oh hati. kenapa kau rela dirimu dilukai. diperkotak-katikkan oleh manusia tidak beriman. dicampak ke sana ke mari oleh manusia tidak berakal. tidak mahukah kau berjumpa dengan kebahagian hakiki?
oh hati. ke mana pergi janji mu dengan Ilahi saat kau dilahirkan dahulu. ke mana? sanggup kau menganiaya dirimu sendiri. sedangkan kau punya pilihan itu. sedangkan kau punya hak itu! kau leka, kau alpa dengan nafsu mu sendiri.....
oh hati. ke mana hilangnya setiap ajaran agama yang orang tua mu bersusah payah tanamkan dalam dirimu. kau lenyapkan ia semata-mata mengejar insan bergelar kawan. kau pijak-pijak ia demi mengejar cinta sang kekasih yang tidak abadi.
oh hati. masih ada masa untuk kau kembali.
kerana Allah itu Maha Pengampun Maha Penyayang.....
2 comments:
hati itu rahsia Tuhan yang sangat rumit >_<
betul tu... terlalu senang hati nak buat doa. dan senang juga nak buat pahala.... hatilah yang paling susah nak jaga selepas iman dan agama.
Post a Comment