Followers

Before you read my posts, please forgive me for my bad grammar. And inconsistent pronoun, for sometimes I use "aku" and sometimes I use "saya", it depends on my mood and the post. Some of them are in English and some in Malay language. And the pictures in this blog mostly from google images. Btw, thanks for stopping by here.

2015-03-10

Percutian ke Sabah - Hari Pertama


Pagi-pagi lagi dah siap-siap untuk ke KL Sentral. Sebab malas nak naik bas ke KL Sentral, so, kenalah tumpang my kakak untuk ke stesen Monorail Titiwangsa. Naik monorail direct ke KL Sentral, dah janji dengan another two friends untuk jumpa kat situ before pergi KLIA 2. Dari KL Sentral, kami bertiga naik bas yang berada di tingkat paling bawah KL Sentral. 

Kenapa tak naik KLIA transit? Ala, lebih kurang je. KLIA transit 30 minit, harga RM35. Kalau bas, 45 minit, harga RM10. See, nak jimat naiklah bas. 

Sampai di KLIA 2 lebih kurang jam 10.30 pagi. Flight jam 12.45 tengah hari. So setelah jumpa kawan-kawan yang lain, kami menuju kaunter drop baggage sebab dah check-in awal-awal kat rumah. After that, cari tempat makan untuk isi perut dulu sebelum terbang 2 jam setengah. 

Alhamdulillah, flight tak delay dan kami selamat sampai di Terminal 2 Lapangan Terbang Kota Kinabalu jam 3.15 petang. Dan abang driver, Abang Sufyan dah tunggu pun kat Airport. Kami terus naik kereta Exora untuk menuju ke destinasi pertama iaitu 1Borneo Hypermall. Menurut beliau, hypermall nilah mall paling besar kat Sabah. Besarlah jugak.

Sekitar jam 5.45 petang, kami bergerak menuju ke Tanjung Aru di Kota Kinabalu untuk mencari tempat makan malam dan untuk tengok Sunset. Tapi disebabkan jem, tak sempat sampai sebelum sunset. Bukan rezeki kami.

Banyak sangat kedai dengan pelbagai pilihan kat Tanjung Aru ni. Tapi kena berhati-hati dan pandai pilihlah. Mostly menu yang ada adalah seafood sebab berdekatan dengan pantai. Menu makan malam kami adalah ikan siakap tiga rasa, ikan bawal bakar, udang goreng tepung, sotong, kangkung dan kailan. Alhamdulillah, kenyang dan boleh tahanlah sedapnya.




Dalam perjalanan nak ke Tanjung Aru, dapatlah tengok Masjid Bandaraya, Likas tapi tak singgah sebab perut masing-masing dah lapar. Cantik sangat masjid ni, nampak macam terapung.

Masjid Bandaraya, Likas


Lepas makan malam, Abang Sufyan bawak kami ke Perdana Park, Tanjung Aru. Kat sini ada air pancut yang sangat sangat lawa dan kreatif. Ramai jugak yang melepak kat sini malam-malam. Bayaran parking RM 1/kereta (bukan kami yang bayarlah hehe). 





Masing-masing dah penat, so kami bergerak menuju ke Homestay. Lebih kurang 30 minit dari Kota Kinabalu.



Day 1 Expenses :

Transportation - RM 2.50 (monorail) + RM 10 (bus from KL Sentral to KLIA)
Lunch - RM 15
Dinner - average RM 20/person
Others (mineral water,etc) - RM 10

Total Day 1 : RM 47.50

*RM 522.50

1 comment:

Unknown said...

Assalamualaiku..
kami akan MeRealisasikan percutian anda bila berkunjung ke sabah,
Syarikat SUHAZRINAH ENTERPRISE SDN.BHD adalah syarikat ‘Taxi Limousine’ yang beropersi sejak 5 Tahun yang lalu, mempunyai pengalaman yang mendalam tentang tempat-tempat yang menarik di sabah.
Kami menjemput anda ke sabah untuk bercuti dengan kadar Harga yang rendah dan berpatutan,
sila hubungi kami untuk mendapatkan pakej yang lengkap.
+6016 8392919 (whatsApp, wechat, Telegram & Kakao Talk)
email: taxisabahlimo.com
http//:www.taxisabah.com