dalam blender.  Aku blend je,  senang.  Haha. Then campurkan susu dan kacau sampai sebati.

Ok,  sekarang sapu Butter or minyak ke seluruh bekas loyang supaya tak melekat. Then susun roti  yang kecik2 tadi di dalam loyang.  Kalau suka,  boleh selitkan kismis antara roti roti tu.  Or boleh tabur kismis kat layer paling atas je.

Lepas roti siap disusun, masukkan bahan yang diblend tadi ke dalam loyang.  Tekan2 roti supaya padat. Sebelum kukus,  balut brkas loyang dengan plastic wrap.  Ibu aku kata plastic wrap ni untuk mengelakkan puding tu lembik sangat.

Kukus selama 25-30 minit dengan api sederhana. Dah siap kukus,  sejukkan dan simpan dalam peti ais semalaman.

Selamat mencuba.

2015-04-09

if one day

awak,


saya nak awak tau,
saya sayangkan awak,
saya bersyukur sebab ada awak dalam hidup saya,

tapi 
saya juga nak awak tau,
kalau suatu hari nanti,
saya dah takde untuk awak,
saya dah takde untuk jaga awak,
untuk jaga hati awak,
untuk bagi awak nasihat,
untuk teman awak ke sana sini,
untuk pura-pura merajuk dengan awak,


saya minta maaf
minta maaf kalau saya sakitkan hati awak
minta maaf saya banyak buat awak terluka


tapi saya tak pernah berhenti untuk sayangkan awak...


#random
#bukanuntuksesiapa


2015-04-05

Walk away,


Kadang-kadang,

Timbul perasaan nak hentikan semua ni. Sebab, hati sendiri pun tak pasti dengan apa yang terjadi.

Ke mana hala tuju? Sampai bila nak macam ni? Kan?

Nak bertanya, takut. Segan.

Takpelah...

Slowly, I will walk away from this situation...

#nonsensepost

2015-04-03

penghargaan kepada usaha

Apa perasaan anda kalau,

Kita berusaha, berusaha dan berusaha keras untuk membuat sesuatu untuk membahagiakan pasangan kita atau orang di sekeliling kita,

Tapi, pada akhirnya, takda ucapan terima kasih, takda penghargaan.

Semua usaha tu hanya dipandang sebelah mata je.

Hmmm....

Ntah la.

Kadang malas nak rasa tak dihargai, tak disayangi.

Solution? Pergi? Atau pertahankan?

2015-03-28

Second Chance?


Malam tadi, aku tengok cerita Ajaibnya Cinta episod 4. Well, I downloaded it from the internet, because I seriously don't like watch it on TV with those 'Iklan"sss... Malas nak menunggu.

Dan, aku tertarik dengan satu ayat ni,

"Kalau kau nak accept dia balik, kau kena maafkan, kau kena lupakan semua benda. Kalau tak, masalah nanti, kau akan ungkit dan ungkit dan ungkit."

Dush... Terkesima kejap.

And I keep thinking, well, I decided to give THE second opportunity once, after all the things he had done. But I just, you know, JUST can't forget the past. No matter how hard I try to forget them, they just keep coming and coming, hacking my mind and feelings.

This is where I do mistakes...

Mistakes that had BIG result in my relationship with him,

coz it end the relationship.

Although I know, my heart still missing him.

Still.

Miss.

Him.

And I keep blaming others, the people that being around us, for making this relationship didn't work as I hope and thought. Because I am too afraid to admit my own mistake. Or maybe I am being selfish?

But, as time goes by, I realize, the relationship doesn't work, not because others. But the main problem is me and him.

Me, for not being able to forget everything before giving him THE second chance.
And him, for not being strong enough to fight for me.

And, now. It's over.

It's O V E R.

And I will always remember this, my previous mistakes, only for to teach me not to repeat the same mistakes, ever again. Hopefully.

Haha. Nonsense.

2015-03-26

Percutian ke Sabah - Hari Ke Empat

Next day is our last day in Sabah. Sedih ke? Sedih la jugak sebab lepas ni kena balik menghirup udara tercemar di KL tu. Dan takde dah tengok view cantik hari-hari macam kat KK ni.

Pagi kami bermula agak Kelam Kabut sikit. Sebab apa? Supposedly, the driver came to pick us up to go to the airport by 7.30 am. Two of us will go back to KL earlier than others because they already bought plane tickets departing at 10 am. Tapi bila jarum jam dah tunjuk jam 7.45 dan Abang Sufyan tu tak datang-datang lagi, masing-masing muka dah cuak. Kalau terlepas flite, giler nak beli tiket baru. So, aku try call En. Rizalman (tuan punya homestay aka our tour agent), dengan harapan dia ada la penyelesaiannya. Luckily, dia ada kawan yang bawak teksi, so dia call teksi suruh ambil dua kawan kami ni.

Tetiba, muncul dah kereta Exora yang bawak kami selama 3 hari di Sabah ni. Rupanya Abang Sufyan tu terlajak tidur, mesti sebab penat giler bawak kami ke sana sini, dari pagi buta sampai larut malam. Tak jadi nak marah sebab kesian dekat dia. So, I cancelled that taxi. Nasib baik jem kat KK ni tak separah dekat KL walaupun hari kerja.

Di Kota Kinabalu International Airport Terminal 1


Bila sampai Terminal 2 KKIA (Kota Kinabalu International Airport), ingatkan dah boleh lega bila dah turunkan beg kawan kami ni. Nasib baik tak gerak lagi. Rupanya salah Airport! Untuk korang yang nak pergi ke Sabah, keep in mind, Terminal 2 hanya untuk penerbangan AirAsia. Selain AirAsia, semuanya di Terminal 1. Pergh, apa lagi, pecutlah pergi ke Terminal 1. Nasib baik sempat nak check-in. Alhamdulillah.

After that, kami pergi mengisi perut dekat kedai makan area KK, bawah apartment ape ntah. I had Nasi Goreng again for my brunch. Maybe sebab rasa bersalah, kali ni Abang Sufyan tu yang bayar untuk makanan kami.

Di Anjung Senja Waterfront


Lepas makan, kami kena balik semula ke homestay untuk check-out sebab ada orang lain nak masuk. Selesai je check-out, kami lepak dekat tepi pantai dekat-dekat dengan Anjung Senja Waterfront sementara menunggu Abang Sufyan pergi solat Jumaat di Masjid Negeri Sabah.

Anjung Senja Waterfront

Thank to Abang Sufyan for taking this picture.
Suka Sangat gambar Candid macam ni.


Pasar Filipina, Kota Kinabalu
Lepas solat Jumaat, kami pergi ke Pasar Filipina untuk meneruskan pencarian ole-ole. Tak ramai sangat orang masa tu, maybe sebab bukan cuti sekolah. Agak panas jugak dalam pasar tu, sape tak tahan panas tu, bawaklah kipas tangan tu. Kat sini, banyak pilihan ole-ole dan boleh dikatakan setiap kedai tu jual barangan yang sama. So kena pandai pilih kedai dan kena pandai tawar-menawar harga.

Sini banyak jual Mutiara (gelang, butang baju melayu, rantai, cincin), ada mutiara dari air tawar dan air masin. Kalau nak cari keychain, fridge magnet, baju tshirt dewasa dan kanak-kanak pun boleh beli kat sini.

Kami tak lama kat sini sebab tak tahan sangat panas. Lepas tu kami pergi pulak ke shopping mall Centre Point untuk makan petang. Just jalan-jalan je kat sini, tak beli apa-apa pun. Tengok gelagat orang sabah.

Pantai Tanjung Aru, Sabah
Lepas solat, sebab dah pukul 5 petang, Abang Sufyan bawak kami pergi tengok Sunset! Yeay, akhirnya dapat jugak tengok Sunset kat KK ni before balik KL. Sebelum ke Pantai Tanjung Aru yang berdekatan dengan Terminal 2 KKIA, kami berhenti di satu tempat yang boleh tengok kapal terbang berlepas. First time experience jugak ni.

MAS flight in action


Then, kami menikmati pemandangan matahari terbenam di Tanjung Aru...

Sunset, Pantai Tanjung Aru
Panorama View


6.30 petang, kami sudah check-in di kaunter AirAsia di Terminal 2. Tiket kami jam 8.30 pm, so sempat solat dan duduk-duduk bluetooth gambar dari kawan-kawan. Penat sangat tapi happy dapat pergi banyak tempat baru. Dulu masa PLKN kat Papar, Sabah, tak sempat berjalan sangat pun.

Trip to Sabah → Tamat Sudah...Berakhir sudah percutian selama 4 hari 3 malam aku dan 6 orang kawan ke Sabah. Sorry kalau info yanng korang cari takde dalam post aku ni.

Aku nak ucapkan Terima Kasih banyak2 dekat kawan-kawan aku yang ikut trip kali ni. Next time, kita pergi tempat lain pulak okay. 

Terima Kasih jugak dekat En.Rizalman untuk pakej yang sangat berbaloi, tak terlalu mahal, sesuai sangatlah dengan kami para penganggur ni. Homestay pun sangat selesa. 

Terima Kasih banyak-banyak pada Abang Sufyan sebab melayan kerenah kami, yang selalu lama-lama dekat satu tempat tu, dan tq sebab jadi Tukang Ambek Gambar kami.
*Credit to my Friends, Alma, Akma, Nadia, Aliya, Wawa dan Anis untuk gambar-gambar*

Till Next time...
Day 4 Expenses :
Lunch - RM 10
Others - RM 40

Total Day 4 : RM 50

*RM 835.30
(kumpul duit punya la lama, habiskan duit, 4 hari pun boleh)

Lagi tentang Sabah :
Percutian ke Sabah - Flight Ticket, Homestay dan Kereta
Percutian ke Sabah - Hari Pertama
Percutian ke Sabah - Hari Kedua
Percutian ke Sabah - Hari Ketiga