*********************************************************************************************
So nak dijadikan cerita, pada minggu lepas punya minggu lepas, saya dan beberapa kawan pergi la melancong ke Langkawi selama kurang lebih 3 hari. Tapi bila campur dengan perjalanan, jadi 5 hari.
Dah plan nak pergi Langkawi ni since sebelum cuti semester lagi. Nasib baik ada kawan nak ikut. Saya dah lama tak jejakkan kaki ke Langkawi. Last sekali pergi masa jamuan raya kat MRSM Langkawi tahun 2008. Lepas tu tak pergi dah.
Dalam bas KONSORTIUM |
So hari first tu, hari Isnin, saya dan dua orang kawan saya, Nadia dan Farah naik bas dari perhentian duta ke medan gopeng di ipoh. Bertolak lebih kurang jam 6.05 petang. Setelah 2 jam setengah dalam bas, akhirnya kami tiba di Ipoh. Tunggu kawan lagi sorang yang duduk kat Ipoh dan kitorang pergi ke Alor Setar pada jam 10 malam.
Our BAGS |
Sampai kat Kedah pada pukul 2 pagi. Aiyoo, tak de kedai yang bukak 24 jam. Mula mula cadang tunggu je kat situ, tunggu kawan lagi 2 orang dari Terengganu dan Kelantan. Tapi penat dan banyak nyamuk, so Farah ajak dok motel sementara tunggu lagi 2 orang ni. Bayaran agak ok, memuaskan. Mula mula cuak jugak, ye la, motel kan. Selalu tempat tempat sasaran untuk aktiviti tak bermoral. Nasib baik motel yang ni ok je. Ada jual roti arab lagi tu, apa lagi, perut dah kebulur, telan la roti tu pepagi buta.
*********************************************************************************************
To be continued...
No comments:
Post a Comment