Followers

Me

My photo
Saya Ummi Ana, Pengedah Sah Shaklee No ID 1210215. Jemput like page saya di facebook dan instagram. Sebarang pertanyaan bolehlah Whatsapp 01124121834 atau email hazliana.nurul@yahoo.com Terima kasih singgah di blog saya.
Before you read my posts, please forgive me for my bad grammar. And inconsistent pronoun, for sometimes I use "aku" and sometimes I use "saya", it depends on my mood and the post. Some of them are in English and some in Malay language. And the pictures in this blog mostly from google images. Btw, thanks for stopping by here.

2011-10-17

Rahsia Hati

Setiap orang ada rahsia masing-masing, samada pasal perasaan, kesihatan, kewangan, hubungan dan pelajaran serta kehidupan. Tak ada sesiapa yang boleh lari dari rahsia. Kadang, kita tak sanggup nak simpan rahsia sorang-sorang. So, kita akan mencari seseorang untuk berkongsi rahsia.

1. Diari
Ada orang selesa untuk luahkan segala apa yang dirasai dan difikirkan pada sebuah diari. Mungkin bagus sebab sekurang-kurangnya tak perlu melibatkan orang lain. Tapi bahayanya jika diari kita dicuri atau ada orang mengintip isi diari kita. Well, kita tak boleh nak percaya orang 100% kan. Ada sesetengah orang yang memang suka ambil tahu kisah orang lain akan cuba untuk mencari kesempatan membaca diari kita.


2. Strangers
Ada jugak orang yang selesa bercakap tentang masalah atau tentang kehidupan sehari-hari pada orang asing aka strangers. Bukan pada PATI tau. Sekarang kan zaman IT. Facebook, chatting dan lain-lain memudahkan kita berkenalan dengan orang yang kita tak kenal sebelum ni. Dan lama-lama kita akan berkongsi tentang hidup kita. Bukan tak bagus, kira ok la sebab orang tu tak kenal kita. So kita boleh cerita apa saja. Tapi kalau orang tu niat jahat, kita juga yang jadi mangsa. Takut diambil kesempatan pulak.

3. Teman lelaki atau teman perempuan
Bila bercinta, semua perkara nak diceritakan kat kekasih. Pasal kawan lah, pasal famili lah. Bak kata orang, tiada rahsia antara mereka. Tapi hati-hati, bila dah putus nanti, semua cerita akan tersebar. Dan mungkin juga cerita-cerita itu yang patut menjadi rahsia dijadikan bahan ugutan untuk mendapatkan sesuatu.

4. Kawan baik
Kena tengok juga kawan tu jenis macam mana. Ada kawan yang pandai simpan rahsia. Kita cerita apa pun, dia tak akan bocorkan walaupun tengah bergaduh ke ape kan. Tapi ada kawan yang jenis mulut tak dapat nak dikawal. Main hentam je lampu merah ke hijau ke. Silap haribulan, segala rahsia kita akan tersebar luas. Habis semua orang pun tahu. Jenis kawan macam ni, lebih baik kita jangan bagitau rahsia kita. Bikin marah je!

5. Ahli keluarga
Tak semua, tapi ada jugak ahli keluarga yang jenis tak simpa rahsia. Bila kita cerita satu benda yang mana mungkin mengaibkan kita, dia ni akan menjaja cerita kita kat orang lain. Kadang-kadang ditokok tambah pulak tu. Memang parah kalau ada sanak saudara, pakcik-makcik, sepupu yang jenis macam ni.



Cara paling selamat dan senang untuk kita meluahkan segala sesuatu adalah berdoa pada Allah. Sebab Allah tak akan bocorkan rahsia kita. Allah tak akan bagitau kat jiran, kat kawan kita. Dan Allah boleh bantu kita jika kita sering berdoa pada Dia. Dengan berdoa, kita akan rasa lebih dekat dengan Allah, Tuhan yang menciptakan segala sesuatu di muka bumi ini. insya-Allah.

2 comments:

Shukri Mohd Ali said...

insyaAllah. amin. jangan pernah berhenti berdoa :)

+aNa baNana+ said...

insya-Allah...