Rasulullah
telah bersabda: "Jauhilah tujuh perkara yang boleh membinasakan kamu iaitu
menyebabkan kamu masuk Neraka atau dilaknati oleh Allah. Para sahabat bertanya:
Wahai Rasulullah! Apakah tujuh perkara itu? Rasulullah bersabda: Mensyirikkan
Allah iaitu menyekutukan-Nya, melakukan perbuatan sihir, membunuh manusia yang
diharamkan oleh Allah melainkan dengan hak, memakan harta anak yatim, memakan
harta riba, lari dari medan pertempuran dan memfitnah perempuan-perempuan yang
baik iaitu yang boleh dikahwini serta menjaga maruah dirinya, juga perempuan
yang tidak memikirkan untuk melakukan perbuatan jahat serta perempuan yang
beriman dengan Allah dan Rasul-Nya dengan fitnah melakukan perbuatan zina" Abu
Hurairah ra.
Berilah hak mereka sebagaimana yang sepatutnya. Dan bantulah mereka untuk menghadapi liku-liku di dunia setelah kehilangan orang yang disayangi dan tempat bergantung. Jangan bagi alasan, tak de duit. Sebab bantuan bukan sekadar dalam bentuk duit. Sokongan mental dan bantu dalam pelajaran juga boleh diberi. Selain berbuat baik kepada mereka dan sayangi mereka seikhlasnya.
Insya-Allah, segala perbuatan baik kita, akan diterima oleh Allah. amin.
*peringatan untuk diri sendiri*
No comments:
Post a Comment