Followers

Before you read my posts, please forgive me for my bad grammar. And inconsistent pronoun, for sometimes I use "aku" and sometimes I use "saya", it depends on my mood and the post. Some of them are in English and some in Malay language. And the pictures in this blog mostly from google images. Btw, thanks for stopping by here.

2010-11-29

Kamu Yang Memiliki Hatiku

yang ku inginkan adalah kamu
yang ku dambakan adalah kamu
kamu kamu dan kamu
hanya kamu sehingga akhirnya


hari-hariku bertemankan gambarmu
minit-minitku cuma dengan kenanganmu
tidak mungkin aku lupuskan kamu
dari ingatanku setiap saat


oh kamu
mengapa di pisah laut luas
mengapa di jarak beribu batu
tidak tertahan lagi rindu ini
ingin saja ku terbang bebas


kamu yang bernama cinta
kamu yang digelar rindu
kamu si pencuri hati
oh kekallah kamu di sana
-Anna

p/s ::: ngarut je pagi-pagi. hehe....sorry

2010-11-28

Musim Cuti Sekolah = Musim Masjid Dibina

Cuti sekolah dah seminggu bermula.
Budak-budak tingkatan lima sibuk dengan SPM.
Pelajar lain gembira tak terkata tak payah sekolah.
Tak payah ada kerja rumah.
Tak payah dengar cikgu membebel-bebel.
Tak payah datang aktiviti kat sekolah.

Bukan takat sekolah rendah dan menengah je.
Banyak universiti dan kolej dah mula cuti.
Tadika pun sama. [hehe]
Aish. Lambat pulak universiti aku ni nak cuti.

Ha. dah macam satu tradisi turun temurun.
Bila cuti je. Kahwin.
Bila cuti je. Kenduri.
BIla cuti je. Tunang.
Memanglah kan. Takkan nak buat majlis masa orang sekolah.
Bosan gak kalau yang datang cuma orang tua yang hanya lepak-lepak kat rumah.
Ada anak-anak kecil dan besar baru meriah.
Sana sini khemah didirikan.
Macam-macam warna pelamin dibina.
Berjuta-juta kad kahwin diedarkan.
Untung butik dan kedai kad masa ini.
Tukang make-up pun tak cukup tangan.

Nasib aku bukan kat Malaysia.
Aku bukan tak suka pergi kenduri.
Kalau ibu aku bagi aku pergi pakai t-shirt atau apa-apa selain baju kurung, aku on je.
Ah. Bukan rimas. Tapi mudah dan pantas. Haha.
Lagi satu. Mana-mana kenduri juadah hampir sama je.
Cuba la buat ayam golek ke.
Western ke. Ikan bakar ke.
Baru lah semangat aku nak makan.
Ha. Aku paling suka kenduri yang bagi telur sebagai ole-ole.
Siap mintak-mintak lagi dari ahli famili yang lain,
Buat koleksi telur. Telur sedap. Sebab tu pipi naik macam telur.

Umur makin meningkat.
Aku tunggu kad jemputan dari kawan-kawan aku pulak.
Kalau kenduri masa aku free, aku akan balik ke Malaysia.
Ye lah, Walaupun aku banyak kawan [banyak ke], Mestilah diorang kawin sekali seumur hidup.
Tak tau la pulak kalau ada yang nak pasang empat. Satu ke dua ke tiga ke empat ke, hadiah sekali je erk.
Kawan-kawan aku semua dah ada calon.
Apa lagi, Cepat-cepatlah bina masjid.
Jangan lupa jemput aku. hehe. Aku nak tempat VIP tau. Cop nak duduk tengah-tengah pengantin. 
Kacau daun sungguh aku kan.


p/s ::: aish.. bila la giliran aku pulak ni.

2010-11-27

Pentingkah Mengira Berapa Lama Hubungan itu.

Hanya sekadar angka! ya, hanya sekadar angka dan nombor. tidak lebih dari itu.
Tak kisahlah hubungan persahabatan atau pencintaan, angka itu tidak memberi apa-apa makna.
Mahu bangga dengan angka yang besar, konon dah bercinta 5 tahun, konon nak bagi orang iri hati sebab konon-konon mereka dapat bertahan lama.
Mahu megah dengan persahabatan dari kecil, konon mampu bertahan sehingga kini, konon-konon berkawan sampai akhir hayat.
Persetankan semua itu. Hanya hipokrit semata-mata. Hanya lakonan manusia cuma. 
Berertikah angka itu jika dalam hati sang sahabat membenci sahabatnya dalam diam-diam.

Bermaknakah nombor itu jika cinta sang kekasih makin pudar dari hari ke hari.
Bergunakah menghitung setiap detik jika sang teman tidak mampu mengingati setiap kenangan bersama.
         Tidak mampu bertanya khabar walau cuma seminit. 
Kalaupun di pisah lautan, sang teman berada di timur sedangkan sang sahabat berada di utara, ke mana pergi semangat persahabatan itu. 
Tanya khabar pun tidak nampak bayang-bayang, inikan pula mahu mengharap ucapan sang sahabat pada hari-hari istimewa sang teman.
Layakkah digelar sahabat setia, kekasih setia jika tidak mampu pertahankan bunga-bunga pencintaan dalam hubungan.
Hanya seminit cuma. Seminit. 
Tidak mungkin seminit itu menghancurkan masa depanmu, wahai sahabat.
Tidak mungkin hanya seminit akan menyebabkanmu pokai sehingga hujung bulan, wahai kekasih.
Tidak mungkin. Memang tidak mungkin. 
Bohonglah kamu jika alasan menghantar mesej itu terlalu mahal.
Bukankah teknologi itu dibina untuk kemudahan manusia.
Atau kamu bukan manusia.
Mungkin jua kamu terlalu tolol dalam dunia teknologi.
Mana mungkin menghantar email pun tidak mampu.
Mana mungkin menegur di messenger pun tidak boleh.
Sahabat. Kekasih.
Teruskanlah sikapmu seperti ini.
Dan akhirnya nanti si teman dan si pencinta akan berlalu jua dari hatimu.
Hiduplah kamu dalam sesal yang tidak ada sudahnya.
Kerana setiap kenangan itu sangat berbeza untuk setiap perhubungan.
-Anna.

p/s ::: mari kita hargai sahabat dan teman kita!!!

2010-11-24

Masih Tidak Serik

Tatkala hati dikecewa
Janji dihempas sia-sia
Perasaan dirobek sekelip mata
Air mata turut mengalir
Mengalir deras, sederas aliran darah
Buat seketika, sang pencinta sunyi tanpa suara
Pilu tanpa cinta


Hanya seketika cuma
Masih tidak mengenal erti serik
Tiada perkataan lelah dalam kamus hidupnya
Akibatnya, kembali lagi ke situasi sama
Bahagia yang menerjah cuma sedetik
Hingga akhirnya dikecewakan lagi
Sampai ke sudah masih sama


Tidak penatkah sang pencinta?


-Anna.


Gambar tiada kaitan dengan siapa pun di dunia ini. haha!!! maaf  ya manusia yang jadi model  tak berbayar

2010-11-23

My Day Always With Book

Ada Band - Surga Cinta

Salam!!!

hehe. sorry, terlebih excited pulak hari ni. korang ada tak tengok cerita asmara kat tv3. well, untuk orang macam aku, terpaksa la tengok online dan sehari selepas cerita ni ditayangkan. tapi tak pernah miss tau!! nasib baik ada geng yang gila fanatik la kot dengan cerita ini. kan ejah kan. dan, dalam cerita ini ada empat lagu yang diputarkan sepanjang cerita ini. dan lagu Surga Cinta dari Ada Band ni, jadi feveret kami berdua [aku dan si ejah ni].

Sangat best bila ada geng nak melalak sama-sama. dulu waktu kat MRSm pernah jugak menyanyi melalak dalam bilik dengan geng-geng sekalian tapi tak boleh selalu. sebab kiri kanan depan belakang atas bawah semuanya jenis kuat study. tak kan nak kacau orang study kan, tak molek namanya.

hah. bukannya nak kata suara kami sedap, memang tak sedap pun. kalau buat pertandingan dengan katak puru, aku boleh la menang tapi ejah kalah la. haha. tikus tengah melintas depan rumah pun terkejut dengar suara ejah. hahaha....

dah dah. cakap banyak tak guna. jom jom dengar lagu ni!!!!


Video from Youtube :::
 


Lirik :::

Terdiam... hanya bisa diam 
dingin menyerang... di sekujur tubuhku 

Layangkan mata menembus cahaya putih kilaunya 
Meneduhkan lamunan 

Masih jelas terlihat, pesona ayumu 
Masih jelas terasa, getar dawai jiwamu aahhh... 

C/O :::Inikah surga cinta yang banyak orang pertanyakan 
Atau hanya mimpi yang tiada pernah berakhir jua 

Perlahan bawa semua tanya 
Satu bersama... langkah di taman ini 

Terangkai bunga tanda cinta murni adanya 
Tapi kekasih pun tiada muncul hapus rinduku aahhh... 


Ulang C/O

Di mana aku sedang berada mengapa sendiri 
Lari telanjang tanpa seorangpun yang akan mempeduli 


Ulang C/O

Terbanglah cinta sampaikan sayangku hanya bagi dia 
Hanya rasa sepi meratapi malam tanpa dirinya




p/s ::: ejah, nanti habis integrasi 1 aku datang melalak lagi kat rumah ko tau!!! haha....

2010-11-22

Special Entry for My Lil Love


starting from today if i'm not mistaken, the SPM examination will be starting. and my sweet lil bro is one of the  2010's candidates. and I make this post, special for him, yes for you my little bro although we always fought for nothing, just like cat and dog.


Ya Allah
Aku mohon pada Mu agar terangkan hati Muhammad Hazwan bin Harun. permudahkanlah Muhammad Hazwan bin Harun untuk menjawab setiap soalan peperiksaan dengan yakin dan mudah.

Ya Allah
berikanlah ketenangan kepada Muhammad Hazwan bin Harun setiap saat. janganlah wujud perasaan gementar dalam hati beliau sehingga mengganggu proses pemikirannya. 

Ya Allah
jauhkanlah perkara-perkara yang akan membuat beliau terganggu. jauhkanlah rasa tertekan dan stress sepanjang peperiksaan berlangsung. 

Ya Allah
bantulah Muhammad Hazwan bin Harun untuk mendapat keputusan yang cemerlang, sesuai dengan usaha yang beliau lakukan sepanjang 17 tahun hiup sebagai hamba Mu. berikanlah kejayaan yang selayaknya buat beliau.

Ya Allah
bimbinglah Muhammad Hazwan bin Harun untuk mencapai cita-citanya suatu hari kelak. berikanlah beliau peluang untuk menyambung pelajaran di universiti atau kolej yang sesuai dan aman dan tenang. kerana kami sekeluarga amat menyayangi beliau sepenuh hati kami.

Ya Allah
jadikanlah Muhammad Hazwan bin Harun seorang hamba Mu yang soleh, seorang anak yang baik dan patuh buat ibu dan ayah aku, seorang adik yang dapat membimbing abang dan kedua kakaknya, seorang pelajar yang cemerlang, seorang sahabat yang dipercayai, seorang masyarakat yang berguna.

hanya kepada Mu tempat aku meminta, tiada yang lain, Ya Allah yang maha Esa. perkenankanlah doa hamba Mu yang mengharapkan keredhaan hidup dari Mu. amin.



Dear my lil bro, I know you can do well, very well and much more better than your big bro and sisters. Remember, no matter how many A's you get at the end, we never disappointed with you because we know, you already do the best for yourself. Not the quantity that being important, but the quality of your result. Although we always far from each other since 8 years ago and rarely seeing each other except when we having a long semester break, but my love for you never washed away. Do your best bro. Gambatte!!!!


" dont be afraid for you already know as you always remind me, Allah always be there for us and help us!"




p/s ::: good luck too for all SPM 2010's candidates


p/ss ::: rindu zaman SPM 2007.haha.......banyak main dari belajar~~

We cant continue this friendship anymore. Sorry!


To my dear friend,

I really thanked you for being my sincerely friend for 6 years
We created too much memories, sweet and sour
Each time I get trouble, you help me
Each time you get problems, me will help you

Friend,
I dont think this blog's space is enough
To list each and every moments we do together
Too much to list, but yet not too easy to forget

You always advise me
About everything in this world
Love, life, money, study
I cant be me today if you are not hold me for six years

But lately
You've changed, really turn into another person
You act like you dont know me
You dont smile to me anymore
You dont hold me anymore


I'm sorry
For i know it is my fault
Disappointed your heart

I'm sorry friend
Really meant it
But we need to find our own life
For you know, my heart is someone's
Sorry...........

Source
p/s ::: Only for you, if you read this! I know you will read this. Really sorry......... 

2010-11-21

Charice Album!


yeah. i bought it! special for my beloved sister!!!!

kisah 10 tahun dahulu

Teguranmu memulakan segalanya
Dari sebuah persahabatan
Terjalin hubungan erat
Kau mencurahkan cintamu
Aku juga begitu
Kasih sayang dikongsi bersama
Gelak tawa dibahagi dua
Kesusahan ditanggung berdua

Cintamu menghangatkan diriku
Cintamu menghidupkan hidupku
Cintamu menyinari kegelapan aku
Di kala panas matahari, di kala dingin hujan
Kau setia di sisi

Tidak luput dari ingatanku
Tatkala awan mencurahkan isinya
Laut menghempas kemarahan ke pantai
Kau dan aku,
Kita berlari-lari mencari perteduhan
Kau, berkorban membiarkan dirimu kesejukan
Tapi kau tidak tegar melihat aku menggigil kepucatan

Tapi sayang
Itu kisah sepuluh tahun dahulu
Mungkin sahaja kau sudah memadamnya
Tetapi bukan aku
kini kau pergi jauh, jauh dari hidupku
Mengalir air mata aku, tidak lagi mampu ku menahan
Malam-malam aku, tidur bermimpikan kau
Hari-hariku dihantui bayangan kau
Sungguh, diri ini terlalu merindukan kau
Sukar untuk melupakanmu, dari setiap ruang hati aku

Janji kita, kau pijak kejam dengan kasut kegemaranmu hadiah di hari jadimu
Cinta kita, kau lempar ke gunung berapi mendidih
Hati aku, kau curi lantas lontar jauh ke lautan hindi
Pedih!!! pedih hati ini, tiada penawarnya...

p/s ::: tiada kaitan dengan hidup atau mati. harap maklum.


p/ss ::: kenapa slide Mikrobiology ni kecik sangat!!!

2010-11-16

Selamat Hari Raya Aidiladha

  • Selamat Hari Raya AidilAdha.
  • Sejuta kemaafan di pohon jika ada salah silap kepada yang mengenali diri ini dan juga tidak.
  • Semoga ukhwah ini tidak berhenti setakat ini.

p/s ::: ah,, apa aku tulis pun entah la
p/ss ::: besok kawan-kawan pergi makan daging korban kat kedutaan, aku pun makan gak tapi kat tempat special.... 

hati orang kita jaga, hati sendiri siapa nak jaga

aku tau, seringkali manusia mengalami keadaan seperti ini. manusia berusaha bersungguh-sungguh untuk menjaga hati individu lain termasuklah ibu ayah, keluarga, sahabat karib, kawan-kawan dan masyarakat sekeliling. setiap tingkah laku manusia itu perlu dijaga agar tidak mengusik perasaan individu lain. kan setiap manusia itu diciptakan berlainan. sifat yang berbeza. perangai yang berbeza. perasaan juga berbeza. kadangkala pernah juga diri ini merasakan terlalu penat untuk menjaga hati dan perasaan manusia lain. namun, hidup berkongsi di muka bumi yang diciptakan oleh Allah Yang Maha Esa sangat memerlukan kesabaran dan pengorbanan. bukankah melihat sesuatu perkara itu dari sudut positif lebih baik dan enak?


2010-11-13

bersungguh-sungguhlah kita menghindari hasutan syaitan.

di copy paste dari Layar minda's note :::


Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... ..
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .....

2010-11-12

ble exm nk dtg..perkara ape perlu buat...

belajar sungguh sungguh, jangan lupa solat hajat, doa banyak banyak. tidur kena cukup. last sekali, tawakal!!!

Ask me anything, i will answer it sincerely!

2010-11-11

hidup ini perlu cari redha Yang Maha Esa

" buatlah apa yang Allah suka walaupun benda tu orang lain tak suka,,, tapi jangan buat apa yang Allah tak suka walaupun semua orang dalam dunia ni suka benda tu.... hidup bergantung pada redha Allah....amin.."

2010-11-10

Hijjaz - Rasulullah

source

when i playback some old songs from my media player, this great song come out. yeah, i love this song since primary school, no doubt bout it. i still remember, me and my friends always use this songs when we performed nasyid at our school. really nice and calm-heart-maker-song. opsss.... dont only hear this song but listen carefully to the message in this song okay.

2010-11-07

Nick Jonas - introducing me

Salam...

hey people. have u watch camp rock 2 : the final jam??? i had last semester holiday. credit to my brother because download it. i really love the first camp rock movie. and,,, i tell you, the second one is really fantastic and the songs are really good!!!! 5 star for this movie.

too many songs they sang in this movie. and this is one of them. Introducing me by Nick Jonas. to me, this song is like...... something natural and spontaneous, something that created without planning. haha. although i know they have created this song before the movie, maybe! 

2010-11-04

kata-kata 1

kita lahir di dunia ini dgn kehendak-Nya... dan bila tiba masanya... kita akan kembali kepada-Nya..sesungguhnya,kite telah berjanji dengan-Nya untuk menjadi sebaik-baik hamba di muka bumi nie....kadang kala..kite alpa dgn kesenangan di dunia tanpa menyedari akibat yg bakal kite terima di akhirat kelak..

2010-11-03

Lelaki, luruskanlah wanitamu....

JANGANLAH HIPOKRIT,SEMUA LELAKI PERLUKAN WANITA. TANPA WANITA HATI, PERASAAN DAN FIKIRAN LELAKI AKAN ROSAK. MEREKA MASIH MENCARI WALAUPUN ADA SEGALANYA... APA YG TIDAK ADA DI SYURGA SEHINGGA ADAM TETAP RINDUKAN HAWA???
PADA WANITALAH LELAKI MEMANGGIL IBU, ISTERI ATAUPUN PUTERI... DIJADIKAN WANITA DRPD TULANG RUSUK YG BENGKOK UNTUK DILURUSKAN OLEH LELAKI.. TAPI KALAU LELAKI SENDIRI TIDAK LURUS, MANA MUNGKIN KAYU YG BENGKOK MENGHASILKAN BAYANG YG LURUS...
WAHAI LELAKI...LURUSKAN WANITA DGN JLN YG DITUNJUKKAN OLEH ALLAH.. DIDIKLAH MEREKA DENGAN PANDUAN DARI-NYA... JGNLAH CUBA MENJINAKKAN MEREKA DGN HARTA KEKAYAAN DAN KESENANGAN KERNA MEREKA AKAN MENJADI SEMAKIN LIAR...
JANGANLAH MENGHIBURKAN MEREKA DGN KECANTIKAN KERNA NANTI MEREKA AKAN SEMAKIN DERITA.. YANG SEMENTARA ITU TIDAK DPT MENYELESAIKAN MASALAH..

2010-11-02

love 4

" aku mencintaimu kerana agamamu
jika hilang agamamu,
hilang juga cintaku...."