Bagi seorang perantau, kita tidak lari dari tanggungjawab menjadi seorang anak yang dituntut oleh agama. Salah satu dari tanggungjawab itu adalah tidak mengabaikan kedua ibu ayah dalam kegiatan sehari-hari. Bagaimana? Banyak caranya. Jangan pernah lupa mendoakan mereka setiap kali selesai solat fardhu atau sunat.
Setiap apa yang kita lakukan, haruslah meminta izin dan pandangan mereka. Kerana tidak berkat sesuatu perkara yang dilakukan jika tiada restu dari mereka. Jangan abaikan mereka dalam setiap keputusan kita. Walaupun kita rasa kita dah cukup besar untuk membuat keputusan sendiri. Ibu dan ayah lebih mengenali kita dan pandangan mereka sedikit sebanyak akan membantu kita yang masih belum matang (walaupun diri rasa dah matang). Hargailah mereka selagi masih mampu.
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
“Redha Allah terletak pada redha ibu bapa dan kemurkaanNya terletak pada kemurkaan kedua-duanya (ibu bapa).” (Riwayat Al-Tabarani)
1 comment:
jangan sesekali lupa!
Post a Comment