Followers

Before you read my posts, please forgive me for my bad grammar. And inconsistent pronoun, for sometimes I use "aku" and sometimes I use "saya", it depends on my mood and the post. Some of them are in English and some in Malay language. And the pictures in this blog mostly from google images. Btw, thanks for stopping by here.

2011-02-15

Hancur.

"Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik(sesuai dan sopan)." [Al-Ahzab 33:32]

Wahai hamba Allah sama kaum denganku
Tegaslah dalam berkata-kata
Jangan kau usik hati lelaki yang rapuh itu
Jangan kau getarkan ia
Kelak bencananya akan kau rasakan

Wahai sang perempuan
Perlukah engkau melunakkan suara mu
Perlukah engkau memanjakan dirimu
Kepada sang lelaki yang bukan muhrimmu

Wahai sang perempuan
Hati ini cukup sedih
Ketika melihat terlalu ramai kaummu
Tanpa segan silu
Tanpa perasaan malu
Seperti dihasut syaitan yang dilaknat Allah
Kau terus merakam dan menyebarkan
Video lagumu, video dirimu
Di youtube sudah pasti

Tatkala mendapat sambutan hangat
Pengunjung mencecah angka jutaan
Mendapat pujian yang membanggakan
Hatimu cukup riak sehingga terdorong melakukannya lagi
Sedangkan kau tidak tahu nait sebenar di sebalik hati penonton itu

Wahai muslimah
Sedarlah, kau tidak akam mendapat apa-apa dari itu


p/s ::: Entri ini dibuat sebgaia sokongan terhadap entri yang "apabila muslimah berani beraksi" oleh blog jalan salafus sholih.

f

No comments: