Followers

Before you read my posts, please forgive me for my bad grammar. And inconsistent pronoun, for sometimes I use "aku" and sometimes I use "saya", it depends on my mood and the post. Some of them are in English and some in Malay language. And the pictures in this blog mostly from google images. Btw, thanks for stopping by here.

2010-12-09

Jagalah pandangan, peliharalah kehormatan, tutuplah aurat!!!

Firman Allah SWT,
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." [An-Nur"31]

Wahai sahabat wanitaku
Tidak tersentakkah kau ketika membaca ayat-ayat al-Quran
Yang seringkali memperingatkan wanita
Hukum dan cara hidup yang benar
Cara hidup berlandaskan agama Islam

Wahai wanita sekaum denganku
Jagalah pandanganmu, rendahkan penglihatanmu
Bukan bermakna kau tidak bebas melihat dunia
Tapi ketahuilah dunia ini tidak ada yang istimewa
Berbanding syurga di akhirat kelak

Wahai wanita yang amat ku cintai
Peliharalah kehormatanmu sayang
Jangan kau terlalu merendahkan dirimu
Pada mana-mana manusia yang menabur janji
Peliharalah dirimu hanya untuk seorang yang istimewa

Wahai wanita yang ku kasihi
Jagalah pakaianmu, tutuplah auratmu
Jangan kau menampakkan walau seurat rambut
Jangan kau mendedahkan walau seinci lehermu

Apa yang kau banggakan dengan rambut ikalmu
Apa yang kau banggakan dengan leher putihmu
Apa yang kau megahkan dengan lengan gebumu
Tidak ada yang perlu dihebohkan
Jika setiap mata bukan muhrim yang memandang
Mengundang dosa buatmu

Wahai kekasih wanitaku
Apa kau tidak kasihan dengan bakal suamimu
Terpaksa menerima wanita yang sudah tercemar
Apa kau tidak malu dengan dirimu sendiri
Mulut lancar menyindir wanita lain
Memakai tudung menutup dada dikata tidak ada fesyen
Memakai baju labuh besar dikata kuno
Sedangkan ketika itu malaikat mencatat setiap perbuatanmu

Sungguh aku kasihan melihat kamu
Terlalu bangga dengan kecantikanmu
Terlalu leka mendedahkan aurat
Yang mana pada mata insan yang mempunyai iman
Amat membenci perbuatanmu itu
Kerana sungguh! Perbuatanmu itu jauh menyimpang dari ajaran Islam

Apa yang perlu dibanggakan dengan fesyen terkini
Perlukah kita, seorang muslimah mengikut cara hidup agama lain
Sedangkan kita dilahirkan dengan agama Islam yang memandang tinggi terhadap kaum wanita
Tidak bersyukurkah kita?

Wahai saudara wanitaku
Maafkan aku jika aku hanya mampu berbicara di sini
Bukan berhadapan denganmu
Kerana aku tidak mampu
Kerana aku juga tidak sempurna
Hanya mampu berusaha di sini
Semoga kita sama-sama berubah ke arah lebih baik

Wahai wanita yang kucintai
Allah itu Maha Pengampun
Masih belum terlambat jika kita sama-sama mahu bertaubat
Hanya Dia layak menghapuskan dosa kita
Ya, hanya Dia, jadi pintalah pada Nya

Wahai saudara wanitaku
Ketahuilah, aku ada di sisimu
Jika niatmu benar untuk ke arah yang lebih baik
Dan jika kau hanya berniat untuk menarikku
Untuk hidup dengan cara yang dibisikkan oleh syaitan
Maka jauhilah aku, kerana hati aku masih tidak kuat imannya
-© Anna

 "Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya." (Surah Al-'Ankabuut 29 : 69) 
p/s ::: Masih dalam proses menguatkan iman diri sendiri.

p/ss :::

3 comments:

Wie said...

http://zaimvanjava.blogspot.com/

+aNa baNana+ said...

oo.. da bukak balik erk.. hehe

syifa' said...

may Allah grant u with much more bliss.. barakah in writing and strength in ur words and action dear!