Followers

Before you read my posts, please forgive me for my bad grammar. And inconsistent pronoun, for sometimes I use "aku" and sometimes I use "saya", it depends on my mood and the post. Some of them are in English and some in Malay language. And the pictures in this blog mostly from google images. Btw, thanks for stopping by here.

2015-03-10

Percutian ke Sabah - Hari Pertama


Pagi-pagi lagi dah siap-siap untuk ke KL Sentral. Sebab malas nak naik bas ke KL Sentral, so, kenalah tumpang my kakak untuk ke stesen Monorail Titiwangsa. Naik monorail direct ke KL Sentral, dah janji dengan another two friends untuk jumpa kat situ before pergi KLIA 2. Dari KL Sentral, kami bertiga naik bas yang berada di tingkat paling bawah KL Sentral. 

Kenapa tak naik KLIA transit? Ala, lebih kurang je. KLIA transit 30 minit, harga RM35. Kalau bas, 45 minit, harga RM10. See, nak jimat naiklah bas. 

Sampai di KLIA 2 lebih kurang jam 10.30 pagi. Flight jam 12.45 tengah hari. So setelah jumpa kawan-kawan yang lain, kami menuju kaunter drop baggage sebab dah check-in awal-awal kat rumah. After that, cari tempat makan untuk isi perut dulu sebelum terbang 2 jam setengah. 

Alhamdulillah, flight tak delay dan kami selamat sampai di Terminal 2 Lapangan Terbang Kota Kinabalu jam 3.15 petang. Dan abang driver, Abang Sufyan dah tunggu pun kat Airport. Kami terus naik kereta Exora untuk menuju ke destinasi pertama iaitu 1Borneo Hypermall. Menurut beliau, hypermall nilah mall paling besar kat Sabah. Besarlah jugak.

Sekitar jam 5.45 petang, kami bergerak menuju ke Tanjung Aru di Kota Kinabalu untuk mencari tempat makan malam dan untuk tengok Sunset. Tapi disebabkan jem, tak sempat sampai sebelum sunset. Bukan rezeki kami.

Banyak sangat kedai dengan pelbagai pilihan kat Tanjung Aru ni. Tapi kena berhati-hati dan pandai pilihlah. Mostly menu yang ada adalah seafood sebab berdekatan dengan pantai. Menu makan malam kami adalah ikan siakap tiga rasa, ikan bawal bakar, udang goreng tepung, sotong, kangkung dan kailan. Alhamdulillah, kenyang dan boleh tahanlah sedapnya.




Dalam perjalanan nak ke Tanjung Aru, dapatlah tengok Masjid Bandaraya, Likas tapi tak singgah sebab perut masing-masing dah lapar. Cantik sangat masjid ni, nampak macam terapung.

Masjid Bandaraya, Likas


Lepas makan malam, Abang Sufyan bawak kami ke Perdana Park, Tanjung Aru. Kat sini ada air pancut yang sangat sangat lawa dan kreatif. Ramai jugak yang melepak kat sini malam-malam. Bayaran parking RM 1/kereta (bukan kami yang bayarlah hehe). 





Masing-masing dah penat, so kami bergerak menuju ke Homestay. Lebih kurang 30 minit dari Kota Kinabalu.



Day 1 Expenses :

Transportation - RM 2.50 (monorail) + RM 10 (bus from KL Sentral to KLIA)
Lunch - RM 15
Dinner - average RM 20/person
Others (mineral water,etc) - RM 10

Total Day 1 : RM 47.50

*RM 522.50

Percutian ke Sabah - Flight ticket, Homestay and Kereta


Alhamdulillah, dapat jugak bercuti ke Sabah dengan kawan-kawan seUniversiti yang sekarang tengah menganggur tak kerja kerja lagi. Kami bertujuh pergi ke Sabah selama 4 hari 3 malam.

Sebelum menjejakkan kaki ke Sabah, perkara penting yang perlu diuruskan adalah

Tiket kapal terbang
Homestay
Kereta

Sebenarnya idea nak pergi ke Sabah ni muncul last year lagi, lepas dah habis belajar dan menunggu tarikh nak konvo. Kebetulan masa tengah tengok tengok tiket kapal terbang, eh, ada promo la pulak dekat AirAsia. Two ways dari KL ke KK hanya RM 200. Kira ok la tu kan. Tambah baggage sikit, jadilah RM 225 seorang.

Sebulan sebelum ke Sabah, barulah diri ni rajin nak mengGoogle pakej-pakej ke Sabah. Takkan la nak main terjah je ke Sabah before book hotel/homestay kan. Sebab kami bertujuh orang, so kami decide untuk duduk di Homestay, lagi jimat kot.

Nasib baik ayah ringan tulang membantu saya mencari pakej yang berpatutan. Setelah tawar-menawar, dapatlah harga RM 250/orang. Harga tu dah termasuk homestay, kereta, driver dan minyak.

Homestay yang kami duduk adalah di University Condo Apartment 2, Menggatal. Ada 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Ada dapur, boleh memasak. Disediakan juga peti ais, water heater, mesin basuh, aircond, kipas, iron. Hampir lengkap jugaklah homestay ni. Ada jugak swimming pool tapi tak sempat nak pergi sebab asyik balik lambat je setiap hari. Haha.


Basic Expenses :
Flight ticket two ways - RM 225
Homestay and Car - RM 250

Total : RM 475

Lagi tentang Sabah:
Percutian ke Sabah - Hari Pertama
Percutian ke Sabah - Hari Kedua
Percutian ke Sabah - Hari Ketiga
Percutian ke Sabah - Hari Ke Empat

2015-02-26

Kecil tapi berharga

Perempuan ni banyak perangai,

1. Yang suka menghabiskan duit laki
2. Yang tak kisah belanje pakwe guna duit sendiri
3. Yang jenis tak meminta barang
4. Yang jenis suka memberi

Tak kira la awek korang kategori mana, tolong ingat. Sediam diam perempuan, walaupun dia tak meminta, jauh di sudut hati seorang perempuan, teringin sangat ada pemberian or hadiah dari sang lelaki.

'Hadiah? Duit tu...' mesti laki selalu bagi alasan camtu.

Bila sebut hadiah, tak perlu tunggu bufday or anniversary, anytime boleh bagi.

Bila sebut hadiah, tak perlu mahal2 beratus2 hinggit, biar murah yang penting IKHLAS.

Tapi kalau dah bertahun tahun bercinta, satu benda pon tak pernah bagi kat sang perempuan, jangan lah marah kalau hati sang perempuan direbut orang lain.

Salah siapa tak nak faham hati perempuan kan. Hehe.

K bai.

2015-02-25

Rushing? No!

Being in a relationship, ops, was in a relationship, for several years, tought me few things.

One of them is, not to rush things.

Yeah, this is one of my mistakes, I always try to push things that I know will not happen as my wish.

I need to learn to be more patient. If that love belongs to me, it will one day. Patience is the key here.

As people said, kalau dah jodoh tak kemana, right?

And I'm waiting for the 'serious' signs...

2015-02-22

Alpa

Kadang manusia tertanya-tanya
Kenapa bahagia tak kunjung tiba
Kenapa senyuman tak pernah dikecapi

Sedangkan mereka lupa
Bahwa diri mereka semakin jauh dari Sang Pencipta.

-anna15

2015-02-18

Bodoh

Bodoh ke aku
Jika memaafkan dan memberi peluang lagi

Bodoh ke aku
Mempercayai insan yang mengkhianati kepercayaan aku

Bodoh ke aku
Pura-pura tersenyum sedangkan hati masih menangis

Bodoh ke aku
Terus setia sedangkan dia?

-anna15

2015-02-16

Jemu

Takkan setiap kali kantoi nak kene marah.

Manusia ada tahap kesabaran. The limit varies. Mungkin hari ini kau anggap benda ni perkara kecik. Kecik bagi kau, tak bermakna kecik bagi aku.

Mungkin hari ini hati ini masih dengan kau.
Tapi kalau kau terus uji kesabaran hati ini,
Mungkin kaki ini akan melangkah pergi, jauh.

Mungkin.
Try me.

#merapu pagi buta. #janganingatakubodoh

Eh ape ko ingat ni instagram ke nak berhashtag bagai. Nite. Haha

2015-02-10

My First Homemade Cake

Hai,,,

Bila jadi penganggur kebosanan ni, mulalah nak explore buat benda2 baru. Takkan nak keluar hari2 plak, pokai la aku. So, i decided to try to make a Cake,,, a cheesecake.

Resepi? Google je, senang. Bila google tu, cari 'resepi cheesecake mudah dan sedap' haha, nampak tak kemalasan di situ..

Actually dah beli barang2 bulan lepas lagi but tak sempat buat sebab busy dengan majlis graduation. So sebelum expired cheese block tu, better aku buat. Kang membazir plak.

Kali ni aku masak kek ni tanpa bantuan ibu or kakak aku. Haha, konon teror la tu.. cuak gak nak try. Takut tak menjadi.

Lepas dah siap je, punya la xsabar nak rasa sampai lupa nak sejukkan dulu kek tu. Keluar je dari oven, aku terus terbalikkan kek ke pinggan... hahaha,,, hancur sudah kek keju gue..  gelak kat diri sendiri. Gelojoh!

Bila bagi ibu rasa, ibu kata sedap tapi manis sikit la.. maybe terlebih susu kot.. takpe, at least ada usaha ☺

Next, rasa nak buat chocolate cake plak. InsyaAllah.