Kelas Internal Med semalam agak lama, dari pukul 12.30 sampai pukul 3 petang. Mujur tak berapa bosan. Habis kelas, kitorang dalam dilemma, samada nak solat dekat kampus atau balik rumah baru solat. Dengan berbekalkan keyakinan bahawa air sudah ada kat rumah, aku dan Miss N decide untuk solat di rumah je. Balik macam biasa, jalan kaki sambil gosip-gosip kecil.
Sampai je kat simpang tempat angkut (sebuah kenderaan umum) selalu tunggu, kitorang pun seberang jalan macam biasa. Tetibe mata kitorang tertangkap pada seorang perempuan yang tak pakai tudung, tak gemuk, tak kurus, tak rendah tak tinggi. Aku ingat aku sorang je pelik bila nampak dia sibok depa-depakan tangan dia, rupenye, Miss N pun perasan benda yang sama gak. Mula-mula aku ingat dia nak bagi angin masuk ke ketiak, ye la, Jakarta kan panas, tetibe bila ada angin, mesti nak rasa sejuk sampai ke ketiak kan.
So kitorang pun jalan la macam biasa. Tapi, bila jarak antara kitorang dengan perempuan tu hanya beberapa langkah, aku ternampak perempuan tu bawak satu beg dekat bahu kanan, dan dekat bahu kiri, ada SPEAKER. Perempuan tu senyum-senyum manis kat kitorang sambil tangan didepakan sekali lagi. Aku dah ragu-ragu. Lambat plak otak aku berfungsi suruh aku lari. Bila aku teringat pasal speaker tu, tanpa pandang kiri kanan, aku melarikan diri dari perempuan tu. Masa tu, aku dah tak ingat Miss N dah. Sapa suh tak lari. Ambek ko. Haha. Sikit je lagi tangan perempuan tu nak capai aku. Mujur sempat elak. Aku tak sempat pandang belakang, pastu Miss N dah datang kat aku. Nasib baik Miss N selamat jugak. Kalau tak, aku taktau nak mintak tolong kat sapa.
Sambil gelak-gelak, perempuan tu berlalu pergi sambil berkata " Auwwwwwww" dengan suara yang tak berapa nak manja, tapi cukup boleh buat aku termuntah seminggu. Serius, aku fobia dengan spesies ni!
Sila jangan depakan tangan depan aku dah. Sesiapa pun.
Owh, pasal speaker tu, aku selalu nampak NYAH aka MAK NYAH aka lelaki yang jadi perempuan kat Jakarta ni bawak speaker pastu pasang lagu kuat-kuat pastu joget-joget kat depan orang supaya dapat duit. Hati-hatilah kalau nampak perempuan yang tak berapa nak perempuan, senyum-senyum pelik kat korang, sambil bawak speaker kat Jakarta ni.
Aku rasa Nyah tu masih dilemma dalam perubahan jantina diri dia. Kalau jadi Nyah, patutnya cari lelaki la kan. Ni tak, cari perempuan lak. Pakai tudung lagi tu kitorang. Sah-sah kitorang perempuan. Apa Nyah tu ingat dia lelaki tulen lagi ke nak kacau-kacau perempuan sejati cam kitorang ni. Hahahaha~~~~
Serius aku nightmare. Maybe kalau kitorang solat dulu kat kampus, tak kan jumpa Nyah tu dan takkan jadi mangsa trauma. Maybe. Tu la, degil lagi!
2 comments:
tu la org suh solat kat campus x mau..nasib baik nyah tu x blocking2 jln kita, wat nya dia terjoget2 pasang radiocar dia kuat2..mau ak kasi jurus sepak kat dia free..rimas mak nyaaahh(smbil tgn depa2 mcm nyah)
Miss N
Miss N ::: Ko la,, aku dah suh solat kat kampus, ko degil. Padan muka kita. Hahahaha, kalau dia joget2, aku lari tinggalkan ko. rmh aku dekat je... pttnye ko sepak je die semalam. refleks ko x berfungsiii
Post a Comment