Followers

Before you read my posts, please forgive me for my bad grammar. And inconsistent pronoun, for sometimes I use "aku" and sometimes I use "saya", it depends on my mood and the post. Some of them are in English and some in Malay language. And the pictures in this blog mostly from google images. Btw, thanks for stopping by here.

2011-08-15

OSCE exam

Fuhh, tamat sudah exam OSCE untuk fasa pertama. Kalau ikut sistem lama, ada sekali je exam ni. Tapi sistem baru ada dua kali exam OSCE. Dah mula dari rabu minggu lepas tapi giliran aku baru hari ni.

Alhamdulillah dapat giliran lambat-lambat. Sekurang-kurangnya dapat bertanya pada yang dah exam. Mujur kawan-kawan Malaysia satu batch tak kedekut ilmu. Ribuan terima kasih pada kawan-kawan yang kongsi ilmu.

Belajar bagai nak rak. Tapi masih tak cukup masa. Nampaknya, bakal repeat la ni. Tapi tak semua station kowt. Ada station yang aku rasa aku boleh buat. Tapi banyak yang tak dapat siap dalam masa 10 minit.

Apa tu exam OSCE? OSCE tu stands for Objective Structural Clinical Examination. Exam ni yang aku tau untuk pelajar perubatan. Dalam exam ni, yang di lihat adalah skills dan ilmu pelajar dalam mendiagnosis penyakit dan melakukan beberapa pemeriksaan seperti Rectal Toucher, Anthropometry, ECG, physical examination of heart, abdomen, thorax, muscle dan skeletal.

Exam ni terbahagi menjadi 9 station (kalau ikut Universiti aku la, lain universiti, lainlah dia punya pembahagian station tu).

1 - Anamnesis
2 - physical examination of muscle and skeletal
3 - asepsis dan antisepsis (prosedur untuk operasi)
4 - Simulation
5 - clinical reasoning
6 - Rectal toucher
7 - Anthropometry of 6 months years old baby
8 - physical examination of heart
9 - Rest

Setiap station hanya 10 minit kecuali station 4 diberi masa 20 minit. Cuak giler masa mula-mula nak masuk. Habis lupa segala ilmu dan steps yang dah hafal. =((

Dekat station 1 ni aku kena tanya  banyak-banyak kat pasien mengenai gejala-gejala penyakit yang dia hidapi. macam tadi aku dapat seorang wanita yang demam sejak 5 hari. so kena tanya la demam tinggi ke, demam konsisten atau kejap tinggi kejap rendah, demam menggigil tak dan lain-lain. Kena tanya pasal lingkungan dia jugak. Pasal sosioekonomi. Sampai la kita tau orang tu sakit apa hanya berdasarkan anamnesis tanpa pemeriksaan fisik atau laboratorium lain.

Station 2 dan 8 tu memang tak sempat habis tadi. Banyak nak kena buat tapi mungkin sebab aku gagap-gagap buat kan,, so,, padan muka sendirik la...

Station 4 dan 5 paling parah. Station 4 kena buat semua macam kat klinik betul. Dari anamnesa, pemeriksaan fisik, laboratorium, tulis prescription, tulis rujukan ke doktor pakar. Aku dapat case appendicitis tadi. Tapi anamnesis aku sangat la sikit dan nama ubat pun salah. Sedih giler la... Hanya boleh pasrah je.

Setakat ni aku hanya yakin aku lulus 3 station je, insya-Allah. kene repeat lepas cuti raya la nampaknya. Raya tak raya la aku.. heeee.

Ok, nak ganti tidur.

4 comments:

Cikgu IBU said...

dear dearest, congrats. Alhamdulillah. Good job.

nGakzz the hero said...

at least kamu dh cuba kan...so k xpe..

zetty said...

waa mst debar kan..btw, gud luck for d result weh :)

+aNa baNana+ said...

Ibu ::: Tenkiu,, =))

Ngak ::: tu laaa, tapi usaha tak maximum

Zetty ::: bukan takat debar,, nk terkeluar air dari vesica urinaria ni.. hahaha~~ btw, tq.