عَنْ أَبِى هُرَيْرَة َ قَال َقَالََ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
اِنَّ الْمَرْأَةَ كا لضِّلَعِ اِذَا ذَهَبْتَ تَقِيمُهَا كَسَرْتَه
َاِنْ تَرَكْتَهَا اِسْتَمْتَعتَ بِهَا وَفِيْهَا عِوَجٌ
Dari Abu Hurairah r.a. Katanya :
Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Sesungguhnya kaum wanita itu bagai tulang rusuk.
Kalau engkau berusaha untuk meluruskannya (dengan keras)
akibatnya engakau mematahkannya dan kalau engkau biarkan
dapat engkau pergunakan, sedangkan dia tetap bengkok."
Hadis sahih riwayat Muslim
Bengkoknya tulang rusuk wanita
Bukan bererti degil dan tegar
Menerima nasihat dan pandangan
Dari insan yang mencintai dan dicintai
Bengkoknya tulang rusuk wanita
Bukan bererti harus dibiarkan
Dibiar hanyut diselimuti dosa
Dosa yang membawa wanita ke neraka jahanam
Wahai insan yang mencintai wanita
Dan dicintai oleh wanita
Sanggupkah kau melihat wanita itu
Melangkahkan kaki ke api besar kelak
Duhai pencinta wanita
Janganlah kau biarkan wanitamu
Terpesong dari agama Islam
Agama yang paling agung
Jika wanita mendedahkan auratnya
Tugas kamu sang pencinta
Untuk menegur wanita
Memberi nasihat dan didikan dengan sempurna
Agar auratnya terpelihara
Agar maruahnya tidak dipersendakan
Jika wanita terlalu bergaul bebas
Tugas kamu sang pencinta
Untuk membimbing wanita kembali ke ajaran yang benar
Hukumlah wanita itu dengan sederhana mungkin
Kerana hati wanita cukup rapuh
Bahkan lebih rapuh dari kayu yang ditimpa hujan
Jika wanita meninggalkan solat
Tugas kamu sang pencinta
Tanamkan dalam hati wanita
Satu perasaan takut kepada Allah
Satu perasaan yang membuatkan wanita itu
Selalu sujud dan meminta kepada Allah
Jika wanita merayu dan dirayu
Tugas kamu sang pencinta
Menguatkan hati wanita
Agar tidak mudah terpedaya
Agar kelak wanita selamat dari api yang membara
Duhai sang pencinta
Jika benar kau hidup dengan ajaran Islam
Tegarkah kau melihat saudara Islam mu
Dihanyut dosa sedangkan kau sebaliknya
Tidak tenang hati sang pencinta
Jika membiarkan wanita itu terus membuat dosa
Bimbinglah wanitamu duhai sang pencinta
Janganlah kau menggalakkan wanita membuat dosa
Membiarkan rambut dan susuk tubuh wanita
Menjadi santapan para lelaki lain siang malam
Apa kau sudi menikahi wanita yang sudah tercemar
Tidak jijikkah kau dengan wanita begitu
Tidakkah kau sedih melihat wanitamu
Ibarat diambil maruahnya dengan mudah
Memang benar kau menikmati semua itu
Berpegangan tangan, bercium-ciuman, bertampar peluk mesra
Namun sampai bila mahu terus hidup dengan dosa
Mungkin kau takut kehilangan wanitamu
Jika kau memberi sedikit nasihat
Apa kau tidak takut berpisah dengan wanitamu
Di akhirat kelak ketika wanitamu dicampakkan ke api neraka
Menyesal kemudian memang tidak berguna
Jadi wahai sang pencinta
Mari mulakan langkah pertama
Bimbinglah wanitamu
Agar tenang hidup dengan ajaran Islam
- © Anna
p/s ::: Siapalah Hawa tanpa tulang rusuk Adam. Mari kita betulkan diri sendiri dan juga teman-teman. Semoga semuanya hidup dalam kesejahteraan. Amin
p/ss:::
wanita muslim dan auratnya |
3 comments:
salam ana :))
wanita 2 sgt2 fragile kan. klu luruskan kuat sgt nanti patah, klu bairkan je tetap bengkok. jadi bukan sj tugas mereka2 di luar sna untuk bentuk kita but we, ourselves should try our best 2 upgrade & renovate dri kita sket demi sket.
xpe, perlahan2, step by step kan.biar janji jgn patah..im in da process too. huhu. even manusia xnmpak seciput & sekecil mana pun usaha kita 2 xpe..Allah nmpak. Dia tahu, Dia nilai, Dia kira. kan. even penat kita terjatuh, tergolek , terjelepuk, tersungkur along da process..its ok as long as we keep trying & trying everyday as hard as we could than just rather give up & xnak bangun balik lgsg..
thanx ana for da reminder~ do remind me always ya. im forgetful.
hehhe i loike =)
@rfyam ::: manusia memang selalu lupa. sebab tu diciptakan manusia bukan seorang je. jadi, boleh saling memperingati kan? u too, remind me if i'm forget ok....
@yuyu ::: thanks for liking...
Post a Comment