Before you read my posts, please forgive me for my bad grammar. And inconsistent pronoun, for sometimes I use "aku" and sometimes I use "saya", it depends on my mood and the post. Some of them are in English and some in Malay language. And the pictures in this blog mostly from google images. Btw, thanks for stopping by here.
"Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik(sesuai dan sopan)." [Al-Ahzab 33:32]
Wahai hamba Allah sama kaum denganku
Tegaslah dalam berkata-kata
Jangan kau usik hati lelaki yang rapuh itu
Jangan kau getarkan ia
Kelak bencananya akan kau rasakan
Wahai sang perempuan
Perlukah engkau melunakkan suara mu
Perlukah engkau memanjakan dirimu
Kepada sang lelaki yang bukan muhrimmu
Wahai sang perempuan
Hati ini cukup sedih
Ketika melihat terlalu ramai kaummu
Tanpa segan silu
Tanpa perasaan malu
Seperti dihasut syaitan yang dilaknat Allah
Kau terus merakam dan menyebarkan
Video lagumu, video dirimu
Di youtube sudah pasti
Tatkala mendapat sambutan hangat
Pengunjung mencecah angka jutaan
Mendapat pujian yang membanggakan
Hatimu cukup riak sehingga terdorong melakukannya lagi
Sedangkan kau tidak tahu nait sebenar di sebalik hati penonton itu
Wahai muslimah
Sedarlah, kau tidak akam mendapat apa-apa dari itu
Bisu. Tanpa bicara sepatah kata. Rela dibuat apa sahaja. Asalkan dapat melihat kebahagiaan bersinar. Sedangkan hati menderita, cukup derita. Pilu tak terhingga, dipendam tanpa rela. Harapan dahulu menggunung, kini runtuh begitu sahaja. Sendirian melangkah di tanah bumi. Tanpa arah tujuan. Tanpa harapan baru. Tanpa apa-apa. Sebatang kara cuma.
Buta. Seakan-akan tidak melihat pandangan sekeliling. Ibarat berjalan di dunia tanpa manusia. Tanpa makhluk apa pun. Bukan ini yang hati relakan. Bukan ini yang fikiran mahukan. Namun apakan daya. Emosi menakhluk tempat sang raja di hati. Tewas sekian kalinya.
Terketar-ketar. Menggigil kuat setiap jari jemari halus itu. Kebasahan dalam hujan bertemankan sang petir, tidak diendahkan. Mata memegang kuat pandangan terhadap sesuatu. Tatkala hati pecah berkecai, hanya air mata yang dapat menutup segalanya. Tiada senyuman di bibir. Tiada gelak tawa yang normal.
Terkulai layu tanpa bantuan. Hanya satu di fikiran. Bagaimana harus menghadapi hari-hari mendatang........
"Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab Neraka) dengan sebab apa yang dia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji). Tidak ada baginya pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah dan jika dia hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam azab Neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan. Bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya). [Al-An'am 6:70]
view at KLCC-dec 2010-afternoon
-tak ada kaitan dengan mana-mana pihak-
Ya Allah
I ask to You
Protect myself from those people
Who love to make funny with the pure Islam
Keep my heart strong
To unfriend with these people
Only to You, the One I should ask
p/s ::: jangan sesekali menilai seseorang dari luaran sebelum mengenali dalamannya.
p/ss ::: i'm off to a camp at Puncak, Indonesia. will see u later!