Hanya sekadar angka! ya, hanya sekadar angka dan nombor. tidak lebih dari itu.
Tak kisahlah hubungan persahabatan atau pencintaan, angka itu tidak memberi apa-apa makna.
Mahu bangga dengan angka yang besar, konon dah bercinta 5 tahun, konon nak bagi orang iri hati sebab konon-konon mereka dapat bertahan lama.
Mahu megah dengan persahabatan dari kecil, konon mampu bertahan sehingga kini, konon-konon berkawan sampai akhir hayat.
Persetankan semua itu. Hanya hipokrit semata-mata. Hanya lakonan manusia cuma.
Berertikah angka itu jika dalam hati sang sahabat membenci sahabatnya dalam diam-diam.
Bermaknakah nombor itu jika cinta sang kekasih makin pudar dari hari ke hari.
Bergunakah menghitung setiap detik jika sang teman tidak mampu mengingati setiap kenangan bersama.Tidak mampu bertanya khabar walau cuma seminit.
Kalaupun di pisah lautan, sang teman berada di timur sedangkan sang sahabat berada di utara, ke mana pergi semangat persahabatan itu.
Tanya khabar pun tidak nampak bayang-bayang, inikan pula mahu mengharap ucapan sang sahabat pada hari-hari istimewa sang teman.
Layakkah digelar sahabat setia, kekasih setia jika tidak mampu pertahankan bunga-bunga pencintaan dalam hubungan.
Hanya seminit cuma. Seminit.
Tidak mungkin seminit itu menghancurkan masa depanmu, wahai sahabat.
Tidak mungkin hanya seminit akan menyebabkanmu pokai sehingga hujung bulan, wahai kekasih.
Tidak mungkin. Memang tidak mungkin.
Bohonglah kamu jika alasan menghantar mesej itu terlalu mahal.
Bukankah teknologi itu dibina untuk kemudahan manusia.
Atau kamu bukan manusia.
Mungkin jua kamu terlalu tolol dalam dunia teknologi.
Mana mungkin menghantar email pun tidak mampu.
Mana mungkin menegur di messenger pun tidak boleh.
Sahabat. Kekasih.
Teruskanlah sikapmu seperti ini.
Dan akhirnya nanti si teman dan si pencinta akan berlalu jua dari hatimu.
Hiduplah kamu dalam sesal yang tidak ada sudahnya.
Kerana setiap kenangan itu sangat berbeza untuk setiap perhubungan.-Anna.
p/s ::: mari kita hargai sahabat dan teman kita!!!
9 comments:
mari !
masih masih dan masih berusaha ~
tq anna ^^
uiks.. awalnye baca... hehe..
ur welcome...
mari berusaha!!!
wahhh..ana mmg hebat kalau bab2 berpuisi nie ea....haha....sy syg sme kwn2 sy.....xelok benci2 ni..nnt ley wt hati skt...hihi
aaaaaa... miza sengal..hahaaaa
ouh,,sye sedey bce ini..huhu
sedey?? nangis tak??? hehehe....
dear dearie,
sangat penting mengira walaupun physically they are only numbers. bukankah semakin banyak angka semakin matang, which means semakin ingat, semakin menghargai, semakin lebih memahami dan menghargai and the end semakin sayang?
ooo.. pentinglah erk.. hehe... selalunye kualiti lagi penting dari kuantiti. =)
dear, isn't it better to have both? kuantiti yang berkualiti. Insya Allah nothing is impossible
Post a Comment