Followers

Before you read my posts, please forgive me for my bad grammar. And inconsistent pronoun, for sometimes I use "aku" and sometimes I use "saya", it depends on my mood and the post. Some of them are in English and some in Malay language. And the pictures in this blog mostly from google images. Btw, thanks for stopping by here.

2011-01-31

Ujian hidup

Hanya doa yang mampu aku hulurkan
Hanya kerisauan yang mampu aku berikan

Sabarlah wahai teman seislam dan senegara
Ini sebuah ujian buat kamu dan kami

Tak dapat aku bayangkan jika aku berada pada situasi kamu
Setiap minit hidup dalam ketakutan
Namun tanamkan dalam diri
Takut itu hanya pada Allah

Semoga saja insan yang bertanggungjawab akan cepat mengambil tindakan.
Please be safe, my friends.
Allah always with you.

2011-01-30

Home-sick.

Cita-cita. Ingat lagi dulu masa sekolah rendah, kena isi kad warna biru, ada tiga ruang untuk tiga cita-cita. Dan sepanjang enam tahun bersekolah di sekolah rendah, cita-cita itu akan berubah-ubah setiap tahun. Berakhir UPSR, jejakkan kaki ke sekolah asrama. Cikgu kat sekolah dah tekankan untuk pelajar mencari cita-cita yang sesuai. Bagi aku, aku minat dunia nombor, dunia kira-kira. Bukan main nombor ekor tau. Bab hafal-hafal ni, aku kureng sikit. Tengok je markah kertas sejarah aku. Jarang nak dapat A. 


Besar panjang pun still peluk Mr. Teddy =)



Niat hati nak capai cita-cita untuk jadi salah seorang ahli dalam dunia angka. Tapi, harapan ibu dan ayah untuk aku jadi doktor, susah nak hampakan. Bukannya tak suka langsung, ada juga niat nak jadi doktor. Tapi minat tu tak tinggi mana. Kadang-kadang, kita kena lepaskan apa yang kita impikan untuk orang lain. Tak kisah lah jadi apa pun, yang penting sumber tu halal. Terima kasih kepada ibu dan ayah yang mendorong diri untuk memasuki bidang perubatan. Tak sedikit pun rasa menyesal dengan keputusan ni. 


Bagi aku, keputusan ibu dan ayah penting dalam hidup ni. Well, maybe i can't live independently yet. Tapi aku suka cara macam ni. Sebab aku yakin dengan keputusan ibu dan ayah aku. Diorang yang paling faham aku daripada orang sekeliling.


Ah, inilah hasil kalau terlalu home-sick. Tak sabar nak balik cuti semester. Lagi 3 minggu, yeah!

p/s ::: Lately feel very tired and dont have any energy to update blog.

2011-01-27

Mimpi.

Mimpi. Mimpi itu datang. Hampir setiap malam ia menjengah malamku. Tak mampu mnegusir. Tak mampu menghalang. Hanya dapat menonton. Tanpa berbuat apa-apa. Sehingga minda kembali ke dunia nyata, terkakulah aku dalam mainan tidur itu. Setiap kali ia hadir, setiap kali itu jugalah peristiwa yang sama terjadi. Watak yang sama. Latar belakang yang sama. Jalan cerita yang sama. Kadang terlalu hiperbola. Kadang terlalu sinonim dengan hidup realiti.


Source




Ah, hanya sekadar mimpi bukan. Tidak mungkin terjadi di dunia nyata. Cuma aku harap. Ia akan penat datang padaku dan pergi jauh dariku suatu hari kelak. Kerana aku tidak mahu mengharapkan sesuatu yang hanya ilusi. Tidak mahu realiti bercampur aduk dengan bayangan. Resah juga setiap malam. Mahu lena atau tidak. Memejam mata bererti aku akan ketemu watak yang sama, menbina sebuah harapan yang akhirnya runtuh ketika mata terbuka. Jika kafein menjalankan kerja menghalang otot mata dari relaksasi, aku tidak akan ketemu watak itu dan akan terasa kosong sepanjang hari. Kerana ia telah menjadi sebahagian dari hari ku.

p/s ::: Ngarut, ngarut, ngarut. Ada exam skill lab ari ni. semoga dapat lakukan dengan terbaik.


p/ss ::: ^_-

2011-01-25

you never know.


Don't worry when you can't get what you want today
Because tomorrow always have another chance

Don't worry if you feel disappointed today
Because tomorrow always have happiness

Don't worry when people ignore you today
Because tomorrow you always can find another friends

Source ::: Here


Don't worry if you get sick today
Because tomorrow always have the cure

But please worry, if you do something wrong today
And still don't ask for forgiveness
Either to people around you or to Allah Maha Besar
Because tomorrow, you never know if you still can breathe the air
-©Anna

p/s ::: uuu. today's morning got Pharmacology examination, best of luck to me and friends.

p/ss ::: Why i still can't close my eyes, keep trying but urghhhh.

2011-01-23

really, bored.



Really, i miss you. miss the old you. miss the moment we shared. miss the way you stare at me. miss the look of you every morning you wake up. miss the smile on your face. miss our almost everyday fight for nothing. miss to see you crying. 

.My Copyright.

For i know. now i lost everything. a big mistake in my life. letting you go, without trying to hold you. letting you walk away, without trying to go after you. Stupid me! Blame me!


Never mind. maybe you deserve that happiness. maybe you better be far away from me. maybe you can find again your smile, with new life. i hope.



p/s ::: aaaa!!! bosan.. post tiada kaitan dengan hidup atau mati ye.


p/ss ::: Kenapalah asyik ngntok je, ape la ubat dR. saryono ni masukkan kat dalam pale aku. cettt.

2011-01-22

Mood Pagi

Jika beburung dapat singgah di hadapanku
Kenapa tidak aku terbang bersama mereka?


Jika pepohon melentok-lentok kesejukan di pagi hari
Kenapa sang semut tidak selimuti mereka?


Source




Jika bulan purnama muncul di pagi hari
Kenapa tidak matahari menjengah malam?


Jika angin ribut itu menerbangkan bangunan megah
Kenapa tidak membawa aku jauh dari sini?




p/s ::: Integrasi 1 dah habis, fuhh~~~ kali ni exam memang takde mood nak update blog. berhabuk blog 3 hari tak update.


p/ss ::: Mr. allowance, please come to me!!!

2011-01-15

Taman Hati


"Dalam hati ada taman."

Sekarang dah banyak orang guna ayat ni. terutama bagi orang yang nak menunjukkan bahawanya dia bukanlah keras hati seperti mana orang sangkakan. Tapi aku tertanya-tanya gak lah. Taman apa yang ada dalam hati tu?

Source
<---- Taman bunga seperti inikah? Kalau ya, bolehlah aku berjalan-jalan menghirup udara segar dalam hati orang tuh. 







Source
Atau seperti taman tasik titiwangsa? ---->>
Kalau macam ni, bolehlah aku tumpang berkelah sambil bersenam ringan di waktu pagi atau petang dalam hati orang tu kan.












p/s ::: Abaikan kemengarutan pagi ini.


p/ss ::: Rasa macam makin teruk dah.!

2011-01-14

Ancaman!

Source

Ragut. Pecah rumah. Ugut. Pukau. Rompak.


Baru-baru ini, perkara ni makin menjadi-jadi plak kat tempat aku belajar ni. Series, cuak giler bila dengar tambahan lagi buat kaum wanita. Dulu, hati cukup yakin dan tabah bila nak jalan seorang diri. Tapi sekarang mungkin sudah tidak berani. Dulu, hati tak kisah bila jalan malam-malam. Tapi bukan sekarang. Trauma 3 tahun dahulu masih belum terubat, takut trauma terbaru pulak menghantui diri. Mintak dijauhkan aku dan rakan-rakanku dari segala bala dan musibah ini. Hanya sekadar peringatan, banyakkan selawat dan zikir ketika melangkah di luar rumah. Jangan jalan sorang-sorang dah. Biar ada teman. Kita tak tau apa bakal terjadi kan. Lebih baik mencegah lebih awal!

p/s ::: Currently working on a paper about Alzheimer's disease.

p/ss ::: I ate Singapore Laksa this afternoon, but it disappointed me because it is not spicy as i want!!!