Okay, setelah berjalan-jalan di kawasan Kundasang dan jiran-jirannya, hari seterusnya kami akan menjejakkan kaki ke Pulau pulak. Penat semalam masih tak hilang lagi, tapi demi pulau, kami gagahkan diri untuk bangun dari tempat tidur.
Pulau Manukan, Kota Kinabalu
Kami terus pergi ke Jesselton Point Jetty, tak singgah breakfast pun. Masing-masing dah isi perut dengan Nescafe panas di homestay. Lagipun, Abang Sufyan ada belikan kami kuih-muih, sungguh baik hati cik abang sorang ni. Tenkiu...
Pintu Gerbang di Jesselton Point Jetty, KK |
Actually, tuan punya homestay ada tolong bookkan aktiviti kami pakej untuk Mangrove Tour ke 3 buah pulau dengan harga yang lebih murah berbanding jika kita terus tanya di kaunter-kaunter di Jetty tu. Tapi memandangkan kami nak kejar masa untuk pergi ke rumah terbalik petang nanti, so kami cadang untuk pergi ke satu buah pulau je, dan seperti di cadangkan oleh orang di kaunter tu, kami ambil boat ke Pulau Manukan, salah satu dari empat pulau yang femes di Kota Kinabalu ni.
Selain Pulau Manukan, terdapat juga Pulau Sapi, Pulau Sulug dan Pulau Gaya. Aktiviti yang kami pilih adalah snorkeling. So, kenalah sewa alat-alatnya kan. Atas bantuan tuan punya homestay, kami cuma perlu membayar harga RM 30.60/ orang. Harga tu dah termasuk boat fee ke Pulau Manukan dan sewa alat-alat Snorkeling. If tak nak Snorkeling, cuma bayar RM 20.60/orang. Boleh jugak sewa tikar dengan harga RM 10 tapi rasanya tak perlu kot sebab kat Pulau tu dah ada meja-meja untuk letak barang-barang. Melainkan korang nak baring-baring atas tikar ala-ala kat rumah sendiri.
Pulau Manukan |
First time ni try Banana Boat. |
Air laut kat Pulau ni memang jernih, boleh nampak ikan dari atas. Banyak sangat ikan cantik-cantik, batu karang pun banyak cantik. Tapi banyak jugak obor-obor, nasib baik yang kecik je. Kalau besar, habislah kalau kena sengat. Haha.Yang kecik tu pun, main lari-lari jugak bila dia datang dekat.
Prepare our self to snorkeling |
Air laut jernih dan cantik |
Sekitar jam 13.00, kami bertolak pulang ke Jesselton Point Jetty setelah siap-siap tukar baju. Perut pun dah lapar oii. Abang yang bawak driver tu pelik, kami lah group paling awal balik dari Pulau dalam sejarah dia bawak boat. Nak buat cam mane kan, masa tak cukup.
Sebelum ke rumah terbalik, kami singgah di Restoran Kak Nong di Harbour City, KK. One of recommended restaurant jugaklah. Yang femes kat sini is Nasi Ayam dia. Tapi aku tak makan pun nasi ayam, aku try nasi goreng ayam kalau tak salah. Harga pun tak la mahal sangat, berbaloi dengan servis dan makanan yang sedap!
Nasi Ayam Kak Nong, Harbour City |
Rumah Terbalik
Rumah Terbalik sign. Eh, gambar ni taknak rotate pulak. |
Next, after solat kami pergi ke Rumah Terbalik. Sampai pun dah petang sangat. Tiket masuk RM 10/orang. Actually, tak perlu lama-lama pun kat sini sebab takde apa sangat pun. Ada tour guide yang akan masuk dengan kita ke dalam Rumah Terbalik untuk memberi penerangan tentang sejarah rumah ni. Nak masuk rumah ni pun ada tiga syarat; tak boleh ambek gambar kat dalam rumah, tak boleh sentuh barang-barang kat dalam dan hanya berjalan atas karpet merah yang disediakan. Idea untuk buat rumah terbalik ni memang bagus. Lain dari yang lain. Kalau nak ambek gambar, boleh ambek gambar dari luar, dan di taman dan tandas terbalik yang disediakan di luar rumah. Ada jugak kereta terbalik, dekat dengan cafe dia.
Jambatan Tamparuli
Then, kami singgah di Jambatan Tamparuli. Actually, aku baca kat post bloggers lain, tak berbaloi pun pergi sini sebab bukan ada ape pun. Just jambatan je. Tapi sebab kami nak jumpa kawan Uni yang duduk dekat-dekat dengan Jambatan ni, so kami singgahlah kejap. Lepak minum jap, and as usual, ambek gambar-gambar.
Jambatan Tamparuli |
Us |
View Sungai dari atas Jambatan |
Petang tu, eh, malam tu (dah maghrib), kami pergi ke KK menggunakan jalan yang agak jauh dan tak banyak kereta. Aku dah pelik dah dengan jalan ni tapi malas nak bertanya kat abang driver. Ikut jalah, janji sampai. Abang driver ni pun malu-malu gak. Actually dia banyak tempat menarik nak bawak kami tapi dia macam malu nak suggestkan kat kami.
Rupanya dia nak bawak kami singgah makan malam kat kedai tepi jalan, daerah ape pun aku tak sure. Menu yang ada is Lokan bakar dan air Kelapa bakar. Ha, tau tak ape lokan tu? Ala-ala lala jugaklah tapi besar. Lokan dia sedap. tapi aku tak suka sangat air kelapa dia, rasa weird. Maybe tak kena dengan anak tekak aku. Lokan bakar dan kelapa total RM 30.
Lokan before masak. Selonggok RM 12 kalau tak salah |
Air Kelapa Bakar |
Lokan bakar, after. Really delicious. |
Signal Hill, Kota Kinabalu
Sebelum pergi ke Pasar Malam Sinsuran, kami singgah dulu di Signal Hill, tak jauh pun dari bandar KK. Dari sini, boleh nampak view Kota Kinabalu. Kalau petang, lagi cantik kot sebab boleh nampak air laut, dan boleh tengok sunset. Tapi sebab sampai lambat, kami terlepar lagi peluang nak tengok sunset kat KK ni. Takde kena bayar pun nak pergi sini.
View from Signal Hill. Tak cantik sangat sebab tak dapat nampak laut. |
Pasar Sinsuran, Kota Kinabalu
Then kami singgah di Pasar Sinsuran. Pasar ni macam pasar malam lah. Tapi banyak gerai untuk makan malam. And as usual, menu mostly seafood. Kami masih kenyang after makan lokan bakar tadi, so kami just bungkus kepak ayam bakar madu dan burger untuk makan di homestay. Dan sempat jugak beli Amplang, tambah stock.
Kat pasar ni, penjual dia kebanyakannya orang Filipina. Abang driver dah pesan awal-awal, jaga barang, jaga handbeg. Banyak kes curi kat sini. Tambah lagi, kami semua perempuan.
Masing-masing dah penat, lagipun nak kena kemas beg dah malam ni, so kami balik homestay dalam jam 10 malam. Sampai kat homestay, mata pulak tak mengantok. Lepak-lepak makan kepak ayam sambil berbincang tentang hospital mana nak pilih untuk latihan siswazah @ praktikal nanti.
Sleep sleep and sleep. Berakhir perjalanan hari ketiga kami.
Day 3 Expenses :
Pulau (snorkeling dan fee lain-lain) - RM 30.60 + RM 3
Banana boat - RM 25
Lunch - RM 15
Rumah Terbalik - RM 10
Others - RM 50
Total Day 3 : RM 133.60
*RM 785.30
Lagi tentang Sabah :
Percutian ke Sabah - Flight Ticket, Homestay dan Kereta
Percutian ke Sabah - Hari Pertama
Percutian ke Sabah - Hari Kedua
Percutian ke Sabah - Hari Ke Empat
2 comments:
bestnyaaaaaa :D nanti nak pegi jugak la KK! heee. cepat la habiskan hari yang keempat pulak anna! haha. semangat dok follow baca ttg percutian ke sabah korg ni. hee
Haha, ada jugak orang baca eyh.. kene tunggu mood la baru boleh update. lagipun 4th day dah xde aktiviti menarik
Post a Comment