Followers

Me

My photo
Saya Ummi Ana, Pengedah Sah Shaklee No ID 1210215. Jemput like page saya di facebook dan instagram. Sebarang pertanyaan bolehlah Whatsapp 01124121834 atau email hazliana.nurul@yahoo.com Terima kasih singgah di blog saya.
Before you read my posts, please forgive me for my bad grammar. And inconsistent pronoun, for sometimes I use "aku" and sometimes I use "saya", it depends on my mood and the post. Some of them are in English and some in Malay language. And the pictures in this blog mostly from google images. Btw, thanks for stopping by here.

2013-01-30

Frozen yogurt



Alkisahnya, cuti hujung tahun lepas, pulanglah ke Malaysia. Sebab nak g lawat adik yang manja kat Pekan, kami sekeluarga menginap kat Kuantan untuk 3 hari. Tapi tak boleh jalan sangat sebab hujan yang tidak berhenti sehingga akhirnya banjir merata-rata di Kuantan. Hampir-hampir jugak lah nak terperangkap dalam banjir tu. Mujur jumpa jalan keluar...

Masa kat Kuantan, ada la jugak singgah kedai Baby sebab nak beli barang untuk Iman. Tetiba aku terpandang satu kedai yang jual makanan yang orang sekarang panggil frozen yogurt. Okay, call me outdated, but I never buy and eat those yogurt. Sekarang ni, merata-rata aku tengok anak muda keluar masuk kedai frozen yogurt ni. So, sebab teringin sangat nak tau, sedap sangat ke benda ni, aku ajak la adik aku *yang tak pernah tolak bab makanan terutama bila aku nak belanja* masuk ke kedai ni. Tapi kami tak reti cara nak beli, so terpaksa culik Ibu Iman *kakak aku* untuk menemani kami membeli. Yes, kakak aku suka sangat makan benda ni. Aku tak tau cammana dia boleh sumbat dalam tekak dia!

Google


Waaa, nampak sangat kami budak kampung. Nak beli frozen yogurt pun tak reti. Hahaha... Ok, bila dah beli, rasa seronok sebab boleh hias sendiri yogurt yang kita ambil. Boleh letak oreo, letak wafer, M&M, dan buah-buahan dan lain-lain. Bila dah beli cepat-cepat masuk kereta dan makan sebab takut ayah minta *gila kedekut* hahaha... Satu sudu pertama *gulpppp* Ewww.. Sumpah tak sedap! Tak tau kenapa, tak boleh nak masuk ke tekak. Tapi telan la jugak kan... The rest of it, aku bagi adik aku suruh dia habiskan. Aku makan oreo dan sides dia je... Bhahahaha...

Aku taktau macam mana orang boleh telan benda alah ni. Mungkin dalam masa terdekat ni, aku tak akan makan lah benda ni kan. Baik aku beli yogurt yang sedap kat kedai runcit tu then bekukan *sama ke rasa dia?*

Tu je la. Saja nak mengupdate. Sok ada lagi satu exam. Doakan ye! Chow!

No comments: