Followers

Me

My photo
Saya Ummi Ana, Pengedah Sah Shaklee No ID 1210215. Jemput like page saya di facebook dan instagram. Sebarang pertanyaan bolehlah Whatsapp 01124121834 atau email hazliana.nurul@yahoo.com Terima kasih singgah di blog saya.
Before you read my posts, please forgive me for my bad grammar. And inconsistent pronoun, for sometimes I use "aku" and sometimes I use "saya", it depends on my mood and the post. Some of them are in English and some in Malay language. And the pictures in this blog mostly from google images. Btw, thanks for stopping by here.

2011-06-21

Library's leg

Perpustakaan ada kaki ke? Sejak bila?

Heee. Bukanlah. Library's leg = kaki library = kaki perpustakaan = simpulan bahasa rekaan.

Kaki library ni adalah gelaran untuk manusia yang suka dan selalu dan sering duduk kat library di waktu lapang. Aku? Oh no no no. Aku bukan manusia jenis ni. Entah la, mungkin sebab aku tak berapa suka duduk kat tempat yang banyak buku, dan paling tak suka bila kena senyap. Ada mulut, kena la guna kan.

Aku rasa kali terakhir aku selalu lepak kat library adalah masa aku sekolah rendah. Sebab masa tu aku jadi pengawas perpustakaan. Giler pe tak lepak library, mau kena kejar dengan cikgu library kitorang. Setiap bulan, aku kena bertugas kat library hampir 2 minggu. Samada jaga kaunter tempat orang nak pinjam-pinjam buku atau pergi susun buku kat rak. Dulu, setiap kali rehat kalau habis makan awal, mesti muka aku menapak kat library tuh. Bukannya baca buku sangat pun, tapi aku suka lepak kat sofa sambil tengok reaksi-reaksi adik-adik dan kakak dan abang sambil membaca buku. Ada yang serius, ada yang sambil lewa je selak-selak buku.

Google


Masa kat SMK Puterijaya dulu, boleh kira guna lubang hidung je berapa kali muka aku ni timbul kat pintu library. Kadang-kadang je aku g, itupun sebab terpaksa cari buku untuk projek nilam. Kalau malas, aku reka je buku apa pun, pastu aku reka la cerita aku sendiri. Kadang-kadang aku rasa jalan cerita aku lagi best dari buku-buku yang ada (perasan jeee).

Kat Unity(tempat aku buat foundation) lagi la. Lagi bertambah-tambah kemalasan aku pergi library. Tapi sebab segan tengok kawan-kawan aku selalu pinjam buku bagai, aku pun ikut je la. Sambil buat muka tak rela. Berat bai buku tu nak angkut. Alasan kan? Macam la jalan kaki balik dari Unity ke Kondo. Bas kan ada...

Kat MRSM la pun aku rajin sikiiiiiiiiit je g library. Tu pun masa prep malam sebab kelas aku sangatt lah bising sampai aku rasa nak sumbat telinga aku dengan skru. Memang tak  ley fokus. So, aku selalu ajak member aku g belajar kat library. Haaa. Tapi kat library bukan belajar. Kitorang tengok buku masakan, buku kek, buku haiwan lah dan macam-macam lagi. Habis tengok buku, kitorang gosip-gosip, gelak-gelak dalam nada perlahan, kalau tak, mau kena sound dengan senior. Paling best dapat usya orang yang kita admire. Haha. Giler tak berwawasan kan.

Dekat U aku sekarang, boleh kira guna biji mata je bapa kali aku g library. Kalau aku pergi pun sebab nak semak ikut orang lain, atau nak g fotostat. Pinjam buku??? memang jauh menyimpang la. Tak pernah sekali pun aku pinjam buku kat library U aku ni.

Pernah dengar tak, orang kata, kalau nak cari jodoh yang pandai dan rajin, cari kat library. I guess aku takkan dapat cari jodoh camnie sebab aku bukan kaki library. Ala, lagipun sekarang zaman teknologi, orang pandai pun dah duduk kat rumah, search kat google. Buat apa duk library, baring tak leh, cakap tak leh, makan minum lagiii la tak boleh, kan?

Google

No comments: