So, pada hari kedua, kami masih bersemangat untuk berjalan-jalan ke destinasi seterusnya. Hari ini, kami akan menjelajah ke daerah Kundasang dan Ranau.
Pekan Nabalu, Kota Belud
Seawal 7.30 pagi, kami sudah bersiap sedia untuk bertolak. Kami hanya bersarapan roti Gardenia. Bujanglah katakan. Perjalanan dari homestay ke Destinasi pertama kami iaitu Pekan Nabalu di Kota Belud memakan masa lebih kurang setengah jam. Alhamdulillah, takde traffic jam macam kat KL. Cuma jalan ke Pekan Nabalu agak bengkang-bengkok dan menaiki bukit, so agak pening sikitlah. Sepanjang perjalanan, kami dapat menikmati pemandangan yang sangat indah; bukit-bukau, awan yang sangat cantik.
View dari dalam kereta, on the way to Pekan Nabalu. |
View Awan di Pekan Nabalu |
Souvenir.Memento.Ole-ole.Keepsake. |
Setelah selesai membeli, aktiviti wajib kami adalah bergambar di sini, dengan berlatar belakangkan bukit yang sangat cantik, SubhanAllah.
Kinabalu Park, Ranau - World Heritage Site
Destinasi kedua kami adalah Kinabalu Park atau Taman Kinabalu yang terletak 2 jam dari puncak Gunung Kinabalu. Di Taman Kinabalu ni, pelancong boleh berjalan kaki pada 'trail' yang disediakan sambil menikmati pemandangan tumbuhan dan hidupan liar. Taman ini juga merupakan tempat permulaan untuk mendaki Gunung Kinabalu.
Kami hanya melihat pemandangan dari dalam kereta (malas nak berjalan kaki) dan bergambar di bahagian luar Taman Kinabalu.
Friendship never ends.. |
Kundasang War Memorial
Sekitar jam 09.45 pagi, kami tiba di Kundasang. Destinasi seterusnya adalah Kundasang War Memorial. Harga tiket masuk adalah RM 2 seorang. This memorial is made up of Four Gardens which are Australian Garden, English Garden, Borneo Garden and Contemplation Garden. Dan ada jugak kolam panjang yang cantik. Bunga-bunga kat Gardens ni sangat cantik, view dari sini pun sangat cantik. Memang sesuai sangat kalau nak ambik gambar banyak-banyak. Waktu operasi Kundasang War Memorial ni adalah 8.30 pagi sampai 5.30 petang.
You can read the history here |
Desa Cattle Dairy Farm, Kundasang
Seterusnya, kami ke Ladang Lembu di Kundasang, tak jauh dari Kundasang War Memorial. Cuma, jalan ke sana, menaiki bukit yang agak landai sikit, dan jalannya agak tak selesa. Bayaran masuk adalah RM 4/orang. Antara aktiviti yang ada di sini adalah Calf feeding, Milking process dan Raw milk process tapi ada aktiviti ni hanya pada masa tertentu dan hari yang telah ditetapkan.
Masa melawat, Aktiviti dan Bayaran masuk. |
Di sini ada dijual pelbagai makanan dan minuman seperti aiskrim pelbagai rasa, sosej, waffle dan susu segar (kotak kecil 500 ml = RM 5). Ada juga dijual cenderahati seperti tshirt, keychain, fridge magnet dan poskad yang bertemakan Cattle Farm.
Chocolate-Vanilla ice cream = RM 5 |
Di Ladang ni jugak, boleh dijadikan tempat untuk Wedding Photography tapi kena bayarlah, sebab view kat sini pun cantik-cantik belaka. Hijauuuu sangat.
nampak tak lembu2 tu? |
Sinarut Baru Rafflesia Blooming, Ranau (klik utk lihat fb)
Mulanya, kami cadang nak pergi tengok bunga Rafflesia dekat Rafflesia Reserve Park tapi driver kami kata, tempat tu jauh. So setelah tanya Encik Google, rupanya ada jugak individu yang menyediakan khidmat untuk melihat bunga Rafflesia ni sepanjang jalan menuju ke Poring. Cuma perlu cari je banner-banner di sepanjang jalan. Dan alhamdulillah, tak sampai 10 minit perjalanan, kami jumpa satu tempat ni, Sinarut Baru Rafflesia Blooming. Sebelum masuk ke dalam, kami telefon dulu En. Johnny untuk memastikan terdapat bunga Rafflesia yang tengah kembang. Kalau tak kembang, rugi je la, takkan nak tengok anak dia je. Harga kena pandai-pandai tawar lah dengan pakcik ni.
pakcik Johnny |
Cantik kan bunga Rafflesia ni |
Tagal Sg Moroli Fish Spa, Kg Luanti, Ranau
Next, setelah penat mendaki, kami nak pergi merehatkan kaki ke dalam sungai di Fish Spa. Bayaran masuk adalah RM 5/orang dan makanan ikan boleh dibeli dengan harga RM 0.20/paket. Kat sini ada diberi tempoh masa selama 15 minit je. Tak boleh lama-lama. Tak tau kenapa...
Pakcik ni tengah demonstrate cara nak bagi ikan-ikan ni makan |
Percubaan pertama oleh Abang Sufyan, the driver. |
Sekitar jam 4 petang, barulah kami bertolak pulang ke Kota Kinabalu. Dalam perjalanan, kami singgah di gerai-gerai tepi jalan untuk membeli Snack. Yang paling sedap (yang selalu ayah aku belikan dari Sabah) adalah Amplang rasa sotong. Ada jugak jual buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-bunga yang cantik-cantik.
Sebenanrnya, waktu kami bertolak pulang tu kira dah lambat sebab kalau kat Sabah, pukul 6 dah mula gelap. Kami bergerak dari tempat Amplang ni pun dah pukul 5.45 petang. Dahlah jalan bengkak-bengkok, banyak lori, then dah takde cahaya matahari, takde lampu jalan, banyak kabus! Tawakal je la turun ke KK, nasib baik abang driver tu bawak dengan cermat.
Sampai KK dalam pukul 8 malam, terus pergi makan malam sebelum pulang ke homestay. Kami makan di Anjung Senja Waterfront Foodcourt (takde gambar, semua dah penat). Mostly menu di sini adalah seafood tapi ada jugak makanan panas lain.
Selesai Hari Kedua.
Day 2 Expenses :
Ole-ole di Pekan Nabalu - RM 13
Kundasang War Memorial Entrance Fee - RM 2
Desa Cattle Dairy Farm Entrance Fee - RM 4
Ice cream and Fresh Milk - RM 10
Lunch at KFC - RM 20
Rafflesia Fee - RM 15
Fish Spa Entrance fee and makanan ikan - RM 5.20
Snack - RM 30
Dinner at Anjung Senja Foodcourt - RM 20
Others - RM 10
Total Day 2 : RM 129.20
*RM 651.70
Lagi tentang Sabah :
No comments:
Post a Comment