Followers

Before you read my posts, please forgive me for my bad grammar. And inconsistent pronoun, for sometimes I use "aku" and sometimes I use "saya", it depends on my mood and the post. Some of them are in English and some in Malay language. And the pictures in this blog mostly from google images. Btw, thanks for stopping by here.

2011-01-31

Ujian hidup

Hanya doa yang mampu aku hulurkan
Hanya kerisauan yang mampu aku berikan

Sabarlah wahai teman seislam dan senegara
Ini sebuah ujian buat kamu dan kami

Tak dapat aku bayangkan jika aku berada pada situasi kamu
Setiap minit hidup dalam ketakutan
Namun tanamkan dalam diri
Takut itu hanya pada Allah

Semoga saja insan yang bertanggungjawab akan cepat mengambil tindakan.
Please be safe, my friends.
Allah always with you.

2011-01-30

Home-sick.

Cita-cita. Ingat lagi dulu masa sekolah rendah, kena isi kad warna biru, ada tiga ruang untuk tiga cita-cita. Dan sepanjang enam tahun bersekolah di sekolah rendah, cita-cita itu akan berubah-ubah setiap tahun. Berakhir UPSR, jejakkan kaki ke sekolah asrama. Cikgu kat sekolah dah tekankan untuk pelajar mencari cita-cita yang sesuai. Bagi aku, aku minat dunia nombor, dunia kira-kira. Bukan main nombor ekor tau. Bab hafal-hafal ni, aku kureng sikit. Tengok je markah kertas sejarah aku. Jarang nak dapat A. 


Besar panjang pun still peluk Mr. Teddy =)



Niat hati nak capai cita-cita untuk jadi salah seorang ahli dalam dunia angka. Tapi, harapan ibu dan ayah untuk aku jadi doktor, susah nak hampakan. Bukannya tak suka langsung, ada juga niat nak jadi doktor. Tapi minat tu tak tinggi mana. Kadang-kadang, kita kena lepaskan apa yang kita impikan untuk orang lain. Tak kisah lah jadi apa pun, yang penting sumber tu halal. Terima kasih kepada ibu dan ayah yang mendorong diri untuk memasuki bidang perubatan. Tak sedikit pun rasa menyesal dengan keputusan ni. 


Bagi aku, keputusan ibu dan ayah penting dalam hidup ni. Well, maybe i can't live independently yet. Tapi aku suka cara macam ni. Sebab aku yakin dengan keputusan ibu dan ayah aku. Diorang yang paling faham aku daripada orang sekeliling.


Ah, inilah hasil kalau terlalu home-sick. Tak sabar nak balik cuti semester. Lagi 3 minggu, yeah!

p/s ::: Lately feel very tired and dont have any energy to update blog.

2011-01-27

Mimpi.

Mimpi. Mimpi itu datang. Hampir setiap malam ia menjengah malamku. Tak mampu mnegusir. Tak mampu menghalang. Hanya dapat menonton. Tanpa berbuat apa-apa. Sehingga minda kembali ke dunia nyata, terkakulah aku dalam mainan tidur itu. Setiap kali ia hadir, setiap kali itu jugalah peristiwa yang sama terjadi. Watak yang sama. Latar belakang yang sama. Jalan cerita yang sama. Kadang terlalu hiperbola. Kadang terlalu sinonim dengan hidup realiti.


Source




Ah, hanya sekadar mimpi bukan. Tidak mungkin terjadi di dunia nyata. Cuma aku harap. Ia akan penat datang padaku dan pergi jauh dariku suatu hari kelak. Kerana aku tidak mahu mengharapkan sesuatu yang hanya ilusi. Tidak mahu realiti bercampur aduk dengan bayangan. Resah juga setiap malam. Mahu lena atau tidak. Memejam mata bererti aku akan ketemu watak yang sama, menbina sebuah harapan yang akhirnya runtuh ketika mata terbuka. Jika kafein menjalankan kerja menghalang otot mata dari relaksasi, aku tidak akan ketemu watak itu dan akan terasa kosong sepanjang hari. Kerana ia telah menjadi sebahagian dari hari ku.

p/s ::: Ngarut, ngarut, ngarut. Ada exam skill lab ari ni. semoga dapat lakukan dengan terbaik.


p/ss ::: ^_-

2011-01-25

you never know.


Don't worry when you can't get what you want today
Because tomorrow always have another chance

Don't worry if you feel disappointed today
Because tomorrow always have happiness

Don't worry when people ignore you today
Because tomorrow you always can find another friends

Source ::: Here


Don't worry if you get sick today
Because tomorrow always have the cure

But please worry, if you do something wrong today
And still don't ask for forgiveness
Either to people around you or to Allah Maha Besar
Because tomorrow, you never know if you still can breathe the air
-©Anna

p/s ::: uuu. today's morning got Pharmacology examination, best of luck to me and friends.

p/ss ::: Why i still can't close my eyes, keep trying but urghhhh.

2011-01-23

really, bored.



Really, i miss you. miss the old you. miss the moment we shared. miss the way you stare at me. miss the look of you every morning you wake up. miss the smile on your face. miss our almost everyday fight for nothing. miss to see you crying. 

.My Copyright.

For i know. now i lost everything. a big mistake in my life. letting you go, without trying to hold you. letting you walk away, without trying to go after you. Stupid me! Blame me!


Never mind. maybe you deserve that happiness. maybe you better be far away from me. maybe you can find again your smile, with new life. i hope.



p/s ::: aaaa!!! bosan.. post tiada kaitan dengan hidup atau mati ye.


p/ss ::: Kenapalah asyik ngntok je, ape la ubat dR. saryono ni masukkan kat dalam pale aku. cettt.

2011-01-22

Mood Pagi

Jika beburung dapat singgah di hadapanku
Kenapa tidak aku terbang bersama mereka?


Jika pepohon melentok-lentok kesejukan di pagi hari
Kenapa sang semut tidak selimuti mereka?


Source




Jika bulan purnama muncul di pagi hari
Kenapa tidak matahari menjengah malam?


Jika angin ribut itu menerbangkan bangunan megah
Kenapa tidak membawa aku jauh dari sini?




p/s ::: Integrasi 1 dah habis, fuhh~~~ kali ni exam memang takde mood nak update blog. berhabuk blog 3 hari tak update.


p/ss ::: Mr. allowance, please come to me!!!

2011-01-15

Taman Hati


"Dalam hati ada taman."

Sekarang dah banyak orang guna ayat ni. terutama bagi orang yang nak menunjukkan bahawanya dia bukanlah keras hati seperti mana orang sangkakan. Tapi aku tertanya-tanya gak lah. Taman apa yang ada dalam hati tu?

Source
<---- Taman bunga seperti inikah? Kalau ya, bolehlah aku berjalan-jalan menghirup udara segar dalam hati orang tuh. 







Source
Atau seperti taman tasik titiwangsa? ---->>
Kalau macam ni, bolehlah aku tumpang berkelah sambil bersenam ringan di waktu pagi atau petang dalam hati orang tu kan.












p/s ::: Abaikan kemengarutan pagi ini.


p/ss ::: Rasa macam makin teruk dah.!

2011-01-14

Ancaman!

Source

Ragut. Pecah rumah. Ugut. Pukau. Rompak.


Baru-baru ini, perkara ni makin menjadi-jadi plak kat tempat aku belajar ni. Series, cuak giler bila dengar tambahan lagi buat kaum wanita. Dulu, hati cukup yakin dan tabah bila nak jalan seorang diri. Tapi sekarang mungkin sudah tidak berani. Dulu, hati tak kisah bila jalan malam-malam. Tapi bukan sekarang. Trauma 3 tahun dahulu masih belum terubat, takut trauma terbaru pulak menghantui diri. Mintak dijauhkan aku dan rakan-rakanku dari segala bala dan musibah ini. Hanya sekadar peringatan, banyakkan selawat dan zikir ketika melangkah di luar rumah. Jangan jalan sorang-sorang dah. Biar ada teman. Kita tak tau apa bakal terjadi kan. Lebih baik mencegah lebih awal!

p/s ::: Currently working on a paper about Alzheimer's disease.

p/ss ::: I ate Singapore Laksa this afternoon, but it disappointed me because it is not spicy as i want!!!

2011-01-13

Kagum



Sungguh indah dunia ini. Diciptakan oleh Allah yang Maha Agung untuk hamba-hambaNya. Subhan'Allah, perkataan yang bererti Maha Suci Allah merupakan perkataan yang sebati dalam diri sejak kecil apabila sering diingatkan oleh ayah, ibu, tok dan opah tercinta untuk diucapkan setiap kali melihat sesuatu kebesaran Ilahi. Sungguh kagum melihat ciptaan Ilahi di dunia ini. Terasa juga air mata ingin mengalir setiap kali hati digegarkan dengan pelbagai keindahan ini. Air terjun yang damai, lautan yang tenang, langit terbentang luas, malam dihiasi bintang-bintang dan suluhan cahaya bulan, siangnya dihujani panas mentari, tanah yang dapat mendatangkan hasil. Tidak bersyukurkah kita kerana diberi peluang untuk hidup di muka bumi ini. 




Namun, diri ini juga sering diingatkan. Dunia hanya sementara. Persinggahan sementara manusia sebelum datangnya hari kiamat. Dan dunia merupakan satu-satunya peluang manusia untuk mencari dan mengumpul sebanyak mungkin Pahala dan berbuat kebaikan serta menghindari perkara-perkara yang jelas mendatangkan dosa. Kerana di akhirat kelak, hanya dua tempat tinggal untuk manusia yaitu Syurga dan Neraka. Dalam Al-Quran sudah jelas diterangkan mengenai keindahan syurga yang jauh lebih indah dari dunia ini.



"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, di tempatkan dalam taman-taman Syurga (yang indah) dan (dekat) beberapa sungai,. Di tempat yang sungguh bahagia, di sisi Tuhan Yang Menguasai segala-galanya, lagi Yang Berkuasa melakukan sekehendakNya." [54 : 54-55]

"Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah."[55:76]


Semoga kita tidak leka dengan kesenangan di muka bumi ini dan semoga kita dapat menjadi salah satu penghuni syurga. insya-Allah. amin.


p/s ::: Lately, asyik rasa penat je. ntah la kenapa....


p/ss ::: Harus buang sikap malas yang sudah selubungi badan. haha~~~

2011-01-11

Hari Yang Marah

"Kamu ni apaan sih, dari tadi bahasannya gak ada dasar medis."
"Kamu udah belajar gak ini, udah dapat kuliahnya belum?"
"Ya, emang kalau belum, gak perlu belajar ya."
"Ini baru pertama kali saya marah begini masa di PBL."
"Mau dilanjutkan gak PBLnya, kalau gak mau, saya keluar aja."
"Kamu kenapa gak bawa buku skill lab nya, udah hafalin semuanya?"
"Siapa aja sih yang bawa buku skill lab nya."
"Ini, yang nangis mulu keluar aja ah!"

haa. al kisah nak diceritakan ada satu kelompok pelajar di salah sebuah universiti, yang sangat tidak bernasib baik apabila pagi ceria mereka dihadiahkan dengan cemuhan serta dijadikan tempat meluahkan rasa marah yang membuak-buak di dalam hati para pensyarah. terdiam sebentar mulut-mulut pelajar lelaki dan perempuan ini, tidak tahu apa yang harus dilakukan. ibarat keluar mulut buaya masuk mulut harimau [ntah betul ke tak peribahasa aku nih], harapan supaya kelas pertama yaitu PBL[program based-learning] berakhir dengan segera hanya sia-sia apabila kelas kedua turut membawa berita buruk. sadis sungguh~~~ saya sangat bersimpati terhadap sepuluh pelajar tersebut... hahaha....


p/s ::: hati boleh tersenyum girang malam ini.

2011-01-10

Musim cuti tiba lagi



Bila musim cuti tiba lagi, Hati resah gelisah, duduk tak boleh nak diam, otak ligat fikir, hati sibuk mau tahu tarikh cuti yang benar-benar. Bila dapat sejenis Universiti yang sengal jadual bertukar-tukar dan tak menetap nie, memang parah tambahan pula bila memikirkan harga tiket yang tak menentu juga. Angka di ATM pasti turun jumlahnya dari tujuh atau lapan jadi tiga, tak dapat jadi jutawan mawan dah. Poket pun makin menipis, kalau berat pun pasti angkara duit syiling yang tak serupa duit. Mujur hari ini kebetulan ada tiket murah pada salah satu  tiket penerbangan murah yang bermotokan "now everyone can fly". tapi biasalah, keperluan meningkat, bukan satu batch je, lima batch yang nak pulang, tak masuk lagi universiti lain dan penduduk tempatan yang melancong ke tanah air aku, mesti tiket laris macam sosej panas jual dekat kutub antartika. fuhhh~~~ Kawan-kawan semua sebok beli tiket, selalunya perempuan yang akan beli dulu sebab perasaan nak balik tu lagi membuak-buak dari kaum bertentangan. Aku? erm... ntahlah. bila dah selalu balik, orang dah boleh cop aku muka balik takpon kaki balik. Tak sah Aku kalau tak balik tiap kali cuti. bukan aku ngada-ngada nak habiskan duit beli tiket pergi balik, duit tax, duit EREP yang mahal tuh, tapi aku kesian kat famili aku yang giler rindu kat aku walaupun diorang tak cakap kat aku. hahaha~~~. 


Aku saja je tulis benda alah ni sebab tengah runsing macam mana nak buat assignment Pharmacology nie. Pening weh~~~

p/s ::: Melepas nak bercuti-cuti dengan Famili ke satu tempat yang aku tak pernah pergi sebab cuti habis awal sangat,,, tak sama dengan cuti sekolah kat Malaysia.... Jadi anak cikgu ni kena berkorban sokmo.


p/ss ::: Niat hati nak tambah cuti seminggu extra,,, sape mau join? haha~~~

2011-01-07

is it really that hard to forgive someone?


People always say " think positive about everything", but it is not easy as that, u know. Not always, but maybe once or more, i will think something bad or negative or worst about someone or something. i try really hard, [hard enough i think] to forgive someone, to think that someone who ever hurt my feeling already changes for a good or to think positive bout that person. but people get their patience limit and it applies to me. sometimes i just cant forgive that person, especially when the things that person ever did to me cross to my mind. but Islam always teach a very good lesson to Muslim and Muslimah. Not very sure either my mum told me or i read an article online, about forgiving someone before going to bed to make people's soul calm and free from any desire for revenge or hating someone. and, alhamdulillah, so far i do them very well. but me is always me. i can't run from my own sad and hate feeling. FYI, i never hate someone so much, just feel uncomfortable with some people. because people is always and forever people. none of them are perfect. mistakes always being made by them, that's why Islam tell us to forgive someone, for knowing that ourself also doing mistakes, either purposely or not.


I dont know why i'm telling all of this here. but for sure, i just want to ask forgiveness to everyone who hate me, who feel uncomfortable with me, to whom i ever hurt their feeling, to people that i break our promises for some reasons and to everyone that know me. 


"Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa. Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik. Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedangkan mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya)." [3: 133-135]


p/s ::: To "someone", i hope u read my blog, hopefully, and hear what i wanna say : I never hate you for things you done to me. and i already forgive you but please, i just don't want to talk or chatting with you for some times, please let my heart find a little peace, just a little. dont worry, i always be friend with you, but not BFF like we used to be. Sorry.


p/ss ::: Really stress and wanna going to somewhere to calm my mind, anyone has any idea?

2011-01-05

Kebenaran itu truth

"Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu. Dialah yang menguatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman." [8:62]

Luahkan saja semuanya
Muntahkan segalanya
Jangan disimpan walau satu peratus pun
Walau kebenaran itu menyakitkan
Walau hakikat itu memilukan


Namun
Kebenaran tetap kebenaran
Tidak boleh diubah suai mengikut perasaan
Tidak boleh disorok-sorok mengikut fikiran


Tegarkah berbohong jika akhirnya digelar derhaka
Tegarkah menyatakan kepalsuan jika akhirnya digelar penfitnah


Tell me the truth, although u already know the effects.
Biar hati perih seketika
Biar hati pilu sementara
Jangan tambahkan dosa dirimu
Menipu dan berbohong!


p/s ::: Terasa power cermin mata dah naik sebab tak nampak apa pensyarah tulis kat depan masa kelas Pharmacology tadi. =(


p/ss ::: Kenapa dalam otak fikir pasal balik jeee =)

2011-01-04

Tersemat


Mungkin kau sudah lupa
Setiap apa yang berlaku
Apa yang kau lakukan
Dan apa yang aku alami

Namun bukan bagi aku
Kerana ia sudah tersimpan kemas 
Di lubuk ingatan
Ku semat rapi di sudut hati gundah ini

Sampai bila pun tidak akan ku lupakan
Kerana aku adalah aku.



p/s ::: dah 3 hari tak update blog, sibuk mengemas rumah =)

p/ss ::: hari ni bermula kembali perjuangan setelah menikmati percutian yang sementara. semoga hati terus tabah dan bersemangat!