Followers

Me

My Photo
Salam people. you can call me Anna. currently studying medicine somewhere around the world. do view my posts and leave comments if u want. tq btw.

2012-02-29

Langkawi Tour part 3

Masuk hari ke 3. Pagi pagi lagi saya kena keluar dulu pergi MRSM sebab ada hal jap. Then dalam pukul 9.30 kitorang keluar untuk pergi ke Mangrove Tour. Banyak package mangrove tour ni. Kitorang ambil yang sewa 1 boat untuk 2 jam. Harganya RM 180 satu boat untuk 2 jam. Harga dan aktiviti bergantung pada berapa lama kita nak sewa. Kalau dulu saya pergi dengan homeroom-mates masa belajar kat Langkawi, sorang bayar murah je sebab pergi ramai ramai.

Jeti Kilim
By Anna

By Anna


Sampai kat sana kurang lebih pukul 9.50 pagi. Tunggu dalam 10 minit, boleh naik boat dah. Ramai jugak orang terutama tourist. Mula mula pakcik tu terangkan kat kitorang tempat tempat yang kami akan pergi. Lepas tu baru naik boat.

First place kitorang adalah fish feeding. Kat sini ada diorang pelihara beberapa jenis binatang air. Kitorang dapat peluang untuk sentuh ikan pari, pegang belangkas, landak laut. Lepas tu dapat peluang bagi makan kat exotic fish, dan juga ikan sumpit. Ikan sumpit ni sangat special, tak reti nak explain. Korang g la try ok.

Landak laut
By Anna

Belangkas
By Anna

Ikan pari
By Anna

Fish feeding
By Anna

Ikan sumpit
By Anna


Lepas tu kitorang naik lagi boat untuk pergi ke tempat eagle feeding. Helang helang ni dah dilatih untuk makan kat sini. Diorang bagi makan kulit ayam supaya dapat terapung atas air dan senanglah helang untuk makan kan. Abang yang bawk boat ni cakap helang ni memang sangat memilih pasangan. Helang putih lak memang sangat setia dengan pasangan dia if pasangan dia mati, dia pun akan bunuh diri.

Helang
by Farah


*********************************************************************************************

Lepas pergi ke Gua Buaya kitorang pergi ke pulau kasut. Pulau ni dah dekat dah dengan sempadan Thailand. Lepas pusing pusing kat situ kitorang pergi ke Gua Kelawar. Kalau dulu ada orang yang guide jalan tapi sekarang kena guide sendiri je. Lepas dah 2 jam, kitorang balik ke jeti semula. Perut pun dah lapar. Kitorang decide pergi makan kat jeti Langkawi, sebab nak beli tiket feri balik sekali.

Crocodile cave
By Anna

Menuju ke sempadan Thailand
By Anna

Pulau kasut
By Anna
info Gua Kelawar
By Kaah

Inside the Bat Cave
By Kaah


Lepas solat kat masjid Kuah, kitorang pergi jalankan aktiviti utama --> Shopping. Lama juga kat pekan Kuah. Macam macam coklat kitorang beli sebab murah compare to kat KL. Malam tu lepak kat homestay je sebab penat. Tengok TV sama sama sampai tidur.

*********************************************************************************************


to be continued...

0 people leave words.: