Salam.. Baru sempat nak update blog. Takde la busy mana pon actually. Kerajinan tu je takde.
Rasanya semua dah tau, Jakarta banjir hebat Khamis lalu. Yes, hujan turun tak berhenti-henti. Kalau berhenti pon cuma untuk seketika. Then hujan balik. Lepas tu banjir... Sampai isytihar darurat. Fuh, dasyat.
Aku tak keluar mana-mana pun Khamis tu. Duduk kat rumah je, nanti demam kalau main hujan. Hehe. Tapi semalam bila hujan dah kurang, aku keluar pergi beli barang makanan. Hujan hujan ni bikin perut aku laparrr... Hahaha..
Uni aku sampai tutup 2 hari gara-gara banjir. Alhamdulillah, pagi ni cuaca sangat baik. Dan perkuliahan masih boleh diteruskan. Bukan taknak cuti lagi, tapi kalau lama-lama drag kelas ke hari lain, bila aku nak cuti semnya...
Pagi tadi dengar cerita dari kawan-kawan lokal satu kumpulan, kesian pada yang banjir, ada yang sampai 2 meter banjir. tapi kat tingkat bawah rumah dia la... ada yang banjir smpai lutut. Alhamdulillah, aku masih bersyukur sebab rumah aku tak jadi mangsa banjir walaupun tiada bekalan air paip di rumah.. aiseh. Nak mandi pun tumpang rumah orang, dah macam pelarian...
Tak de terdetik pun perasaan marah dalam diri bila jadi macam ni. Nak marah dekat sape? No one to blame. Bila jadi macam ni, aku dapat ingatkan diri aku pada orang-orang yang lagi hebat dugaannya dari aku. Ada yang smpai hilang tempat tinggal. Ada yang masih tak dapat bekalan makan minum. At least aku masih dapat ada tempat tinggal dan makanan....
Tapiiii aku tak sabar nak balik Malaysia... akan ku manfaatkan air di rumahku di Malaysiaaaa.. Hahahaha...
Patutnya semalam result osce keluar. tapi sebab cuti, so no result. Tapi hari ni pon still takde... Ahhh.. Ukrida ukrida...
Semoga exam kami tidak dipindah-pindahkan tarikh... Mau pulang cepat dong!
No comments:
Post a Comment