apa kau masih ingat
kenangan kita bersama
di taman itu, gelak tawa bersama
angin sayup menyejukkan cinta
awan mendung menceriakan suasana
apa kau masih ingat
kenangan kita di bukit itu
aku hampir terjatuh
dan kau menyambut cemas tanganku
mulutmu memarahi aku
dan aku tetap tersenyum
kerana aku tahu kau sayangkan aku
apa masih kekal di ingatanmu
saat di pantai itu
bermesra bersama
gitarmu dipetik
mendengdangkan lagu cinta untukku
deruan ombak menjadi musik latar
hingga air laut turut cemburu
burung-burung tidak leka memerhatikan kita
ya, aku tau kau tidak mungkin masih ingat
kerana kau
lebih disayangi oleh Yang Maha Esa
dan aku yang masih bernafas
akan meneruskan segala kenangan kita
sendirian
tetap setia dengan cinta itu
picture source :: kompasiana
No comments:
Post a Comment