Followers

Me

My photo
Saya Ummi Ana, Pengedah Sah Shaklee No ID 1210215. Jemput like page saya di facebook dan instagram. Sebarang pertanyaan bolehlah Whatsapp 01124121834 atau email hazliana.nurul@yahoo.com Terima kasih singgah di blog saya.
Before you read my posts, please forgive me for my bad grammar. And inconsistent pronoun, for sometimes I use "aku" and sometimes I use "saya", it depends on my mood and the post. Some of them are in English and some in Malay language. And the pictures in this blog mostly from google images. Btw, thanks for stopping by here.

2011-08-26

Randomly love



Blindly missing you, is enough to make my heart go hurt. Blindly loving you, is making wound on my heart even worst and worst.

Stop.
I just dont want to hear anything else.
Every word you says, every step you take,
Just making myself not going better but worst.
Please go,
And hurt someone else's heart.

2011-08-18

Dua tahun sudah

Sedar tak sedar, dah dua tahun aku dan kawan-kawan datang ke bumi Jakarta ni. 18 Ogos 2009, tarikh kitorang datang sini. Masa tu lagi beberapa hari je nak puasa. Sebulan la kitorang puasa kat Jakarta. Dan raya kat sini jugak sebab tak boleh balik.

Dalam dua tahun, banyak dah perkara berlaku. Macam-macam. Belajar pun dah banyak kena hafal. Dah tak boleh main-main, kena serius betul-betul nih. *Cakap je lebihhh, buatnya takkk*. Syukur dapat belajar kat sini, sebab aku dapat balik 3 kali setiap tahun. Hahaha... Tapi kalau belajar kat Malaysia lagi best. Setiap bulan kot aku balik. heeee.



Sekarang tengah cuti sem 4. Lepas raya ni, aku dan kawan-kawan masuk tahun tiga pulak. Dah makin mencabar. Alhamdulillah, setakat ni pointer aku masih di atas 3 dan tak perlu buat short sem. Patutnya aku kena capai 3.5 tapi banyak sangat main. Masih tak sedar diri. Kuat berangan. Aishhh.

Mintak-mintak lah bila masuk semester 5 ni, dapat group yang ok-ok je. Yang tak sombong, tak senyap, tak bising. SEderhana je laaa. Heee.

Bila la aku nak balik Malaysia ni. =.="

2011-08-17

Bila aku bosan...

6.56 pm waktu Jakarta.

Masih ingatkah lalalalala~~~ (bunyi ringtone handset)

Me : Salam. Uhuk uhuk.
Ayah : Salam. Eh, tengah makan ke?
Me : Mana ade, baru lepas makan.
Ayah : Baru bukak puasa ke?
Me : Eh, takde la. dah bukak lama dah. pukul 6 tadi.
Ayah : Lamanya =.="
Me : Haha. 15 minit solat, 45 minit makan. cukup la tu.
Ayah : Mesti banyak makan tuu.
Me : Hahahahahahahahahaha.... Hahahahahaha... Biasela.

*Sorry, tengah bosan tahap !#@$!@%&^. Taktau nak buat apa dah...

Pasca-OSCE exam

Haih. Dah sehari berlalu selepas exam OSCE kelmarin. Sedih masih lagi terasa. Kehidupan dah semakin pudar. Housemates dua-dua da blah semalam balik Malaysia. Home alone.

Bukan taknak balik. Tapi passport aku masih lagi di pihak agensi untuk menguruskan EREP. EREP tu semacam izin kembali masuk ke Indonesia jika aku dah keluar dari negara ni. Tu la, sapa suruh ngada-ngada balik awal bulan. Kan dah kena tunggu lama sikit nak dapatkan passport. I deserve it. Hahaha.

Bangun pagi, tetiba jadi rajin sapu rumah. Ye la, dah takde benda lain nak buat. Basuh kain. Sidai kain. Haih. Dah macam suri rumah berjaya dah ni. Bosan-bosan dok hadap laptop. Nak keluar, kena cari kawan. Kawan yang aku selalu keluar pun nak balik hari ni. Jeles, jeles.

Takpe la. At least aku boleh buat sesuka hati aku kat rumah ni. Wakakaka. Rumah ini aku yang punya~~~

Mode ::: Bosan tahap !@#$%^&*(^%$@#


2011-08-15

OSCE exam

Fuhh, tamat sudah exam OSCE untuk fasa pertama. Kalau ikut sistem lama, ada sekali je exam ni. Tapi sistem baru ada dua kali exam OSCE. Dah mula dari rabu minggu lepas tapi giliran aku baru hari ni.

Alhamdulillah dapat giliran lambat-lambat. Sekurang-kurangnya dapat bertanya pada yang dah exam. Mujur kawan-kawan Malaysia satu batch tak kedekut ilmu. Ribuan terima kasih pada kawan-kawan yang kongsi ilmu.

Belajar bagai nak rak. Tapi masih tak cukup masa. Nampaknya, bakal repeat la ni. Tapi tak semua station kowt. Ada station yang aku rasa aku boleh buat. Tapi banyak yang tak dapat siap dalam masa 10 minit.

Apa tu exam OSCE? OSCE tu stands for Objective Structural Clinical Examination. Exam ni yang aku tau untuk pelajar perubatan. Dalam exam ni, yang di lihat adalah skills dan ilmu pelajar dalam mendiagnosis penyakit dan melakukan beberapa pemeriksaan seperti Rectal Toucher, Anthropometry, ECG, physical examination of heart, abdomen, thorax, muscle dan skeletal.

Exam ni terbahagi menjadi 9 station (kalau ikut Universiti aku la, lain universiti, lainlah dia punya pembahagian station tu).

1 - Anamnesis
2 - physical examination of muscle and skeletal
3 - asepsis dan antisepsis (prosedur untuk operasi)
4 - Simulation
5 - clinical reasoning
6 - Rectal toucher
7 - Anthropometry of 6 months years old baby
8 - physical examination of heart
9 - Rest

Setiap station hanya 10 minit kecuali station 4 diberi masa 20 minit. Cuak giler masa mula-mula nak masuk. Habis lupa segala ilmu dan steps yang dah hafal. =((

Dekat station 1 ni aku kena tanya  banyak-banyak kat pasien mengenai gejala-gejala penyakit yang dia hidapi. macam tadi aku dapat seorang wanita yang demam sejak 5 hari. so kena tanya la demam tinggi ke, demam konsisten atau kejap tinggi kejap rendah, demam menggigil tak dan lain-lain. Kena tanya pasal lingkungan dia jugak. Pasal sosioekonomi. Sampai la kita tau orang tu sakit apa hanya berdasarkan anamnesis tanpa pemeriksaan fisik atau laboratorium lain.

Station 2 dan 8 tu memang tak sempat habis tadi. Banyak nak kena buat tapi mungkin sebab aku gagap-gagap buat kan,, so,, padan muka sendirik la...

Station 4 dan 5 paling parah. Station 4 kena buat semua macam kat klinik betul. Dari anamnesa, pemeriksaan fisik, laboratorium, tulis prescription, tulis rujukan ke doktor pakar. Aku dapat case appendicitis tadi. Tapi anamnesis aku sangat la sikit dan nama ubat pun salah. Sedih giler la... Hanya boleh pasrah je.

Setakat ni aku hanya yakin aku lulus 3 station je, insya-Allah. kene repeat lepas cuti raya la nampaknya. Raya tak raya la aku.. heeee.

Ok, nak ganti tidur.

2011-08-11

hard to put our trust on people


Feel too stupid when I thought I can cure the wound on you, left by someone else. Yet when the wound heals, I am all alone again.


Terluka. Memang mudah hati nak terluka. Luka tu walaupun dah cari ubat macam-macam masih tak sembuh-sembuh. Sakit hati bila susah kita la peneman dia, tapi bila dah senang, kita ditinggalkan terkapai-kapai. Tegur pun dah taknak. Terlalu mengabaikan. Mungkin hanya perasan sendiri, ah, abaikan. Dulu, pernah sekali dia lukakan hati ni. Tapi aku cuba bagi peluang, dengan memegang kata-kata Every man deserves second chance. Tapi perkara yang sama terjadi lagi. Peluang ketiga? Entahlah.


Susah kita nak percaya dah lepas orang tu buat kita macam ni. Tapi biarlah kita memaafkan walaupun orang tu tak rasa salah dengan kita. Kenapa nak teruskan pemberontakan sedangkan dia langsung tak kisah tentang kita. Kenapa perlu dera perasaan sendiri atas benda-benda yang kecil, yang tak masuk akal.

Biarlah masa yang berlalu mengubati hati ini.

2011-08-04

DNA babi

sekarang ni babi ada di mana-mana. aihhh. dulu sos Tabasco yang disahkan ada DNA babi. sekarang ni sosej dan chicken cake dari Thailand lak yang ada benda alah dari babi ni. macam-macam.

myMetro


Google

Lepas ni, semua benda kena buat sendirik la, sebab pasti halal if kita buat.haha~~~

2011-08-03

Waiting

I don't know if I did wrong to you. Or I did something that make you feel uneasy with me. I keep waiting, and waiting. But I get nothing. Nothing. Till I once decided to put a full-stop to this. And you appear. For a night. Then you go, again. Leave me, waiting and waiting. And for the second time, I want to give up. And I really will. Trying, and trying.



I just need one thing from you. DO me a favor. Face me and tell me. Is it worth to me for keep waiting for you, or  should I let this feeling go and give up on you?

2011-08-01

Ramadhan




1 Ogos 2011. 1 Ramadhan 1432H.

Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah. Masa untuk melatih diri, menahan dari lapar, dahaga dan nafsu. Bulan untuk diri merasai bagaimana umat Islam, saudara kita sendiri yang seharian tidak dapat makanan, terpaksa berpuasa dan hidup dalam kesusahan. Insya-Allah, dengan izin Dia, kita mampu menghabiskan bulan Ramadhan ini dengan sempurna.

Selamat berpuasa kawan-kawan.