"Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa. [at-Taubah:36]"
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
[Hari ini pengakhiran tahun 1431H, masuk je maghrib, bermulalah tahun baru bagi umat Islam.]
Kini Muharram menjelma lagi
Terima kasih tak terhingga
Ku tadahkan kepadaMu, ya Ilahi
Memberi peluang bernafas di muka bumi
Memberi kesempatan mencari cahayaMu
1432 H disambut gembira
Dengan azam dan tekad yang baru
Semoga dosa lalu diampunkan
Dan semoga kehidupan baru
Penuh dengan kebaikan
Ya Allah ya Tuhanku
PadaMu aku bersujud syukur
PadaMu jua aku menadah tangan
Meminta semoga dipanjang umur
Agar dapat ku temukan Muharram di masa akan datang
Sabda Rasulullah : “Puasa yang paling utama setelah Ramadhan adalah puasa di bulan Allah (yaitu) Muharram. Sedangkan shalat yang paling utama setelah shalat fardhu adalah shalat malam”. (H.R. Muslim)
Sahabat, klik link ini [muharram dan keutamaan bulan muharram] kalau mahu membaca tentang Muharram. Ini yang saya jumpa. Kalau salah, sila betulkan.
Sedarkah kita? Allah masih memberi kita kesempatan untuk menjejakkan kaki ke tahun baru. Bererti kita masih ada kesempatan untuk mengubah diri kita, dari yang tak elok kepada yang lebih molek. Jom, kita gunakan peluang yang ada. Semoga Allah memberkati setiap usaha kita, Amin.
p/s ::: Selamat tahun baru sahabat.
p/ss ::: trend zaman sekarang, tahun baru Islam tak pernah ingat, diabaikan je. tapi kalau tahun baru 1 januari tu, seronok nak sambut, buat pestalah, konsertlah, lepas tu banyak lah kes maksiat. Semoga kita dijauhkan dari perkara seperti itu. Amin.
p/sss ::: perkara sunnah dan bida'ah dalam bulan muharram --> Oleh Ustaz Rasul Bin Dahri.
2 comments:
Salam Maal Hijrah ana busuk...
ye la kamu... ^_^
Post a Comment