Followers
Before you read my posts, please forgive me for my bad grammar. And inconsistent pronoun, for sometimes I use "aku" and sometimes I use "saya", it depends on my mood and the post. Some of them are in English and some in Malay language. And the pictures in this blog mostly from google images. Btw, thanks for stopping by here.
2010-12-19
Fractura hepatica [patah hati]
keseorangan. berjalan di dalam bangunan terkenal itu. dingin tubuh ditiup angin airconditioner. gegendang telinga bingit dengan jeritan mulut pengunjung. fikiran melayang jauh, tenggelam bersama gelak tawa sekumpulan remaja.
hati meronta-ronta kerimasan. jantung berdenyut lemah. jiwa sudah penat. penat dengan lakonan dunia. penat dengan omongan manusia.
duduk seketika di bangku kayu, jauh di sudut bangunan itu. pandangan di lontarkan pada sebuah kedai, tepat sembilan puluh derajat dari kedudukan mata. otak memutarkan kembali kenangan bersama. penat sudah melupakan namun masih tidak mampu. hasilnya, cairan jernih mengalir setitik demi setitik dari sepasang mata. sudah cuba ditahan, namun tidak berdaya.
cukuplah wahai hati. cukuplah wahai diri. lepaskan memori lama. dia pasti tidak akan kembali. pasti. cukup pasti. walau seribu tahun hati ini membina harapan, ia hanya sebuah sia-sia.
kaki mula mengorak langkah kembali. mahu lari dari kenangan itu. tidak sanggup berhadapan dengannya lagi. janji pada diri agar tidak lagi bernafas di udara bangunan itu. melangkah tanpa arah tuju. kaki, bawalah diri ke mana saja. asal saja hati dapat sembuh kembali.
bahu dicapai oleh seseorang. langkah terhenti. badan tidak dipaling. mendengarkan suara saja sudah tahu. sudah tahu yang hati akan kembali dirobek. seseorang itu kembali lagi. membawa cebisan kisah lama yang tidak pernah dibuang. membawa janji lama yang sekali pun tidak dilupakan.
cukuplah kamu. cukuplah dengan lakonan kosong itu. dengan kaki yang lemah, dengan hati yang patah. perjalanan dimulai kembali. tiada harapan antara kita. itu hakikat. bukan permintaan. pergilah kau mencari mangsa baru. pergilah kau pasang jerat baru.
tapi bukan diri ini. tolong. bukan diri ini.
-© Anna
p/s ::: sorry tulisan kecik. sebab tengah kecik hati.
p/ss ::: tak ade kaitan dengan sesiapa pun maupun diri ini [maybe,haha]. hanya sebuah ilusi yang bermain di fikiran.
p/sss ::: jatuh sakit. =(
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment