bukan aku mahu mengeluh, jauh sekali merungut. kadang-kadang aku rasakan hidup ini tidak adil dan memang, hidup tidak pernah adil. dulu, aku pernah post mengenai ketidakadilan dan ketidakpuasan terhadap adik aku. dan apa yang dikatakan oleh ibu aku sangat mengubah pandangan aku. well, mum's advice always have benefit. mana ada ibu yang sanggup bagi nasihat berbau jahat terhadap anaknya.
mungkin manusia rasa tidak adil apabila sering pelu menjaga hati dan perasaan orang tetapi insan lain senang-senang menyakitkan hati manusia itu. tapi dia hanya lihat sekadar itu. jauh dari semua itu, Allah sentiasa ada untuk menjaga hati dia. apabila perasaan sakit hati itu datang, mengadulah pada Allah kerana hanya Dia yang boleh mengubati perasaan setiap manusia. adil kan? Allah tidak pernah berat sebelah. siapa yang selalu mengingatiNya, Dia akan jaga insan tersebut dan sebaliknya.
kadang-kadang manusia tidak pernah sedar yang dia telah menyakiti perasaan insan lain. sering berlaku kan? manusia tidak sempurna. manusia bukan Tuhan. ingat itu, tanamkan dalam hati. sebagai seorang yang berilmu, pasti kita tahu membezakan yang mana benar dan yang mana tidak. apabila manusia melakukan sesuatu yang melampaui batas sehingga mengganggu perasaan insan lain, jangan menghina, jangan membuat dosa dengan mengutuk manusia itu. tegurlah cara yang baik bukan menengking. mungkin, suatu hari nanti dia akan berubah. dan perasaan kita tidak akan disakiti lagi, benar?
paling penting. kalau kita mahu orang lain jaga perasaan kita, kita perlu jaga perasaan orang lain. sungguh tidak adil jika kita mahu orang jaga hati kita tetapi kita sewenang-wenangnya melukakan perasaan orang. tidak adil bukan. siapa yang sukakan ketidakadilan? bahkan Allah juga mencintai orang yang bersikap adil seperti dalam firmanNya
"Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil."sekian.
p/s ::: blok baru yang sungguh padat. jadi mungkin akan selalu post pada waktu pagi oleh kerana tidak mempunyai masa di siang hari dan malam hari. insya-Allah
p/s ::: bersihkan hati dengan istighfar dan berdoa kepadaNya. sungguh, Al-Ghaffar itu merupakan salah satu dari nama Allah.
5 comments:
uuuuu. T_T
betul betul betul
terima kasih ana !! ^^
Sama-Sama Faiqah. hehe [x slh org kan]
pnat jge hati sume org..
psni xpayah susah2 jge hati org..
jge hati sndiri jek..
heh. itulah yg aku maksudkan dalam post ni... mane blh x jage hati orag. yang penting, hati kita tak terluka. pandai2 la buat mcm mane pun.heheee
dgrla ckp aku..tayah jge..hehe
Post a Comment