Fuh, semalam sangat penat. Tak sempat nak update. So arini kire tulis untuk semalam dan hari ni la ye. Sorry if panjang sangat. Actually tulis benda ni bukan harap orang baca, just nak share pengalaman dan untuk ingatan diri sendiri je. Have fun ok.
Macam biasa sampai awal dan tunggu Dr Ishak datang. Pagi tu dapat tengok sorang pesakit ni buat stress test. Tapi biasalah, tak faham pun apa yang keluar kat screen except BP. Pesakit tu dapat buat sampai stage 4. Kire ok jugak la. Let me name this patient Mr A. Sebab nanti ada lagi pasal dia.
Afterwards, Dr Ishak asks both of us to introduce ourselves to MSU students who do their practical there. Ada Kak Aimi, Hairi, Syeikh, Ikram, dan ada lagi sorang, tak ingat nama dia. Then, kami ikut Dr Ishak do the morning round kat ward. Jumpa pesakit Dr Ishak. Banyak jenis penyakit ada. Tapi ada yang beberapa yang special.
Makcik yang ada pleural effusion tu tetiba dah demam. Sebelum admit, belum demam lagi. So, diagnosis awal adalah pneumonia. Mantoux test still negative. And Dr Ishak let us listen to pleural rub sound of this aunty. The real one. Sebelum ni dengar kat dummies je masa skill lab.
Then, ada pesakit ni dari negara seberang. Dah ada kanser merata-rata satu badan. Sangat kesian kat dia. Tapi hari ni dah balik ke negara dia dah. Mari kita doakan semoga pesakit ni dilindungi oleh Allah.
Lepas dah round kat ward, macam biasa saya dan farah join klinik Dr Ishak. Banyak juga pesakit dari tempat lain. Ada dari Somalia, Iraq, Indonesia. Komunikasi kena hebat lah! Bagi pengarah hospital ni memang takda masalah la kan.
Ada one patient ni from negara seberang juga, datang dengan masalah ada benjolan di submaxilary gland. Doktor di negara dia diagnosa dengan kanser dan perlu dioperasi. Tapi bila ditanya pernah buat CT scan ke tak, jawapannya is NO. Macam mana doktor negara dia diagnosa kanser tapi takda bukti! Geleng kepala Dr Ishak dengar. Bila buat pemeriksaan fisik, benjolan tu lembut je, tak keras macam tumor. So bila CT scan dah ada hasil, rupanya salivary gland dia tersumbat. Mujur dia tak operasi dulu.
Semalam juga dapat tengok hasil XRay yang ada sinus belah kanan. Sinusitis kot.
Then lepas lunch, dapat join Dr Ishak buat ozone kat sorang aunty ni. Ozone ni macam bersihkan darah la. Aunty ni cakap dia rasa lebih bertenaga bila buat benda ni. Cara dia --> darah dikeluarkan masuk dalam 1 botol dicampur dengan cairan dan oksigen. Lepas 5 minit masuk balik darah tu dalam badan.
Lepas tu tengok stress test sekali lagi. Kali ni pesakit ni dapat sampai stage 5. Hebat jugak. Dulu pesakit ni ada sakit nephrotic syndrome tapi sekarang dah okay dah. Before balik, dapat join Dr Ishak buat colonoscopy kat Mr A tadi. Memang nampak sakit. Eh, memang sakit. Sakit kotttt. Giler tak sakit. Hasilnya baik je cuma ada buasir but doktor kata biasa la tu ada buasir kan. Hehehe.
Balik tu series penat. Tidur awal sangat.
Esoknya, maksudnya hari ni la kan, datang awal juga. Sembang sembang dengan Kak Aimi. Then ikut Dr Ishak buat ozone dulu pagi pagi tu. Pastu macam biasa la, buat morning round. Ada pesakit ni heart rate dia sangat rendah, 40-60. Tak pernah lebih dari 70 kot. Tapi still tak tau why. Dr Ishak ajar kami baca EKG untuk kira heart rate. Dah belajar pun, ni kira recall la ni.
Lepas tu one of MSU student ni panggil kitorang join masuk bilik Dr Alias. Dr Alias tengah takda pesakit so dia ajar kitorang pasal diabetic retinopathy. Ops, lupa, Dr Alias ni doktor pakar mata. Doktor ni banyak tanya gak la, gagap gagap nak jawab. Mujur ada student MSU sekali, boleh cover untuk jawab. Hehehe. Best dia ajar. Faham. Dan tak series, buat lawak juga kadang kadang. Best. Habis awal, so lunch awal. Pergi makan kat kedai yang saya selalu pergi, ala, kampung baru memang banyak kedai makan sedap kot.
Lepas lunch masa tengah tunggu Dr Ishak, tetiba nampak banyak orang lari lari. Rupa rupanya ada CODE BLUE --> emergency. So saya dan farah pon join la. Student MSU pun ada gak. Sangat kelam kabut suasana. bilik pun penuh dengan orang, doktor-doktor, nurse. Pesakit tu dah sepsis dah. Alhamdulillah, nasib baik semua nya ok balik.
Then, join lagi klinik Dr Ishak, kali ni ada anak sulung dia sekali. Lepasan USU. Sekarang tengah buat housemanship. Hari ni dapat tengok OGDS, ada ulcer dekat esofagus pesakit ni.
Before balik, sempat tengok Dr Sulaiman, pakar radiologi buat fluid aspiration kat makcik yang di diagnos pneumonia tu(scroll balik atas ye). Kejap je prosedur dia.
Overall sangat best lah so far. Banyak input bukan setakat ilmu perubatan tapi cara-cara komunikasi dan attitude seorang doktor yang sepatutnya. Insya-Allah, saya akan absorb semua ilmu yang dapat sebaik mungkin.
Okay, nak tidur lah. Ayat pun dah berterabur. Otak dah penat. Esok nak pergi sana lagi. Assalamualaikum.
1 comment:
bestnyeeee..ble ak nk wt attc plak nie..huhu
Post a Comment