Followers

Me

My photo
Saya Ummi Ana, Pengedah Sah Shaklee No ID 1210215. Jemput like page saya di facebook dan instagram. Sebarang pertanyaan bolehlah Whatsapp 01124121834 atau email hazliana.nurul@yahoo.com Terima kasih singgah di blog saya.
Before you read my posts, please forgive me for my bad grammar. And inconsistent pronoun, for sometimes I use "aku" and sometimes I use "saya", it depends on my mood and the post. Some of them are in English and some in Malay language. And the pictures in this blog mostly from google images. Btw, thanks for stopping by here.

2015-03-10

Percutian ke Sabah - Flight ticket, Homestay and Kereta


Alhamdulillah, dapat jugak bercuti ke Sabah dengan kawan-kawan seUniversiti yang sekarang tengah menganggur tak kerja kerja lagi. Kami bertujuh pergi ke Sabah selama 4 hari 3 malam.

Sebelum menjejakkan kaki ke Sabah, perkara penting yang perlu diuruskan adalah

Tiket kapal terbang
Homestay
Kereta

Sebenarnya idea nak pergi ke Sabah ni muncul last year lagi, lepas dah habis belajar dan menunggu tarikh nak konvo. Kebetulan masa tengah tengok tengok tiket kapal terbang, eh, ada promo la pulak dekat AirAsia. Two ways dari KL ke KK hanya RM 200. Kira ok la tu kan. Tambah baggage sikit, jadilah RM 225 seorang.

Sebulan sebelum ke Sabah, barulah diri ni rajin nak mengGoogle pakej-pakej ke Sabah. Takkan la nak main terjah je ke Sabah before book hotel/homestay kan. Sebab kami bertujuh orang, so kami decide untuk duduk di Homestay, lagi jimat kot.

Nasib baik ayah ringan tulang membantu saya mencari pakej yang berpatutan. Setelah tawar-menawar, dapatlah harga RM 250/orang. Harga tu dah termasuk homestay, kereta, driver dan minyak.

Homestay yang kami duduk adalah di University Condo Apartment 2, Menggatal. Ada 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Ada dapur, boleh memasak. Disediakan juga peti ais, water heater, mesin basuh, aircond, kipas, iron. Hampir lengkap jugaklah homestay ni. Ada jugak swimming pool tapi tak sempat nak pergi sebab asyik balik lambat je setiap hari. Haha.


Basic Expenses :
Flight ticket two ways - RM 225
Homestay and Car - RM 250

Total : RM 475

Lagi tentang Sabah:
Percutian ke Sabah - Hari Pertama
Percutian ke Sabah - Hari Kedua
Percutian ke Sabah - Hari Ketiga
Percutian ke Sabah - Hari Ke Empat

1 comment:

Anonymous said...

Boleh bagi contact number driver di Kota Kinabalu ? mail ke kl_ct@yahoo.com
Thanks