Before you read my posts, please forgive me for my bad grammar. And inconsistent pronoun, for sometimes I use "aku" and sometimes I use "saya", it depends on my mood and the post. Some of them are in English and some in Malay language. And the pictures in this blog mostly from google images. Btw, thanks for stopping by here.
Mimpi. Mimpi itu datang. Hampir setiap malam ia menjengah malamku. Tak mampu mnegusir. Tak mampu menghalang. Hanya dapat menonton. Tanpa berbuat apa-apa. Sehingga minda kembali ke dunia nyata, terkakulah aku dalam mainan tidur itu. Setiap kali ia hadir, setiap kali itu jugalah peristiwa yang sama terjadi. Watak yang sama. Latar belakang yang sama. Jalan cerita yang sama. Kadang terlalu hiperbola. Kadang terlalu sinonim dengan hidup realiti.
Ah, hanya sekadar mimpi bukan. Tidak mungkin terjadi di dunia nyata. Cuma aku harap. Ia akan penat datang padaku dan pergi jauh dariku suatu hari kelak. Kerana aku tidak mahu mengharapkan sesuatu yang hanya ilusi. Tidak mahu realiti bercampur aduk dengan bayangan. Resah juga setiap malam. Mahu lena atau tidak. Memejam mata bererti aku akan ketemu watak yang sama, menbina sebuah harapan yang akhirnya runtuh ketika mata terbuka. Jika kafein menjalankan kerja menghalang otot mata dari relaksasi, aku tidak akan ketemu watak itu dan akan terasa kosong sepanjang hari. Kerana ia telah menjadi sebahagian dari hari ku.
p/s ::: Ngarut, ngarut, ngarut. Ada exam skill lab ari ni. semoga dapat lakukan dengan terbaik.
p/ss ::: ^_-
No comments:
Post a Comment