"Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil: Janganlah kamu menyembah melainkan Allah dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya." [QS. Al-Baqarah:83]
Ibu
Ingin saat ini ku kucup dahimu
Ingin rasanya aku peluk erat tubuhmu
Mengalirkan air mata dalam pelukanmu
Pelukan yang dapat menenangkan hati ini
Ayah
Aku rindu cium tanganmu
Tangan yang berhempas pulas mencari rezeki
Aku rindu kata-katamu
Kata-kata yang jarang kau ucap namun dapat menaikkan semula diriku
Ibu, Ayah
Aku rindu menatap wajahmu
Aku rindu masakanmu
Aku rindu nasihatmu
Aku rindu gelak tawamu
Ibu
Maafkan aku ketika aku malas membantumu
Maafkan aku ketika aku merisaukan hatimu
Maafkan aku ketika aku bukan anak yang baik
Kerana sungguh, aku berusaha menjadi yang terbaik
Ayah
Maafkan aku ketika aku bermasam muka
Maafkan aku ketika muncungku panjang sedepa
Maafkan aku ketika aku mengecewakanmu
Kerana sungguh, aku masih mencari makna anak yang baik
Terima Kasih cintaku, ibu dan ayah
Aku bangga jadi anak kalian
Oh! Tak sabar mahu pulang.
p/s ::: another 6 days to go. hati, tolonglah sabar!
p/ss ::: "Tak kiralah berapa lama atau berapa jauh kamu lari dari ibu dan ayah, tak kiralah jauh mana pun kamu belajar, satu saat, bila kamu ada masalah, kamu pasti kembali mengalirkan air mata di pelukan ibu, di ribaan ayah."-My Mum's advice.
7 comments:
dear dearest, alhamdulillah. thank you Allah. what more could we ask for? you've given us the best and always the best. please keep on giving our best gift the best today in this world and thereafter. amin
"Tak kiralah berapa lama atau berapa jauh kamu lari dari ibu dan ayah, tak kiralah jauh mana pun kamu belajar, satu saat, bila kamu ada masalah, kamu pasti kembali mengalirkan air mata di pelukan ibu, di ribaan ayah."
:')
yup..really agree dgn nasihat mak anna tu..
thanks syira~~~
ana, entri ko ni sungguh mnyentuh hati aku T^T
Hahaha.... habislah hati ko dah kene sentuh... =)
bukan syira la saya~ hehe.
aaaa..salah.. nurus. hehe. selalu komfius antara korang berdua.. aish.
-.-
Post a Comment