Followers

Before you read my posts, please forgive me for my bad grammar. And inconsistent pronoun, for sometimes I use "aku" and sometimes I use "saya", it depends on my mood and the post. Some of them are in English and some in Malay language. And the pictures in this blog mostly from google images. Btw, thanks for stopping by here.

2011-02-13

Emosi



Bisu. Tanpa bicara sepatah kata. Rela dibuat apa sahaja. Asalkan dapat melihat kebahagiaan bersinar. Sedangkan hati menderita, cukup derita. Pilu tak terhingga, dipendam tanpa rela. Harapan dahulu menggunung, kini runtuh begitu sahaja. Sendirian melangkah di tanah bumi. Tanpa arah tujuan. Tanpa harapan baru. Tanpa apa-apa. Sebatang kara cuma. 


Buta. Seakan-akan tidak melihat pandangan sekeliling. Ibarat berjalan di dunia tanpa manusia. Tanpa makhluk apa pun. Bukan ini yang hati relakan. Bukan ini yang fikiran mahukan. Namun apakan daya. Emosi menakhluk tempat sang raja di hati. Tewas sekian kalinya. 


Terketar-ketar. Menggigil kuat setiap jari jemari halus itu. Kebasahan dalam hujan bertemankan sang petir, tidak diendahkan. Mata memegang kuat pandangan terhadap sesuatu. Tatkala hati pecah berkecai, hanya air mata yang dapat menutup segalanya. Tiada senyuman di bibir. Tiada gelak tawa yang normal. 


Terkulai layu tanpa bantuan. Hanya satu di fikiran. Bagaimana harus menghadapi hari-hari mendatang........


p/s ::: Malaysia, wait for me. another 4 days =)

No comments: