Followers

Before you read my posts, please forgive me for my bad grammar. And inconsistent pronoun, for sometimes I use "aku" and sometimes I use "saya", it depends on my mood and the post. Some of them are in English and some in Malay language. And the pictures in this blog mostly from google images. Btw, thanks for stopping by here.

2015-03-26

Percutian ke Sabah - Hari Ke Empat

Next day is our last day in Sabah. Sedih ke? Sedih la jugak sebab lepas ni kena balik menghirup udara tercemar di KL tu. Dan takde dah tengok view cantik hari-hari macam kat KK ni.

Pagi kami bermula agak Kelam Kabut sikit. Sebab apa? Supposedly, the driver came to pick us up to go to the airport by 7.30 am. Two of us will go back to KL earlier than others because they already bought plane tickets departing at 10 am. Tapi bila jarum jam dah tunjuk jam 7.45 dan Abang Sufyan tu tak datang-datang lagi, masing-masing muka dah cuak. Kalau terlepas flite, giler nak beli tiket baru. So, aku try call En. Rizalman (tuan punya homestay aka our tour agent), dengan harapan dia ada la penyelesaiannya. Luckily, dia ada kawan yang bawak teksi, so dia call teksi suruh ambil dua kawan kami ni.

Tetiba, muncul dah kereta Exora yang bawak kami selama 3 hari di Sabah ni. Rupanya Abang Sufyan tu terlajak tidur, mesti sebab penat giler bawak kami ke sana sini, dari pagi buta sampai larut malam. Tak jadi nak marah sebab kesian dekat dia. So, I cancelled that taxi. Nasib baik jem kat KK ni tak separah dekat KL walaupun hari kerja.

Di Kota Kinabalu International Airport Terminal 1


Bila sampai Terminal 2 KKIA (Kota Kinabalu International Airport), ingatkan dah boleh lega bila dah turunkan beg kawan kami ni. Nasib baik tak gerak lagi. Rupanya salah Airport! Untuk korang yang nak pergi ke Sabah, keep in mind, Terminal 2 hanya untuk penerbangan AirAsia. Selain AirAsia, semuanya di Terminal 1. Pergh, apa lagi, pecutlah pergi ke Terminal 1. Nasib baik sempat nak check-in. Alhamdulillah.

After that, kami pergi mengisi perut dekat kedai makan area KK, bawah apartment ape ntah. I had Nasi Goreng again for my brunch. Maybe sebab rasa bersalah, kali ni Abang Sufyan tu yang bayar untuk makanan kami.

Di Anjung Senja Waterfront


Lepas makan, kami kena balik semula ke homestay untuk check-out sebab ada orang lain nak masuk. Selesai je check-out, kami lepak dekat tepi pantai dekat-dekat dengan Anjung Senja Waterfront sementara menunggu Abang Sufyan pergi solat Jumaat di Masjid Negeri Sabah.

Anjung Senja Waterfront

Thank to Abang Sufyan for taking this picture.
Suka Sangat gambar Candid macam ni.


Pasar Filipina, Kota Kinabalu
Lepas solat Jumaat, kami pergi ke Pasar Filipina untuk meneruskan pencarian ole-ole. Tak ramai sangat orang masa tu, maybe sebab bukan cuti sekolah. Agak panas jugak dalam pasar tu, sape tak tahan panas tu, bawaklah kipas tangan tu. Kat sini, banyak pilihan ole-ole dan boleh dikatakan setiap kedai tu jual barangan yang sama. So kena pandai pilih kedai dan kena pandai tawar-menawar harga.

Sini banyak jual Mutiara (gelang, butang baju melayu, rantai, cincin), ada mutiara dari air tawar dan air masin. Kalau nak cari keychain, fridge magnet, baju tshirt dewasa dan kanak-kanak pun boleh beli kat sini.

Kami tak lama kat sini sebab tak tahan sangat panas. Lepas tu kami pergi pulak ke shopping mall Centre Point untuk makan petang. Just jalan-jalan je kat sini, tak beli apa-apa pun. Tengok gelagat orang sabah.

Pantai Tanjung Aru, Sabah
Lepas solat, sebab dah pukul 5 petang, Abang Sufyan bawak kami pergi tengok Sunset! Yeay, akhirnya dapat jugak tengok Sunset kat KK ni before balik KL. Sebelum ke Pantai Tanjung Aru yang berdekatan dengan Terminal 2 KKIA, kami berhenti di satu tempat yang boleh tengok kapal terbang berlepas. First time experience jugak ni.

MAS flight in action


Then, kami menikmati pemandangan matahari terbenam di Tanjung Aru...

Sunset, Pantai Tanjung Aru
Panorama View


6.30 petang, kami sudah check-in di kaunter AirAsia di Terminal 2. Tiket kami jam 8.30 pm, so sempat solat dan duduk-duduk bluetooth gambar dari kawan-kawan. Penat sangat tapi happy dapat pergi banyak tempat baru. Dulu masa PLKN kat Papar, Sabah, tak sempat berjalan sangat pun.

Trip to Sabah → Tamat Sudah...Berakhir sudah percutian selama 4 hari 3 malam aku dan 6 orang kawan ke Sabah. Sorry kalau info yanng korang cari takde dalam post aku ni.

Aku nak ucapkan Terima Kasih banyak2 dekat kawan-kawan aku yang ikut trip kali ni. Next time, kita pergi tempat lain pulak okay. 

Terima Kasih jugak dekat En.Rizalman untuk pakej yang sangat berbaloi, tak terlalu mahal, sesuai sangatlah dengan kami para penganggur ni. Homestay pun sangat selesa. 

Terima Kasih banyak-banyak pada Abang Sufyan sebab melayan kerenah kami, yang selalu lama-lama dekat satu tempat tu, dan tq sebab jadi Tukang Ambek Gambar kami.
*Credit to my Friends, Alma, Akma, Nadia, Aliya, Wawa dan Anis untuk gambar-gambar*

Till Next time...
Day 4 Expenses :
Lunch - RM 10
Others - RM 40

Total Day 4 : RM 50

*RM 835.30
(kumpul duit punya la lama, habiskan duit, 4 hari pun boleh)

Lagi tentang Sabah :
Percutian ke Sabah - Flight Ticket, Homestay dan Kereta
Percutian ke Sabah - Hari Pertama
Percutian ke Sabah - Hari Kedua
Percutian ke Sabah - Hari Ketiga

4 comments:

Alma said...

Seriously kite habis dalam rm800++?? Hahahahahaha. Padan la balik2 aku rasa cam pokaiii je >.<

+aNa baNana+ said...

alma, tu sebab termasuk tiket flite n homestay.. kalau tolak due bende tu, tak la byk sgt. haha. byk habis kat makan :P

Unknown said...

Assalamualaikum..
kami akan MeRealisasikan percutian anda bila berkunjung ke sabah,
BORNEO KINABALU TOUR & TRANSPORT SDN. BHD

PAKEJ 3HARI 2MALAM
RM305/Pax Minimum 10 pax

01/ Hari Pertama (OVERNIGHT KUNDASANG)
1000 : Jemput di Lapangan Terbang KKIA Terminal 1/2
1030 : Melawat Rumah Terbalik (up side Down House) Tamparuli.
1130 : Melawat Pekan Nabalu
1230 : Melawat Ladang Lembu (Mini New Zealand).
1400 : Makan Tengah hari di Kundasang.
1600 : Check in Hotel/Homestay/Chalet (Kundasang)
1900 : Hantar untuk Makan Malam pekan kundasang.
*Tour Tamat*

02/Hari Kedua (TOUR KUNDASANG & RANAU)
0900 : Jemput dari Hotel/Homestay/Chalet
1000 : Melawat Ikan Spa.
1130 : Melawat Hot Spring, Canopy Walk & Air Terjun.
1600 : Melawat Jambatan Tamparuli.
1700 : Melawat Yayasan Sabah.
1730 : Melawat Masjid Bandaraya Kota kinabalu.
1800 : Melawat Signal Hills.
1830 : Melawat pasar kraftangan (Pilipino Market).
2000 : Check in Apartment Marina Kota kinabalu.
*Tour Tamat*

03/ Hari Ketiga (SAPI, MANUKAN ISLAND & AIPORT TRANSFER)
0830 : Check Out dari Apartment Marina ke Jeti Jesselton Point.
0900 : Menaiki bot ke pulau Sapi (aktiviti pantai & snorkelling).
1200 : Makan tengah Hari BBQ yang disediakan.
1245 : Menaiki bot ke pulau Manukan (aktiviti pantai & Snorkelling)
1500 : Menaiki Bot ke jeti Jesselton Point.
1530 : Jemput dari jeti Jesselton Point & Melawat Tanjung aru Beach.
1700 : Transfer ke Airport KKIA T1/2
*Tour Tamat*

Pakej ini Termasuk :
1). Pengangkutan Selama 3Hari 2Malam
Van Pelancongan @ Taxi Limousine
Pemandu
Minyak
Muatan Maksimum 10 Dewasa
2). Penginapan Homestay Kundasang & Marina Apartment Kota Kinabalu
May Homestay Kundasang (1Night)
Marina Apartment Kota kinablu (1Night)
3). Tiket-Tiket Masuk tempat lawatan
Rumah Terbalik (up side down house)
Ladang Lembu
Hot Spring
Ikan Spa
4). Pulau Sapi & Manukan
Tiket pulau Sapi
Tiket pulau Manukan
Insurance
Bot
Jaket Keselamatan
Maks Snorkelling
Makan Tengah Hari BBQ di Pulau Sapi.
*UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI ROSLAN DI TALIAN 0168392919 (WHATSAPP)*

cehee said...

Salam,

Menyediakan perkhidmatan kereta sewa Axia Auto Rm100/sehari. Call/watsapp 012 83 00001 untuk tempahan.