Followers

Me

My photo
Saya Ummi Ana, Pengedah Sah Shaklee No ID 1210215. Jemput like page saya di facebook dan instagram. Sebarang pertanyaan bolehlah Whatsapp 01124121834 atau email hazliana.nurul@yahoo.com Terima kasih singgah di blog saya.
Before you read my posts, please forgive me for my bad grammar. And inconsistent pronoun, for sometimes I use "aku" and sometimes I use "saya", it depends on my mood and the post. Some of them are in English and some in Malay language. And the pictures in this blog mostly from google images. Btw, thanks for stopping by here.

2015-04-29

Puding roti kukus homemade

Semalam tetiba rajin nak main masak masak kat dapur.  Disebabkan roti masih banyak,  so aku google la resepi puding roti kukus.  Minggu lepas kakak aku dah buat puding roti bakar.  Aku malas nak keluarkan oven,  so kukus je la.

Bahan bahan yang diperlukan :

8 keping roti putih yang dipotong kecil
3 biji telur
1 sudu teh perasa vanila
3 sudu gula putih -  tapi aku guna 4 sachet gula stevia
400 ml susu cair
Butter or minyak
Kismis

Sebelum memulakan proses masak ni,  panaskan dulu pengukus atas api dapur. Masukkan telur,  perasa vanila dan gula ke dalam blender.  Aku blend je,  senang.  Haha. Then campurkan susu dan kacau sampai sebati.

Ok,  sekarang sapu Butter or minyak ke seluruh bekas loyang supaya tak melekat. Then susun roti  yang kecik2 tadi di dalam loyang.  Kalau suka,  boleh selitkan kismis antara roti roti tu.  Or boleh tabur kismis kat layer paling atas je.

Lepas roti siap disusun, masukkan bahan yang diblend tadi ke dalam loyang.  Tekan2 roti supaya padat. Sebelum kukus,  balut brkas loyang dengan plastic wrap.  Ibu aku kata plastic wrap ni untuk mengelakkan puding tu lembik sangat.

Kukus selama 25-30 minit dengan api sederhana. Dah siap kukus,  sejukkan dan simpan dalam peti ais semalaman.

Selamat mencuba.

No comments: