Followers

Before you read my posts, please forgive me for my bad grammar. And inconsistent pronoun, for sometimes I use "aku" and sometimes I use "saya", it depends on my mood and the post. Some of them are in English and some in Malay language. And the pictures in this blog mostly from google images. Btw, thanks for stopping by here.

2012-01-22

Lagi-lagi tentang aurat


Salam.

Kali ni saya (tetiba guna saya plak,sopan sikit) nak tulis serba sikit tentang aurat seorang muslimah. Kadang diri sendiri pun tak cukup sempurna lagi dalam menutup aurat. Usaha, tekad. Itu yang penting. Konsisten dalam niat untuk menutup aurat.

Facebook

Kadang-kadang kita tak sedar pun yang kita terselak aurat kita. Masa nak keluar rumah, dah yakin dengan penampilan sendiri. Bila dah sampai kelas atau tempat kerja atau di mana-mana, kadang-kadang, dengan sendirinya kita terbiasa selak lengan baju, selak tudung. Walaupun dah jadi kebiasaan, kita kena cari cara untuk mengelakkan kebiasaan kita ini mendatangkan dosa kepada kita.

Saya akui, saya sendiri masih 50% dalam menutup aurat. Tapi alhamdulillah, saya dikelilingi dengan ahli keluarga yang sering mengingatkan saya tentang aurat. Kadang-kadang, bila bersama kawan-kawan atau sahabat rapat, ada niat nak tegur mereka-mereka yang masih 50% juga macam saya. Tapi, saya cuba betulkan diri dahulu sebelum membetulkan orang lain.

Semoga kami mendapat petunjuk dari Allah untuk menjadi muslimah yang benar-benar mengikuti ajaran Islam. Kerana Islam bukan hanya pada kad pengenalan dan bicara mulut, tetapi lebih kepada perbuatan dan amalam sehari-hari. insyaAllah.

Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [An-Nur :31]

2 comments:

zetty said...

aku pn baru bpe % huhuh nak kne tekadkan hati utk ttup aurat dgn sempurna

+aNa baNana+ said...

betul3. jom sesama! ko lg la, nk jd bini org dah~~~