Followers

Me

My photo
Saya Ummi Ana, Pengedah Sah Shaklee No ID 1210215. Jemput like page saya di facebook dan instagram. Sebarang pertanyaan bolehlah Whatsapp 01124121834 atau email hazliana.nurul@yahoo.com Terima kasih singgah di blog saya.
Before you read my posts, please forgive me for my bad grammar. And inconsistent pronoun, for sometimes I use "aku" and sometimes I use "saya", it depends on my mood and the post. Some of them are in English and some in Malay language. And the pictures in this blog mostly from google images. Btw, thanks for stopping by here.

2011-02-01

Pilihan itu.



Letakkan diri anda dalam situasi berikut:


Anda sedang leka ber-sms dengan kawan dan seorang budak kecik yang tak berapa nak kecik, err kire remaja lah gitu usia dia, lari ke arah anda dan merampas cepat beg tangan atau beg laptop atau beg tarik balik kampung anda. Mujur ada orang bantu, dapat tangkap remaja tu. Anda dengan tercungap-cungap sebab kejar remaja tadi sampai depan remaja tu dan orang yang bantu anda. Anda ambil beg anda. Dan anda perhati remaja tersebut. Ukuran pinggang macam 1 cm je,,, opss, tipulah tu kan. Kurus keding, tak terurus, muka kelaparan, perut berbunyik-bunyik, tangan kaki terketar-ketar sebab glukosa tak cukup dalam darah dan sel-sel. Apa anda buat? Serahkan budak tu kepada polis atau bagi sekeping nota sepuluh hinggit untuk remaja tersebut beli KFC satu bakul.


Mungkin ramai yang akan serahkan remaja tersebut kepada polis. Dan hanya segelintir yang memilih pilihan kedua. Benda ni tak pernah jadi kat aku, maksudnye, remaja yang kelaparan ragut beg aku. Kalau orang lain yang sehat tu ade je sekali. Sampai sekarang aku trauma. Bila orang dalam situasi macam nie, kebanyakannya akan cakap, 


"hoi, dari ko mencuri, baik ko g mintak sedekah."


Tapi bila kita tengok orang mintak sedekah, tengok dia sehat walafiat, ada kita nak hulur bantuan. ada? ada? Manusia selalu fikir, sihat sempurna macam ni, cukup sifat, mintak sedekah. Macam tak boleh cari kerja. Itulah manusia. Aku pun kadang macam tu gak. Mana kita nak tau, mungkin remaja tu dah cari kerja, tapi takde rezeki dia. Mungkin dia dah duduk tepi jalan hulurkan tangan, tapi tiada hasil. Bila perut dah lapar sangat-sangat, mungkin dia terpaksa meragut harta orang. Bukan aku nak cakap meragut tu baik. Salah sama sekali.


Sebagai seorang manusia, kita boleh membantu. Kalau tak mampu nak hulurkan bantuan, atau takut kita salah hulurkan bantuan pada orang yang salah, kita boleh bantu dengan mengamalkan ketidakbaziran. Dan sekali sekala, lembutkan tangan, ikhlaskan hati untuk bersedekah. Siapa tahu nasib kita kelak kan?



"Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah dan hari akhirat dan segala malaikat dan segala Kitab dan sekalian Nabi dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang dia menyayanginya, kepada kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan dan kepada orang-orang yang meminta dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan dan dalam masa kesakitan dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil.: sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan) dan mereka itulah juga orang-orang yang bertakwa."[2:177]


p/s ::: goodbye January and welcome February.


p/ss ::: 17 days to go =)

No comments: