Followers

Before you read my posts, please forgive me for my bad grammar. And inconsistent pronoun, for sometimes I use "aku" and sometimes I use "saya", it depends on my mood and the post. Some of them are in English and some in Malay language. And the pictures in this blog mostly from google images. Btw, thanks for stopping by here.

2011-06-23

Kuat

" Dan seseorang Mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih disayangi oleh Allah daripada seorang yang lemah. Dan pada setiap mereka ada kebaikan." (Riwayat Muslim)

Nak jadi kuat kenalah jaga kesihatan. Kesihatan tu tak bermakna kesihatan tubuh je, tak demam, tak selsema, tak batuk. Tapi kesihatan mental, minda dan jiwa juga diperlukan.

Ada pernah baca kat buku mana ntah, kesihatan diri kita tergantung macam mana cara kita layan dan hargai diri kita. Dari semua segi. Dari segi makan minum, perbualan, pemikiran, apa yang kita saji setiap anggota tubuh kita setiap hari. Ok, aku nak fokus pada kesihatan minda dan otak kali ni. Yang lain-lain lain kali la kot. Heee.

Sebagai seorang pelajar perubatan, aku tau otak adalah pusat yang mengawal segala perbuatan dan tingkah laku kita. Otak tu organ penting, amat penting bagi tubuh. Umpama sesuatu yang amat diperlukan oleh anggota lain, mati otak, mati lah anggota lain. Memang sukar nak jaga otak dengan sebenar-benarnya. Salah jenis makanan yang kita suap pada otak, lama-lama rosaklah ia.

Makanan yang aku maksudkan bukan sekadar makanan secara objektif. Macam nasi, mee, mihun dan lain-lain. Kalau dari segi makanan tu aku tau setiap pelajar pun dah tau. Benda-benda tu dah disajikan sejak sekolah rendah lagi kan. Siapa je yang tak tau, makanan ringan tak elok, minuman bergas tak elok, alkohol lagi la tak bagus, haram lak tu. Yang aku maksudkan kat sini adalah makanan yang bukan makanan betul. Adoi,pening sungguh ayat aku ni.

Pernah tak kita fikir, apa yang kita baca, apa yang kita lihat, apa yang kita ucap sehari-hari sangat mempengaruhi pemikiran kita. Mempengaruhi akal, otak kita. Jadi silalah jangan menganiaya otak anda dengan melihat, menyebut atau melakukan perkara yang kita tahu tidak benar. Takyah sebut la kan apa yang tidak benar tu. Fikirlah sendiri ye.

Paling senang nak jaga kesihatan otak adalah dengan tidur secukupnya. Tak kurang, tak lebih ok. Well, orang selalu kata, pelajar ni banyak yang suka stay up, belajar lewat malam, ada yang sampai tak tidur seharian, mungkin sampai dua hari. Pernah tak kita fikir, otak tu perlukan rehat. Perlukan masa, perlukan ruang. Kenapa nak seksa otak sampai tak tidur 24 jam. Otak umpama mesin. Cuba kalau kita guna je mesin tu berterusan 24 jam tanpa rehat, lama-lama ia akan rosak? Tak caya, buatlah! *Heee,ada pengalaman sebab laptop rosak sebab laptop rosak tak tutup untuk berapa hari ntah.

Allah bagi kita otak dan akal, tu pun kita patut bersyukur. Haiwan, tumbuhan tak dapat anugerah Allah tu. Allah bagi bukan saja-saja untuk  kita rosakkan. Tapi untuk kita jaga, guna dengan baik. Supaya kita buat sesuatu yang menunjukkan kita taat kepada Dia.

Ada seorang kawan aku juga pelajar perubatan, pernah nasihat, masa tu aku tak tidur lagi pukul 4 pagi, "Tak kesian ke kat otak, dia perlukan rehat, macam kita nak rehat bila ada aktiviti apa-apa kan. Otak pun tau penat. Tak guna pun stay up lama-lama sebab otak tu berfungsi ikut sistem. Ikut cycle. Kalau ko paksa guna dia lama-lama, bukan ikut masa kerja dia, nanti dia merajuk, nanti fungsi dia tak sebaik sebelum ni. Pelajar medik memang parah kalau nak exam. Sanggup sengkang mata tak tidur semata-mata nak belajar habis-habisan last minute. Tapi hasilnya? Masa exam agak blank, sebab otak dah penat. Otak tak refresh kan?"

Google


Huuu. So, belajar konsisten sehari-hari lebih baik dari speed up last minute sampai tak tidur malam. Ibu aku pesan, kalau esok nak exam, silalah tidur awal. Tidur awal, bangun awal. Pagi-pagi otak fresh dari ladang. Masa tu, baru review balik.

Apa? Takut tak cukup masa untuk belajar kalau tidur? Itu bergantung kat diri sendiri dalam mengatur masa kita kan.... Ala, dulu-dulu mesti korang dah selalu dapat time management kat seminar kan. Masa ni lah nak aplikasikan.

No comments: