Followers

Me

My photo
Saya Ummi Ana, Pengedah Sah Shaklee No ID 1210215. Jemput like page saya di facebook dan instagram. Sebarang pertanyaan bolehlah Whatsapp 01124121834 atau email hazliana.nurul@yahoo.com Terima kasih singgah di blog saya.
Before you read my posts, please forgive me for my bad grammar. And inconsistent pronoun, for sometimes I use "aku" and sometimes I use "saya", it depends on my mood and the post. Some of them are in English and some in Malay language. And the pictures in this blog mostly from google images. Btw, thanks for stopping by here.

2011-06-29

Permata yang dicari



"Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu"

" Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah ." (QS. Adz Dzariyat:49) 

2011-06-26

Mangsa Nyah yang kekeliruan identiti

Semalam, hari yang betul-betul kurang bernasib baik. Dah la punca air takde, tetiba air mati tengah hari semalam. Mujur sempat mandi, tapi tak sempat masak. Tapi nasib baik ada kelas petang tu, boleh pergi awal ke kampus, makan kat sana. Sampai je sana, kedai makan yang bukak hanya 3. Tapi semua lauk da habis. Memang terkesima kejap aku kat situ. Makan je la apa yang ada, janji makan.

Kelas Internal Med semalam agak lama, dari pukul 12.30 sampai pukul 3 petang. Mujur tak berapa bosan. Habis kelas, kitorang dalam dilemma, samada nak solat dekat kampus atau balik rumah baru solat. Dengan berbekalkan keyakinan bahawa air sudah ada kat rumah, aku dan Miss N decide untuk solat di rumah je. Balik macam biasa, jalan kaki sambil gosip-gosip kecil.

Google

Sampai je kat simpang tempat angkut (sebuah kenderaan umum) selalu tunggu, kitorang pun seberang jalan macam biasa. Tetibe mata kitorang tertangkap pada seorang perempuan yang tak pakai tudung, tak gemuk, tak kurus, tak rendah tak tinggi. Aku ingat aku sorang je pelik bila nampak dia sibok depa-depakan tangan dia, rupenye, Miss N pun perasan benda yang sama gak. Mula-mula aku ingat dia nak bagi angin masuk ke ketiak, ye la, Jakarta kan panas, tetibe bila ada angin, mesti nak rasa sejuk sampai ke ketiak kan.

So kitorang pun jalan la macam biasa. Tapi, bila jarak antara kitorang dengan perempuan tu hanya beberapa langkah, aku ternampak perempuan tu bawak satu beg dekat bahu kanan, dan dekat bahu kiri, ada SPEAKER. Perempuan tu senyum-senyum manis kat kitorang sambil tangan didepakan sekali lagi. Aku dah ragu-ragu. Lambat plak otak aku berfungsi suruh aku lari. Bila aku teringat pasal speaker tu, tanpa pandang kiri kanan, aku melarikan diri dari perempuan tu. Masa tu, aku dah tak ingat Miss N dah. Sapa suh tak lari. Ambek ko. Haha. Sikit je lagi tangan perempuan tu nak capai aku. Mujur sempat elak. Aku tak sempat pandang belakang, pastu Miss N dah datang kat aku. Nasib baik Miss N selamat jugak. Kalau tak, aku taktau nak mintak tolong kat sapa.

Sambil gelak-gelak, perempuan tu berlalu pergi sambil berkata " Auwwwwwww" dengan suara yang tak berapa nak manja, tapi cukup boleh buat aku termuntah seminggu. Serius, aku fobia dengan spesies ni!

Sila jangan depakan tangan depan aku dah. Sesiapa pun.

Owh, pasal speaker tu, aku selalu nampak NYAH aka MAK NYAH aka lelaki yang jadi perempuan kat Jakarta ni bawak speaker pastu pasang lagu kuat-kuat pastu joget-joget kat depan orang supaya dapat duit. Hati-hatilah kalau nampak perempuan yang tak berapa nak perempuan, senyum-senyum pelik kat korang, sambil bawak speaker kat Jakarta ni.

Aku rasa Nyah tu masih dilemma dalam perubahan jantina diri dia. Kalau jadi Nyah, patutnya cari lelaki la kan. Ni tak, cari perempuan lak. Pakai tudung lagi tu kitorang. Sah-sah kitorang perempuan. Apa Nyah tu ingat dia lelaki tulen lagi ke nak kacau-kacau perempuan sejati cam kitorang ni. Hahahaha~~~~

Serius aku nightmare. Maybe kalau kitorang solat dulu kat kampus, tak kan jumpa Nyah tu dan takkan jadi mangsa trauma. Maybe. Tu la, degil lagi!

2011-06-25

Memaafkan

Manusia mana je yang boleh lari dari buat salah kan. Tidak ada seorang pun yang perfect. Diulangi, nobody's perfect. Kadang-kadang kita tak sedar yang kita buat salah tu. Mungkin sebab bagi kita, kita sekadar gurau, tapi jauh di sudut hati orang lain, perkara yang kita anggap remeh tu, sangat lah menyakitkan hati mereka.

Ada sesetengah orang, yang senang nak memaafkan orang lain selepas orang tu buat salah kat kita. Tapi sesetengah yang lain, ambil masa bertahun-tahun untuk memaafkan secara keseluruhan. Maksudnya, tiada langsung rasa benci, dendam, dan sudah melupakan perkara yang orang tu buat.

Kenapa kita susah nak memaafkan orang? Itu semua berbalik semula kepada jiwa dan agama kita. Jiwa yang kotor, memang susah nak maafkan orang sebab dalam diri, sudah tertanam perasaan dengki, dendam dan benci. Kenapa jiwa boleh kotor? Mungkin sebab kurang mengingati Allah, kurang berzikir, kurang berdoa supaya jiwa kita bebas dari perasaan mazmumah.

Google


Bila fikir  balik, kenapa kita tak nak maafkan orang lain? Kita pun buat salah. Kita pun harapkan orang lain maafkan kita. Tapi kenapa kita taknak maafkan orang lain?

Jom baca artikel mengenai maaf --> Ungkapan maaf itu

p/s ::: Jangan takut untuk meminta maaf, sebab meminta maaf bukan bererti Kalah. Jangan terlalu biarkan ego menguasai diri....

2011-06-23

Kuat

" Dan seseorang Mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih disayangi oleh Allah daripada seorang yang lemah. Dan pada setiap mereka ada kebaikan." (Riwayat Muslim)

Nak jadi kuat kenalah jaga kesihatan. Kesihatan tu tak bermakna kesihatan tubuh je, tak demam, tak selsema, tak batuk. Tapi kesihatan mental, minda dan jiwa juga diperlukan.

Ada pernah baca kat buku mana ntah, kesihatan diri kita tergantung macam mana cara kita layan dan hargai diri kita. Dari semua segi. Dari segi makan minum, perbualan, pemikiran, apa yang kita saji setiap anggota tubuh kita setiap hari. Ok, aku nak fokus pada kesihatan minda dan otak kali ni. Yang lain-lain lain kali la kot. Heee.

Sebagai seorang pelajar perubatan, aku tau otak adalah pusat yang mengawal segala perbuatan dan tingkah laku kita. Otak tu organ penting, amat penting bagi tubuh. Umpama sesuatu yang amat diperlukan oleh anggota lain, mati otak, mati lah anggota lain. Memang sukar nak jaga otak dengan sebenar-benarnya. Salah jenis makanan yang kita suap pada otak, lama-lama rosaklah ia.

Makanan yang aku maksudkan bukan sekadar makanan secara objektif. Macam nasi, mee, mihun dan lain-lain. Kalau dari segi makanan tu aku tau setiap pelajar pun dah tau. Benda-benda tu dah disajikan sejak sekolah rendah lagi kan. Siapa je yang tak tau, makanan ringan tak elok, minuman bergas tak elok, alkohol lagi la tak bagus, haram lak tu. Yang aku maksudkan kat sini adalah makanan yang bukan makanan betul. Adoi,pening sungguh ayat aku ni.

Pernah tak kita fikir, apa yang kita baca, apa yang kita lihat, apa yang kita ucap sehari-hari sangat mempengaruhi pemikiran kita. Mempengaruhi akal, otak kita. Jadi silalah jangan menganiaya otak anda dengan melihat, menyebut atau melakukan perkara yang kita tahu tidak benar. Takyah sebut la kan apa yang tidak benar tu. Fikirlah sendiri ye.

Paling senang nak jaga kesihatan otak adalah dengan tidur secukupnya. Tak kurang, tak lebih ok. Well, orang selalu kata, pelajar ni banyak yang suka stay up, belajar lewat malam, ada yang sampai tak tidur seharian, mungkin sampai dua hari. Pernah tak kita fikir, otak tu perlukan rehat. Perlukan masa, perlukan ruang. Kenapa nak seksa otak sampai tak tidur 24 jam. Otak umpama mesin. Cuba kalau kita guna je mesin tu berterusan 24 jam tanpa rehat, lama-lama ia akan rosak? Tak caya, buatlah! *Heee,ada pengalaman sebab laptop rosak sebab laptop rosak tak tutup untuk berapa hari ntah.

Allah bagi kita otak dan akal, tu pun kita patut bersyukur. Haiwan, tumbuhan tak dapat anugerah Allah tu. Allah bagi bukan saja-saja untuk  kita rosakkan. Tapi untuk kita jaga, guna dengan baik. Supaya kita buat sesuatu yang menunjukkan kita taat kepada Dia.

Ada seorang kawan aku juga pelajar perubatan, pernah nasihat, masa tu aku tak tidur lagi pukul 4 pagi, "Tak kesian ke kat otak, dia perlukan rehat, macam kita nak rehat bila ada aktiviti apa-apa kan. Otak pun tau penat. Tak guna pun stay up lama-lama sebab otak tu berfungsi ikut sistem. Ikut cycle. Kalau ko paksa guna dia lama-lama, bukan ikut masa kerja dia, nanti dia merajuk, nanti fungsi dia tak sebaik sebelum ni. Pelajar medik memang parah kalau nak exam. Sanggup sengkang mata tak tidur semata-mata nak belajar habis-habisan last minute. Tapi hasilnya? Masa exam agak blank, sebab otak dah penat. Otak tak refresh kan?"

Google


Huuu. So, belajar konsisten sehari-hari lebih baik dari speed up last minute sampai tak tidur malam. Ibu aku pesan, kalau esok nak exam, silalah tidur awal. Tidur awal, bangun awal. Pagi-pagi otak fresh dari ladang. Masa tu, baru review balik.

Apa? Takut tak cukup masa untuk belajar kalau tidur? Itu bergantung kat diri sendiri dalam mengatur masa kita kan.... Ala, dulu-dulu mesti korang dah selalu dapat time management kat seminar kan. Masa ni lah nak aplikasikan.

2011-06-22

Terhenti di sini



.OST Asmara 2 dan Nora Elena.


BTW, aku tak ikut pun cerite nora elena. Just dengar orang cerita. Kalau asmara tu, memang fan la walaupun aku tak bape gemar hero dia. 






Sedangku membaca wajahmu
Senyumanmu menggambarkan sesuatu
Jika kau fahami isi hatiku
Ku tak ingin waktu henti tanpamu

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Andai kau dapat memahami
Bahawa ku menangung semua ini
Bukan niatku ingin kau pergi
kerna ku masih terhenti di sini

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta





Credit  to here for lyric and Youtube

2011-06-21

Library's leg

Perpustakaan ada kaki ke? Sejak bila?

Heee. Bukanlah. Library's leg = kaki library = kaki perpustakaan = simpulan bahasa rekaan.

Kaki library ni adalah gelaran untuk manusia yang suka dan selalu dan sering duduk kat library di waktu lapang. Aku? Oh no no no. Aku bukan manusia jenis ni. Entah la, mungkin sebab aku tak berapa suka duduk kat tempat yang banyak buku, dan paling tak suka bila kena senyap. Ada mulut, kena la guna kan.

Aku rasa kali terakhir aku selalu lepak kat library adalah masa aku sekolah rendah. Sebab masa tu aku jadi pengawas perpustakaan. Giler pe tak lepak library, mau kena kejar dengan cikgu library kitorang. Setiap bulan, aku kena bertugas kat library hampir 2 minggu. Samada jaga kaunter tempat orang nak pinjam-pinjam buku atau pergi susun buku kat rak. Dulu, setiap kali rehat kalau habis makan awal, mesti muka aku menapak kat library tuh. Bukannya baca buku sangat pun, tapi aku suka lepak kat sofa sambil tengok reaksi-reaksi adik-adik dan kakak dan abang sambil membaca buku. Ada yang serius, ada yang sambil lewa je selak-selak buku.

Google


Masa kat SMK Puterijaya dulu, boleh kira guna lubang hidung je berapa kali muka aku ni timbul kat pintu library. Kadang-kadang je aku g, itupun sebab terpaksa cari buku untuk projek nilam. Kalau malas, aku reka je buku apa pun, pastu aku reka la cerita aku sendiri. Kadang-kadang aku rasa jalan cerita aku lagi best dari buku-buku yang ada (perasan jeee).

Kat Unity(tempat aku buat foundation) lagi la. Lagi bertambah-tambah kemalasan aku pergi library. Tapi sebab segan tengok kawan-kawan aku selalu pinjam buku bagai, aku pun ikut je la. Sambil buat muka tak rela. Berat bai buku tu nak angkut. Alasan kan? Macam la jalan kaki balik dari Unity ke Kondo. Bas kan ada...

Kat MRSM la pun aku rajin sikiiiiiiiiit je g library. Tu pun masa prep malam sebab kelas aku sangatt lah bising sampai aku rasa nak sumbat telinga aku dengan skru. Memang tak  ley fokus. So, aku selalu ajak member aku g belajar kat library. Haaa. Tapi kat library bukan belajar. Kitorang tengok buku masakan, buku kek, buku haiwan lah dan macam-macam lagi. Habis tengok buku, kitorang gosip-gosip, gelak-gelak dalam nada perlahan, kalau tak, mau kena sound dengan senior. Paling best dapat usya orang yang kita admire. Haha. Giler tak berwawasan kan.

Dekat U aku sekarang, boleh kira guna biji mata je bapa kali aku g library. Kalau aku pergi pun sebab nak semak ikut orang lain, atau nak g fotostat. Pinjam buku??? memang jauh menyimpang la. Tak pernah sekali pun aku pinjam buku kat library U aku ni.

Pernah dengar tak, orang kata, kalau nak cari jodoh yang pandai dan rajin, cari kat library. I guess aku takkan dapat cari jodoh camnie sebab aku bukan kaki library. Ala, lagipun sekarang zaman teknologi, orang pandai pun dah duduk kat rumah, search kat google. Buat apa duk library, baring tak leh, cakap tak leh, makan minum lagiii la tak boleh, kan?

Google

2011-06-19

Berusaha

Bila bangun pagi, gosok gigi, mandi, ambil wuduk. Selepas solat, aku akan duduk di depan cermin sambil menyiapkan diri. Dan saat itu, aku terfikir apa yang bakal terjadi pada diri sendiri hari ni. Perkara baik atau buruk. Gembira atau sedih. Ketawa atau murung. Well, aku hanya merancang apa yang aku nak buat sehari-hari tapi segalanya Allah yang tentukan. Dan aku redha dengan segalanya, asalkan aku sudah berusaha. Tawakal tanpa usaha hanya sia-sia kan? Takkan hasil datang bergolek jika kita tidak berusaha golekkan ia.

Hari ni, aku kena siapkan makalah PBL yang tak tersiap lagi. Insya-Allah.

Source

2011-06-18

Diam




kadang-kadang diam itu lebih baik dari berkata-kata. Biarkan perasaan itu terbuku sendirian di dalam diri kita, tanpa berterus terang. Risikonya tinggi, mungkin akan terluka sendiri. mungkin akan menyesal. Namun itu lebih baik dari malu dan menimbulkan perang dingin. Dan sampai bila harus aku menunggu, aku pun tidak pasti. Mungkin sampai ketahanan tubuh masih ada. Maybe.

Source

2011-06-15

Trying to smile

People might see me smiling and laughing all day, look like no problems ever come in my life. But deep inside me, I found it is too hard to keep smiling and smiling just to cover up my true feeling. I am trying to smile, each seconds with one hope ::: to forget all the troubles. But it just disappear for that moment, and come back when I'm all alone, sitting in my bedroom, without anyone beside me. I feel like to crying but I know, tears don't settle up my problems too. And I just put hope on Him, from before until die.. Insya-Allah...

Source ::: Google.

2011-06-14

The path

Each steps make a difference in life. We need to think not twice but many times before decide which way we want to take. Dont forget, the path we decide is the way we create our life.

source ::: google

2011-06-13

Smile

Source
we dont need reasons to smile. Just smile. And smile. Alone or to others, it doesnt matter. As long as you smile. Smile to yourself. Smile to your beloved one. As smile can cure the broken heart, insya-Allah.

2011-06-12

Selfish

there is time, when you really want others to understand your situation. But do you ever think bout theirs?
there is time, when you want others to love you but do you really love them back?

Source


never hope on anything that you know you can't do it to others, because they deserve what you deserve too.