Followers

Before you read my posts, please forgive me for my bad grammar. And inconsistent pronoun, for sometimes I use "aku" and sometimes I use "saya", it depends on my mood and the post. Some of them are in English and some in Malay language. And the pictures in this blog mostly from google images. Btw, thanks for stopping by here.

2011-04-02

Lemahnya aku sebagai hamba Allah....

Kosong. Tidak terucap apa-apa. Tatkala hati berbicara sendiri. Menyalahkan dirinya sendiri. Atas segalanya. Kenapa susah benar untuk mengawal diri. Kenapa susah untuk tekadkan diri. Sudah lama aku tahu ia berdosa. Ya, sudah beribu pesanan hinggap di kepala. Namun, ianya hanya sekadar tumpang lewat tanpa melakukan sebarang persinggahan. 






Bukan tidak diajar. Bukan tidak dididik. Namun bayangan dunia mengkaburi mata. Membutakan hati. Menyingkirkan iman dan agama di dada. Kenapa aku mudah untuk tewas dengan bisikan syaitan? Kenapa? Sedangkan ramai insan yang bersusah payah menjaga imannya, dan aku di sini. Leka. terlalu alpa dengan kemewahan sementara. Terlalu selesa dengan dosa yang menimbun.


Apa guna mengharapkan seorang insan untuk datang dalam hidup kita. Menegur segala kelalaian kita. Membimbing kita ke jalan yang penuh cahay ilahi. Itu pun mujur kalau ada yang peka dengan hidup kita yang bergelumang dengan dosa. Kalau tidak ada? Dan kalau dia hanya muncul sedetik sebelum nafas kita berakhir? Apa kita hanya mahu terkulai layu, menanti tanpa usaha? Apa kita rela diri ini dianiaya oleh kita sendiri?


Di mana silapnya. Di mana harus aku perbaiki. Ya. Jiwa dan hati yang sudah lama dikotori bintik-bintik hitam ini. Itu yang harus aku bersihkan. Apa perlu hantar untuk snow wash agar biar dapat berseri putih kembali? Tidak berguna usaha itu. Aku lemah. Lemah dalam mengatasi nafsu yang membuak dalam diri. Lemah dengan bisikan halus dari makhluk yang berjanji kepada Allah untuk menyesatkan kaum Adam. Lemah tatkala dipujuk rayu dengan kata-kata manis. Aku cuba. Bukan tidak pernah mencuba. Namun azam itu lenyap, terus lenyap begitu sahaja bila tiada lagi bimbingan dalam jiwa.


Kadang aku terlalu seronok mengeyangkan perut walaupun aku tahu, ia akan keluar juga dari tubuh ku. Makanan pada jiwa? Makanan hati? Makanan rohani? Huh. Langsung tidak pernah aku peduli. Sedangkan makanan itulah yang tidak akan keluar dari hati jika dilindungi dengan pendirian yang tepat.


Aku takut untuk mengambil langkah yang drastik. Aku terlalu risau dengan pandangan mata dunia. Risau disisihkan dari kumpulan manusia di dunia. Tanpa aku sedar, jika aku berani mengambil risiko itu, aku mungkin akan mendapat cahaya Ilahi. Tidak mustahil. Kerana aku tahu, Allah itu Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang. Tapi kenapa terlalu berat hati ini untuk berubah? Sedangkan tiada kerugian jika dibandingkan dengan cara hidup aku sekarang. 


"Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.  Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab Neraka dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia dan batallah apa yang mereka telah kerjakan." [Hud 11:15-16]



2011-03-31

oh hati

oh hati. kenapa kau rela dirimu dilukai. diperkotak-katikkan oleh manusia tidak beriman. dicampak ke sana ke mari oleh manusia tidak berakal. tidak mahukah kau berjumpa dengan kebahagian hakiki?


oh hati. ke mana pergi janji mu dengan Ilahi saat kau dilahirkan dahulu. ke mana? sanggup kau menganiaya dirimu sendiri. sedangkan kau punya pilihan itu. sedangkan kau punya hak itu! kau leka, kau alpa dengan nafsu mu sendiri.....


oh hati. ke mana hilangnya setiap ajaran agama yang orang tua mu bersusah payah tanamkan dalam dirimu. kau lenyapkan ia semata-mata mengejar insan bergelar kawan. kau pijak-pijak ia demi mengejar cinta sang kekasih yang tidak abadi.


oh hati. masih ada masa untuk kau kembali.


kerana Allah itu Maha Pengampun Maha Penyayang.....



2011-03-29

RIMAS

SERABUT


need space,really!

rindunye kat mereka.... =(

2011-03-25

Give up already?

I sit there, alone, thinking deeply, and no matter how many thousands i think and rethink and think again, i could not get the right answer.


Why people so easy to kill their self by jumping from high building or something or cutting their artery or take hundred pills. Do them think about their family or at least about someone who care bout them. Do they really willing to make Allah mad instead of facing world's problem.........

Life always knocks people down, but people have two choice : to give up or to move forward even a step.

"Dan (tiap-tiap) makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, iaitu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya (yang telah ditetapkan oleh Allah) dan (dengan yang demikian) sesiapa yang menghendaki balasan dunia, kami berikan bahagiannya dari balasan dunia itu dan sesiapa yang menghendaki balasan akhirat, kami berikan bahagiannya dari balasan akhirat itu dan Kami pula akan beri balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur." [Al-'Imran 3:145]

p/s ::: Mesti satu Malaysia dah tau pasal cubaan bunuh diri dekat KB mall semalam[kat fb ada, youtube ada, blog lain pun ada video dia]. Astaghfirullah. Semoga perkara seumpama itu dijauhkan dari aku.

2011-03-16

Broken ways



Kampungku, syurga pisang.




No matter how good we are, in handling stress and problems and life, we once ever fail. Maybe once we are being thrown away, far to the bad ways, but give up? Never put them in our life's dictionary. Every steps we do with Allah's blessing, is good enough and it worth the hardship of ours.

p/s ::: dah mula sem 4. semoga diri dapat lebih rajin lagi.

2011-03-09

Killing day



It is useless, everyday we pray to Allah, ask Him to let us stay in this world for any longer. But in the end, we keep doing sins. Useless.




p/s ::: trying to change myself too =(

2011-03-08

It is the fact,

Not every single things we dream in life, will be ours. 


But it is pretty good if we don't give up on them.


p/s ::: Hati jadi sayu bila menghitung hari nak balik.

2011-03-02

2 mac 2011

tengok secara senget ye =)

Jadikan kenangan itu satu pengalaman
Dan pengajaran dalam menghadapi masa depan.