Followers

Before you read my posts, please forgive me for my bad grammar. And inconsistent pronoun, for sometimes I use "aku" and sometimes I use "saya", it depends on my mood and the post. Some of them are in English and some in Malay language. And the pictures in this blog mostly from google images. Btw, thanks for stopping by here.

2011-10-16

Soto ayam di hujung minggu

Hari ahad merupakan satu-satunya hari untuk aku rehat. Sebab kelas aku sampai ke hari sabtu. Dan pada hari ni la nak rasa makan best-best. Mula-mula teringin makan nasi lemak. Tapi keinginan nak makan soto tu lagi kuat. So, masak soto dulu la.

Dan kalau korang nak tau, aku seumur hidup tak pernah masak soto sendiri. Selalu makan yang ibu atau opah aku masak. Tu la, bila ibu suruh belajar masak masa cuti sem takmau, degil. Heee.

Lepas cari resepi kat google, pergi pasar beli barang-barang. So mulalah proses memasak. Nasi impit pon kena buat sendirik sebab takde yang segera punya. Haa, tapi kat sini takde gambar nasi impit aku tu atas dua sebab; tak berapa nak jadi dan kedua sebab tak sempat ambil gambar, dah kena baham dulu.

Bahan-bahan sampingan

begedil sardin ^_^

Makan dengan kuew tiau untuk lunch sebab nasi impit dah habis
Dan ni jugak pertama kali aku buat begedil dalam hidup aku. Nasib baik jadi lah jugak. Tak hancur. Sedap ke tak, tu rahsia.

Rasa best lak masak sesuatu yang lain bila hujung minggu. Terasa macam kat rumah. Ye la, hari-hari biasa, asyik masak benda yang simple je. Sekali seminggu bagi perut makan best sikit.

Betul orang cakap, bila belajar jauh dari famili, nak tak nak, kena belajar masak jugak. Salah satu langkah persediaan nak jadi isteri orang ni. Heee.

9 comments:

nGakzz the hero said...

tapi...asal begedil mcm rentung je...

zetty said...

nice2..pos la sini :)

Epal Hijau Masam said...

baru tau ada begedil daging.. bak resepi!!

+aNa baNana+ said...

Ngak ::: ehh, suke ati la nk rentung ke ape.. janji x hangus. wkwkwkwk

Zati ::: dh pos, ko tggu depan pintu rmh smpai die tiba! heee

Epal hijau ::: bukan begedil daging la, sardin laaa... aiyooo

Atiey Joshy said...

sedapnye soto!

+aNa baNana+ said...

atiey :: mane de sedap, biase2 je tu rase die.. org bru bljr mskk..

Epal Hijau Masam said...

salah ketik la ana.. -_-"

+aNa baNana+ said...

haha. dimaafkann

Cikgu IBU said...

ye ke masak macam di rumah dear. bukan ke di rumah, bila terlintas dalam fikiran semasa atas katil, turun ke dapur tengok2 dah ada. magic