Followers

Me

My photo
Saya Ummi Ana, Pengedah Sah Shaklee No ID 1210215. Jemput like page saya di facebook dan instagram. Sebarang pertanyaan bolehlah Whatsapp 01124121834 atau email hazliana.nurul@yahoo.com Terima kasih singgah di blog saya.
Before you read my posts, please forgive me for my bad grammar. And inconsistent pronoun, for sometimes I use "aku" and sometimes I use "saya", it depends on my mood and the post. Some of them are in English and some in Malay language. And the pictures in this blog mostly from google images. Btw, thanks for stopping by here.

2012-02-29

Langkawi Tour part 2


Then, masuk hari Selasa. Lepas semua orang dah solat Subuh, kitorang brekpes kat cafe motel tu jugak. Ada laksa, nasi lemak, roti arab, maggi pun ada jual. Selesai je makan pagi, kitorang ingat nak pesan teksi untuk ke Jeti Kuala Kedah tapi mujur pakcik motel ni baik hati nak hantarkan. Tapi still bayar la kan. Kalau ikutkan, satu teksi RM20. Kitorang 6 orang, memang kena 2 teksi.  Tapi pakcik ni mintak sorang RM6. Tak jauh beza pun. Heee.


Roti arab
by Farah
Kambing sesat di tengah jalan
by Farah


Nasib baik sampai sampai je kat jeti, ada feri yang dah nak bertolak. Kitorang naik feri Lada Tiga. Besar dalam feri tu. Selesa. Harga tiket feri RM23 sorang one way. Perjalanan ambil masa dalam sejam setengah. Tertidur jugak kitorang dalam feri. Penat oo naik bas. 


Ni la feri kitorang, jeles tak! Hahaha.
by Farah


*********************************************************************************************
Beg beg kami
by Farah

Sampai kat jeti Langkawi dalam pukul 10 macam tu la. First destination kitorang adalah --> TANDAS! haha. Sejuk dalam feri, tak tahan nak g tandas. Bukannya takde tandas dalam feri tapi sebab tido lagi penting, so tak sempat g tandas. Then, saya pun kol la abang yang sewakan kereta kat kitorang. (Nanti saya tulis testimoni pasal kereta dan homestay dalam post khas ye). Tak lama pun, terus kereta datang. Kitorang sewa 2 biji kereta sebab kitorang 6 orang. Nak sewa kereta besar tapi malas. Kereta kecik senang nak bawak kan. So 1 kereta 3 orang. Bawak kereta gilir gilir, baru adil. Tak la penat sangat.

Lepas ambil kunci kereta, kitorang pergi isi minyak kat Petronas sebelum pergi ke Shell untuk jumpa abang awie, tuan punya homestay yang kitorang nak duduk. Follow je kereta dia sampai ke homestay tu. Homestay tu kat Jalan padang matsirat, jalan nak p airport. Tak jauh pun dari pekan Kuah. 

Lepas dah bermandi manda dan beristirahat kejap kat homestay, kitorang keluar untuk mengisi perut yang kelaparan. Niat hati nak bawak mereka mereka ni makan kat kedai makan yang saya selalu pergi masa belajar kat Langkawi ni, tapi lupa kedai tu kat mana. So sebab perut dah lapar sangat, singgah je kedai yang first kitorang jumpa. Ok je kedai ni, sedap jugak! Harga pun ok ok. Berbaloi la.


We had our lunch here
by Anna

by Anna


********************************************************************************************

Selesai makan, kitorang menuju ke Cable Car. Saya tak ingat jalan ke sana walaupun pernah pergi dengan famili dulu. So terpaksa la menatap Tourist Map yang kitorang dapat free. Haha. Dah jadi macam tourist benor benor dah! Jauh gak nak p sana. Jalan pun belok sana belok sini. Naik bukit turun bukit. At last, sampai sana setelah kurang lebih 30 minit. Tapi kecewa, sebab Cable car tutup untuk 2 hari untuk maintenance. Hancus plan!




So kitorang jalan jalan kat Oriental Village kat area Cable Car tu. Cuaca agak panas, bukan agak, tapi memang panas terik. So kitorang tukar plan, pergi ke pekan Kuah la plak sementara tunggu next plan. On the way ke Kuah, kitorang singgah kedai gamat tepi jalan. Banyak pilihan. Lepas tu, pergi ke one part of Pekan Kuah, tapi kat area ni tak banyak sangat kedai. Then pergi ke Idaman suri sebelum pergi ke Langkawi Parade (shopping mall di Langkawi yang ada cinema) untuk beli roti for breakfast.


Oriental Village
by Farah 
Ala, malas nak pusingkan. Korang pusingkan la kepala ye.


Lebih kurang pukul 5 lebih camtu, kitorang bertolak ke Pantai Cenang. Yes, hajat untuk tengok matahari terbenam tercapai jua. Alhamdulillah. Masya Allah. Sangat cantik pemandangan senja tu. Tak akan dilupakan sampai bila bila. Lepas dah bergambar di pantai, kitorang pergi jalan jalan di kedai kedai sekitar tu. Sampai jumpa kedai makan. Banyak jugak kitorang order. Sorang bayar RM13. Ok la kan.


Coretkan nama di pantai
by Farah



By Anna

By Anna

By Anna
Our First Dinner, nyummy!
by Farah


 Then, balik ke homestay. Mandi mandi solat, tengok TV sampai la tertidur kepenatan.


Flat screen TV kegemaran Nadia. hehe
By Nadia


*********************************************************************************************

To be continued...


No comments: