Followers

Before you read my posts, please forgive me for my bad grammar. And inconsistent pronoun, for sometimes I use "aku" and sometimes I use "saya", it depends on my mood and the post. Some of them are in English and some in Malay language. And the pictures in this blog mostly from google images. Btw, thanks for stopping by here.

2011-10-14

Gara-gara bas dibakar, ratusan pelajar Ukrida terkurung di dalam U.

Haaaa. Abaikan tajuk. Saja nak buat gempak...

Fuhh. Penat jawab exam, ingat nak balik rumah lepak-lepak, masak-masak, makan-makan. Tapi tetiba nampak ramai pelajar patah balik. Rupanya ada demo dekat jalan. Dah cuak dah, takkan demonstrasi kat Kedutaan baru-baru ni pindah dekat Uni aku pulak. Ooo, tapi rupanya demonstrasi penduduk salah satu kampung dekat dengan Uni aku... Sempat jugak ajak kawan aku pergi usya dekat-dekat, tapi hampa, demonstrasi tu bukan dekat depan Uni aku. Jauh kedepan sikit. Bila tak puas hati, siap ajak kawan pergi naik tingkat 7 sebab nak tengok jugak. Nak naik lif, ramai orang, so, bersenam sikit, naik tangga. Semangat gilak la.. Tak pernah tengok demo secara life.

Haa, bila dah nampak, baru puas hati. Nampak ada asap hitam berkepul-kepul ke awan. Pencemaran sungguh. Rupanya diorang bakar bas dan motorsikal. Tak patut betul. Kitorang kena stay kat dalam Uni sampai orang habis solat Jumaat. Masa balik tadi, jalan kaki, lalu sebelah bas tu, memang banyak gila debu hitam dia. Boleh pulak ada budak-budak kecil main dekat-dekat situ. Bahaya betul. Polis pun masih berkawal lagi. Nasib baik takde pape jadi walaupun cuak la juga jalan kaki tadi. Heee. Alhamdulillah.

 Ni ada laporan berita kat salah satu akhbar negara ni.

Sebuan Metromini masih menyala akibat dibakar massa dalam tawuran dua kelompok massa di Jalan Arjuna Utara Jakarta Barat, Jumat (14/10/2011) siang ini.

Warga Marah karena Rumah Akan Digusur

JAKARTA, KOMPAS.com — Hingga saat ini, ratusan orang yang marah berkumpul di Jalan Arjuna Utara, Kebon Jeruk, Jakarta Barat, Jumat (14/10/2011). Rumah mereka di Kampung Guji, Duri Kepa, akan digusur.

Menurut informasi sementara, ratusan rumah di perkampungan padat itu akan digusur oleh pengembang. Pagi tadi kampung mereka didatangi oleh orang-orang yang akan menggusur paksa. Warga melawan dengan membakar metromini dan sepeda motor yang ditumpangi orang-orang yang akan menggusur paksa itu. Baca lagi...

2011-10-11

Learning to accept a "NO"

It is not okay when you can't accept the answer NO in your life. Really not okay. You think you can have everything you want in this life. And when you don't get any of them, you will get angry and start to piss off people. And you think that's very cool of you, but it is really NOT okay.

Pepatah melayu ada mengatakan, hidup umpama roda, kejap kat atas kejap kat bawah. Bukan semua yang kita nak kita akan dapat. Tak semua. Dan tolong, ubah la perangai. Bila tak dapat apa kau mahu, kau mula merajuk, masam muka, memberontak sampai kau dapat apa kau nak. Itu bukan usaha. Itu mengada-ngada dan pemalas!

Google


Kau anggap kau lah Diva. Bila kawan kau kata TIDAK, kau tinggalkan dia, macam dia bersalah sangat. Lepas tu tak bertegur sapa berhari-hari. Bila kau dah tak ada kawan lain, kau balik pada dia. Erm, alienkah kau? Tak ada perasaan? 

Ah, really. I'm pissed off.

Happy birthday to a friend of mine... Have a blast =)

2011-10-10

the Words that I keep


Your Smile Brings Light Into My Days
The Thought Of You ,Warms My Night
To Hold You In My Arms ,
Even In My Dreams It Feels So Right
Loving You

You Never See The Way I Look Into Your eyes
You Never Realize The Love I Feel inside
Pain And Sorrow That Haunted Me ,
Cause Words I’ve Left Unsaid To You

Now You Found Someone Else To Love
Deep In My Heart, My Love Won’t Fade Away
To Hold U In My Arms
Even In My Dreams It Feels So Right Loving You

-My Confession by Afgan

2011-10-09

09.10.11


Being nice to someone you dislike doesn't mean you're a fake. It means you are mature enough to tolerate your dislike towards them.
 Esok dah mula blok baru. Urogenital block.

Hari ni taktau nak buat apa. Kelmarin dan semalam dah jejalan. Maybe hari ni duduk rumah je la. Takde orang ajak keluar. Semua pun malas kot. Aktiviti hari ni : Aku tenung laptop, laptop tenung aku. Sampai bosan.

...............

Bukak facebook tadi, ada kawan share gambar ni. Baca dan amalkan. Semoga hidup kita lebih bermakna.



CARA RASULULLAH S.A.W MENJAGA KESIHATAN DIRI

SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.

Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN

Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)

TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN

Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.

Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

GEMAR BERJALAN KAKI

Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.

Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

TIDAK PEMARAH

Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.

Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.

OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA

Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.

TIDAK PERNAH IRI HATI

Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

PEMAAF

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.

Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.

"BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat rasulullah.. semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.."-) - 
Oleh Ustaz Zawawi Yusof

2011-10-06

Pleno Blok 19

Blok kali ni aku belajar tentang Cardiovascular Diseases. Banyak juga penyakit yang aku kena tau. Daripada aetiology, pathophysiology, symptoms dan lain-lain. Belajar pasal heart failure, congenital heart diseases dan bla bla bla. Menarik sebenarnya jantung ni tapi complicated sikit.

Semalam kitorang ada Pleno. The whole batch gather to discuss a few cases which we are assigned to do last two weeks. We got 6 cases, in which means, only 6 from 24 groups are selected to do the presenting in front of others. And not lucky enough, my group is one of those 6 groups.

Nasib baik bukan aku yang kena present. So, aku just duduk diam-diam atas kerusi sambil dengar one of my group-mates present. Mesti cuak kan. Ye la, dekat auditorium, penuh dengan orang. Aku tak pernah present. Ada sindrom cuak-nak-pengsan.

Google


Dah la dapat tempat duduk yang hujung sekali, so tak berapa pun nak nampak slide yang ditayangkan untuk tontonan umum. Sejuk lak tu, aircond direct je atas kepala kot. Bosan sebab tak nampak slide, so aku pun ambik kesempatan meng-usya orang-orang di depan aku. Ye la, bila lagi nak usya orang kan. Mana ada orang perasan aku meng-usya sebab mesti semua orang tengah sibuk fokus kat group-mate aku yang tengah present pasal gagal jantung. Ada la beberapa orang yang menarik untuk di-usya. Haha. Mujur tak kantoi.

Hari ni ada exam terakhir untuk blok ni. Semoga dapat buat dengan baik. Pray for me.

Esok cadang nak pergi jejalan jumpa encik dugong dan encik shark. insya-Allah kalau jadi.

2011-10-03

Pedih kehilangan


Kehidupan memerlukan kita menyayangi orang lain. Mungkin satu, dua atau lebih. Kita yakin kita dapat menyayangi insan lain selama hidup kita. Memori dicipta, untuk menyerikan lagi hubungan kasih sayang yang diharapkan tidak ada akhirnya.

Namun satu saat pasti kita akan merasai pengalaman perit, pengalaman yang meruntuhkan segala harapan dan impian kita. Saat di mana kadang kita rasa tidak ada arah tuju. Kadang kita terlalu meratapi sehingga menyalahkan takdir. Saat di mana insan yang kita sayangi, tiada lagi di sisi kita.

Runtuh segala impian yang kita bina bersama. Dia pergi di atas ketentuan Ilahi. Meninggalkan kita sendiri, tanpa sebarang amaran awal. Dan saat itu, dunia gelap di pandangan mata. Udara seakan-akan tiada lagi untuk dihidu.

Sampai bila harus begini, hidup perlu diteruskan. Itu kata-kata normal dan wajib didengar di cuping telinga kita, diucapkan oleh orang sekeliling yang masih setia di sisi kita. Namun, perit di hati kita berbeza-beza. Tahap kepedihan bergantung pada sejauh mana rasa sayang kita. Untuk melupakan dalam sekelip mata, memang mustahil. Rasa bengang, marah pada orang sekeliling yang seakan-akan tidak memahami perasaan kita.

Tapi haruslah kita ingat. Sejauh mana rasa perit kehilangan itu, Dia ada di sana untuk membantu kita. Selama mana kita perlu untuk meratapi, Dia tetap menunggu, setia untuk mendengar segala kepedihan hati. Kerana kelak, kita juga akan kembali padaNya.